Thursday, September 24, 2009

Bukit Gantang News:PAS Selangor mahu siasatan Selcat tertutup

PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dibuat secara tertutup agar pegawai kerajaan "tidak rasa diaibkan".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan.

Insiden ini disebut-sebut sebagai satu daripada beberapa faktor yang menyumbang penolakan meluas orang ramai terhadap kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

"Walaupun sah kewujudannya (Selcat), tetapi PAS Selangor mendesak proses pendengaran (siasatan) ke atas pegawai tinggi kerajaan dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai kerajaan itu sendri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Membandingkan pendengaran jawatankuasa khas itu dengan sistem mahkamah, Mohd Khairuddin berkata:

"Walaupun mahkamah adalah terbuka kepada orang awam, tetapi mahkamah boleh menjalankan proses perbicaraan secara tertutup menurut budi bicara mahkamah itu sendiri.

malaysiakini

Wednesday, September 23, 2009

Hj Nizar :pandang sisi kanak-kanak!





DS Nizar amat menyenangi kanak-kanak.Bertemu sahaja kanak-kanak DS Nizar akan mendukung dan membelai kanak-kanak.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar bersama DS Nizar.Mereka tetap menyatakan DS Nizar Menteri Besar Perak.

Baru-baru ini 12 September,pernah penulis berjumpa seorang anak murid sedang membantu ibunya berniaga di Pasar Minggu Changkat Jering,kebetulan penulis mengiringi DS Nizar mengedar bubur lambuk.Lalu bertanya siapa bersama penulis. "Menteri Besar Perak,"spontan pelajar itu menjawab.


Bukit Gantang News:Apakah sebenarnya Dasar Bajet Kerajaan Kudeta Zamri.!


KENYATAAN MEDIA, 24 Sept. 2009

Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Pesidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat ? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enekmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan..

Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009
Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah , dan sebenarnya rakyat perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

Bukit Gantang News:Adab berjemaah ;Baca pandangan Roslan SMS


Oleh Roslan SMS

Dalam jemaah kita ada adab berjemaah sebagaimana dalam organisasi kita ada disiplin berorganisasi. PAS bertahan sekian lama lantaran teguhnya pegangan anggotanya pada nilai-nilai ini. Ikatan disiplin jemaah PAS adalah ikatan aqidah yang tidak mudah dirongkai

Sejak dari penubuhannya sehinggalah membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959, dari zaman awal penubuhannyake zaman Almarhum Dr Burhanuddin ke zaman Asri, Yusof Rawa,sehingga kini PAS jatuh dan bangun namun kekuatan ini terus padu, inilah yang digeruni musuh dan dihormati lawan.

Jika tiada kekuatan ini, pasti PAS tidak dapat bertahan sebegini lama dalam menjuarai dan meneroka liku-liku perjuangan Islam yang mulia ini.

PAS berdiri taat di belakang pemimpinnya dalam keadaan senang ataupun susah kerana adab berjemaah mengajar kita demikian. Ketaatan itu hanya putus apabila pemimpin tadi memimpin bertentangan dengan syarak Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:

“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kedurhakaan kepada Allah yang maha mencipta.”

Saidina Omar al Khatab di dalam khutbahnya ada berkata:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku bertindak betul, maka perteguhkanlah aku. Sekiranya aku bertindak salah maka perbetulkanlah aku. Taatilah aku jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku khianat, maka tiada taat ke atasku daripada kalian semua.”

Malah Rasulullah saw juga bersabda (yang lebih-lebih terkena atas kita selaku jemaah Islam):

“Barangsiapa mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku dan barangsiapa menderhakai pemimpin, maka dia menderhakai aku.”

Teguran Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terhadap SELCAT atau Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency baru-baru ini bukannya bermaksud mahu menggugat kerajaan negeri, bukan juga kerana mahu SELCAT itu dibubarkan, tetapi ia dibuat apabila beliau berpandangan yang beberapa kaedah yang digunakan oleh badan itu kelihatan agak kasar dan keterlaluan dan perlu diperbaiki. Ianya dibuat untuk meneguhkan imej kerajaan negeri agar rakyat, kakitangan kerajaan dan semua pihak memandang kita dengan penuh hormat dan kasih-sayang.

Kita tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, kita mahu bawa kebaikan. Kita dipilih rakyat kerana BN dahulu tidak baik. Lalu kalau kita sama seperti mereka maka rakyat nanti akan kecewa dan tidakmustahil kita nanti ditolak.

SELCAT adalah satu badan bikinan Dewan Negeri Selangor. Ia bukan malaikat dan bukan lebih besar dari kerajaan negeri. Ia boleh ditegur dan boleh diubah-suai demi kebaikan kerajaan negeri.

Teguran Dato Hasan boleh diterima, boleh dibincang dan boleh juga ditolak. Tetapi janganlah pertikaikan keikhlasannya, kita diajar menghormati pandangan orang lain. Saya kecewa apabila Speaker Dewan Selangor melenting dan mempertikaikan kepakaran dan pengalaman Dato Hasan ekoran teguran berkenaan.
Tetapi saya lebih kecewa apabila seorang ADUN PAS spontan mahu merujuk Dato Hasan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana mengeluarkan teguran sedemikian. Sejak bila PAS mengajar ahlinya berbuat demikian? Apakah maksud ADUN berkenaan? Sila rujuk NST:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20sal/Article/index_html

detikdaily

DS Anwar: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihanraya membersihkan senarai pengundi pos di Bagan Pinang dan memperbetulkan kaedah pengundian Pos yang dilaksanakan oleh SPR yang dilihat tidak telus dan tidak adil.

Beliau melahirkan rasa tidak senang dengan kaedah mencurigakan yang digunakan oleh SPR dalam mengendalikan pengundian pos.

Kata Anwar, sekiranya pengundian pos dijalankan secara telus dan adil, Pakatan Rakyat dapat memberikan saingan yang sengit terhadap Barisan Nasional walau siapa pun calon yang diletakan oleh parti perkauman itu semasa di Pilihanraya Bagan Pinang nanti.

"Yang menjadi masalah dan menimbulkan keraguan rakyat adalah mengenai prosedur yang ditetapkan oleh SPR seperti tiada pengawasan yang teliti sewaktu pengundian,tidak membenarkan calon berada di pusat mengundi ketika proses pembungan undi pos berlangsung, pengiraan undi selepas 3 hari dan tiada kemaskini data pengundi Pos," kata Anwar.

TVAntara.com

JAIP Kaji Masalah Kelewatan Pembayaran Saguhati Raya Bilal, Siak: Zamri lebih pandai baca doa buka puasa!

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengkaji masalah kelewatan pembayaran saguhati khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di negeri ini yang sepatutnya dibayar sebelum Aidilfitri, kata Pengarahnya Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.

Beliau, yang kesal dengan kelewatan pembayaran berkenaan, memberi jaminan masalah sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan menafikan kelewatan berkenaan bermotif politik.

Sheikh Mohamah Nor berkata JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 Sept lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 Sept.

"Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 Sept 2009. Pada hemat saya, selewat-lewatnya 18 atau 19 Sept 2009, pegawai-pegawai masjid berkenaan telah menerima saguhati tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Rabu.

Katanya setakat ini difahamkan sebahagian besar daripada 1,975 orang bilal dan siak telah menerima saguhati, yang diumumkan pembayarannya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 26 Ogos lepas.

Sheikh Mohamah Nor berkata satu kertas cadangan telahpun dikemukakan kepada kerajaan Perak untuk dipertimbangkan bagi membolehkan kesemua bilal dan siak di negeri ini menerima elaun bulanan seperti yang dinikmati oleh imam masjid dan surau.

Ketika ini imam masjid dan surau di Perak menerima elaun bulanan RM450 manakala bilal dan siak menerima RM300 setahun.



-- BERNAMA

Nizar seru warga Perak buat perubahan besar-besaran


IPOH, 23 SEPT:Bagi Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Syawal ini perlu dijadikan iktibar dan persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis.

"Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zalim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, polis dan kehakiman.

"Tolak mana-mana yang berjuang di atas prinsip perkauman dan 'assobiyah' kerana itu tiada tempat dalam Islam.

"Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalangannya mereka yang hidup-matinya, perjuangannya kerana bangsanya atau kaumnya," jelas Nizar dalam perutusan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam perutusannya itu, beliau merasa pelik apabila umat Islam mengabaikan perintah Allah dan ibadat yang lain tetapi memberi keutamaan kepada amalan berpuasa.

Katanya hanya satu ayat dalam surah al-Baqarah (ayat 183) memerintah umat Islam berpuasa, tetapi dengan puluhan ayat yang mengarahkan solat dipandang sepi dan tidak ambil berat.

"Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahur, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri yang turun dan diungkap oleh Nabi Muhammad pertama kalinya dalam peperangan Badar mengajak umat Islam membuat perubahan besar-besaran.

Namun malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan di kalangan masyarakat melayu sehingga hilang roh dan semangat takbir itu sendiri.

"Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya," katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibadat tertua, puasa menuntut umat Islam memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak dan tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

"Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

"Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari. Bertemu di Bagan Pinang!" katanya dalam perutusan tersebut.

Harakahdaily/