Sunday, February 23, 2014

Peguam PAS akan failkan ketepi saman RM 2 juta Mahkamah Tinggi ke atas Haji Hadi.

Haji Asmuni Awi,Peguam Tuan Guru Presiden Pas,menyatakan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok,24 Februari 2014."Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok"Kata Haji Asmuni.

Kuala Terengganu-Presiden PAS ,Tuan Guru  Datuk Seri Abdul Hadi Awang  diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni .
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.(sumber tmi)

PBS tak mansuh ,jadikan Pakatan Rakyat perintah Putrajaya.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  perlu dimansuhkan. Jika Muhyiddin Yassin gagal,Najib Razak pun tidak minat,DYMM Yang di-Pertuan Agong  pun tidak perkenan,SGMM(Suara Guru Masyarakat Malaysia) perlu buat sembah derhaka.PRU 14 nanti, para guru akan memilih kerajaan baru yang  bertangungjawab.Sudah tentulah kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih. 

Saturday, February 22, 2014

Jika Najib tolak ,Tuanku,patik mohon PBS dimansuhkan.

Jika DS Najib juga tak mahu mansuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) ,SGMM akan menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong.

 BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan memanjangkan masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada pihak Istana Negara sekiranya desakan mereka tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengerusi SGMM Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata satu Memorandum Memansuhkan PBS akan dihantar kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini.



Namun katanya, sekiranya Perdana Menteri tidak memberi respons dalam masa seminggu pihaknya akan berusaha bertemu dengan Istana Negara.



"Saya akan hantar terus kepada PM dengan pelagai cara dan penyerahan ini kami terpaksa rahsiakan paling cepat kami serahkan selepas himpunan hari ini, kerana saya rasa terancam bukan dengan penjenayah," katanya ketika membacakan memorandum berkenaan.



Tegasnya, jika kerajaan melaksanakan sistem PBS ini menepati perjanjian Unesco iaitu satu guru nisbah 25 pelajar beliau akan tutup SGMM.



Cikgu Izzat turut menolak dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan pihaknya mahu menggulingkan kerajaan kerana berlawan arus dengan kerajaan dalam isu ini.



"Saya sayang kerajaan saya bukan mahu jatuhkan kerajaan tetapi saya bersuara untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Saya tidak ada kepentingan mana-mana pihak hanya satu sahaja soal pendidikan negara semata-mata," katanya.(sumber hd)

Liow Tiong Lai,Presiden MCA intai jawatan Menteri Pengangkutan.

Ahli-ahli MCA akhirnya menerima jawatan kabinet. Semuanya untuk meneruskan jangka hayat MCA. Liow Tiong Lai tidak sanggup menunggu keputusan pilihanraya kecil Dun Kajang pada 23 Mac nanti.MCA pada tahun 1969 yang juga kalah teruk dalam PRU juga tidak mahu menerima jawatan kabinet,tapi akhirnya terpaksa menjilat ludah sendiri untuk meneruskan "nyawa parti MCA" .Mungkin Liow Tiong Lai sudah mengintai jawatan Menteri Pengangkutan. 

8 pelajar lemas,ambil ikhtibar.

Ambil ikhtibar,8 pelajar lemas.Pertama projek menyedut pasir jauh daripada rumah penduduk.Kedua budak-budak  diajar ilmu berenang.Ketiga CPR,ilmu pertolongan cemas perlu diajar kepada masyarakat.Keempat ,hidup bermasyarakat.Salam takziah dan alfatihah dari penulis.

Muhyiddin tak mahu mansuh PBS,minta tolong dengan Najib mansuhkan.

Pengerusi NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia(SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat sedang diwawancara oleh wartawan Sinar Harian.

Bangi-Guru-guru yang membantah pelaksanaan Penilaian Sistem Berasaskan Sekolah (PBS) akan menghantar memorandum kepada perdana menteri menuntut ia dimansuhkan serta-merta, kata pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurut Izzat, pihaknya setakat ini berjaya mendapat tandatangan lebih 500 orang guru yang menyokong pemansuhan tersebut.

"Hari ini saya secara rasminya akan menghantar memorandum dengan pelbagai cara supaya ia segera sampai kepada perdana menteri Malaysia," katanya dalam sidang media yang dinamakan 'Himpunan 222' di Bangi petang ini

Friday, February 21, 2014

Pilihanraya Kajang panas,kerana UMNO akan sekat Anwar jadi Menteri Besar.

Adakah Pilihanraya Kecil DUN Kajang juga termasuk dalam kategori  pilihanraya terpanas.?Melihat DS Anwar Ibrahim sebagai calon PR ,sudah tentulah isu lapuk fitnah "liwat" yang akan didendangkan UMNO.Pilihanraya ini dijangka panas ,kerana  UMNO akan menyekat  kemaraan Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.