Tuesday, February 15, 2011

Ahli PAS dan Ahli UMNO kini bersatu bantah saman ekor!

http://pmr.penerangan.gov.my/images/stories/ingin_tahu/pengangkutan/saman-ekor2.png

Dua syarikat yang rapat dengan Umno dan BN bakal menerima komisyen RM3.8 billion dari hasil kutipan enam juta saman ekor,kata pengerusi anti saman ekor Datuk Mahfuz Omar.


Syarikat tersebut dilantik akhir tahun lalu untuk menyelenggara sistem penguatkuasa automatik iaitu pengguna kamera yang diguna polis untuk mengesan kelajuan kenderaan.Sebagai balasan katanya,dua syarikat itu akan menerima komisen sebanyak 35% dari kutipan saman yang terkumpul daripada pesalah trafik yang bernilai RM3.8 billion.


RM3.8 billion hanya anggaran minimum,bagi tempoh lima tahun kutipan,kemungkinan untungnya labih banyak.


Sudah pasti syarikat kutipan ini mahukan lebih keuntungan dan keuntungan itu datangnya daripada kompaun saman terhadap kenderaan rakyat Malaysia.Maka sudah pasti mereka akan cuba memastikan lebih banyak saman dikeluarkan untuk mendapatka lebih keuntungan pada syarikat mereka.


Dua syarikat tersebut ialah Beta Tegap sdn. bhd. (No:641884-A) dan Commercial Circle(M) sdn. bhd. (No:140723-V).Saya yakin dibelakang syarikat ini wujud kepentingan pimpinan Umno dan BN yang akan memanfaatkan "Lubuk" duit ini.

Mahfuz juga kesal,kerana kerajaan BN tetap membentangkan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta pengangkutan jalan 2010 untuk bacaan pertama pada 18 Okt. yang lalu bagi mengekalkan saman ekor.

Jesteru itu,kempen ANTI saman ekor Fasa kedua akan dilancarkan dalam satu program bersama pimpinan PR pada 16 Februari ini.


Prosedur pemberian saman ekor juga dipertikaikan kerana tiada notis "Saman" dikeluarkan kepada pesalah trafik,sebaliknya hanya diberitahu melalui laman Web atau sms sahaja.


Sedangkan dalam satu kes mahkamah pada 2009,Mahkamah telah memutuskan tindakan JPJ menyenarai hitamkan kenderaan yang membeyar saman ekor,salah disisi undang-undang.

Monday, February 14, 2011

Jumlah mandi Saiful Bukhari Azlan 2 atau 4 hari timbul persoalan !

oleh Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan dengan keterangan yang bercanggah oleh saksi pihak pendakwaan berhubung jumlah hari Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya.


Dalam keterangan terdahulu, saksi pihak pendakwaan menjelaskan Mohd Saiful tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya selama empat hari, tetapi hari ini hanya dinyatakan selama dua hari sahaja.


Pakar jagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam menjelaskan, Saiful tidak mandi, tidak membuang air besar dan tidak mencuci punggungnya selama dua hari disebabkan kesakitan pada bahagian anusnya.


Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan peguambela S N Nair sebagai sebahagian bukti Saiful benar-benar diliwat oleh seseorang yang didakwa oleh Saiful seorang tokoh terkemuka, Anwar Ibrahim, dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini


Sementara sebelum itu, peguam pasukan pembela kes liwat Anwar menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.


Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.


Menurut beliau, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.


Dalam soalannya kepada ahli patologi forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng, beliau berkata, di peringkat antarabangsa terdapat ujian-ujian yang standard seperti itu yang diamalkan seperti PSA 'antigen' dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani.


Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata, laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.


“Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?” soal Sankara yang turut diakui oleh Dr Siew bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan hari ini menetapkan perbicaraan akan disambung pada hari Rabu ini mulai jam 8.30 pagi.


Turut hadir dalam perbicaraan hari ini peguam Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.


Peguam Sankara ketika bercakap kepada pemberita kemudian berkata, keterangan yang bercanggah dari saksi pendakwaan mengenai jumlah hari Saiful tidak mandi atau tidak mencuci badannya itu, pasti akan memudahkan pihaknya mengemukan hujah-hujah lebih konkrit dalam perbicaraan akan datang.sumber harakahdaily.net

M.Jamil dijatuhi hukuman 6 tahun penjara; insaflah!

Kita memanggil A.D.O ini M .Jamil,kerana beliau pandai berlakon.Beliau kelihatan warak dan kelihatan tidak akan pilih kasih. Beliau pernah bertugas di daerah kita tinggal.

Tetapi kita kenal beliau,yang pandai berlakon.Kita disuruh ikut peraturan.Tunggu dan bersabar tetapi apabila taukeh berurusan beliau M.Jamil terus memberi keutamaan.Kononnya beliaulah pembela rakyat.Dengan orang PAS dan penyokong PAS jangan haraplah beliau akan membantu.Tetapi kini beliau telah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan denda RM300,000 kerana cuba memperoleh rasuah lima tahun lalu.

Kita yang dizalimi oleh M.Jamil tetap mengingat peristiwa kita dimain-mainkan apabila berurusan dengan beliau.Kini beliau mempunyai harapan untuk merayu di Mahkamah Tinggi.Kita mengharap beliau M.Jamil meminta ampun dengan Allah s.w.t atas tindakan beliau yang menzalimi orang sewaktu bertugas dulu.Beliau belum terlambat lagi kerana masih ada ruang untuk bernafas.


BUTTERWORTH: Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.


Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.


Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal membayar denda. Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas. Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas.


Mohd Jamil dituduh di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Mohd Jamil diwakili peguam bela Rosli Ismail. -Bernama

Najib dan Hosni negara tidak kucar kacir kerana hilang kuasa.

Najib pasti melihat Mesir sebagai satu pengajaran. Apabila hilang kuasa tidak semestinya negara kucar-kacir.

Jadi UMNO tidak perlu 'memprovokasi' rakyat jika mereka kalah ,negara akan hancur.Semua institusi rosak .Jelas terbukti Hosni hilang kuasa rakyat tetap menjaga kedaulatan negara.Polis dan tentera tetap menjalankan tugas.

Hosni yang berbangga dengan ketuanan Firaon,kini terpaksa hidup dalam buangan.Pergerakan terbatas dan rahsia.

Apa yang jelas Hosni juga takut dengan badi .Badi itu kini menghambat Hosni Mubarak dan dikhabar bekas diktator itu kini tidak lagi merasai nikmat kuasa dan harta.

Revolusi rakyat ini pula digerakkan pelbagai lapisan rakyat.Kita melihat bagaimana seorang ibu tunggal yang mempunyai anak yang mati syahid terus berdoa untuk kesejateraan rakyat Mesir.

Sementara itu kita lihat pandangan Uztazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan betapa semua orang beperanan menjatuhkan kerajaan zalim seperti apa yang ditulis oleh beliau.

Tulis beliau,kembali kita pada senario di pinggir Kahirah pada pagi Jumaat 11 Februari di rumah seorang ibu tunggal bernama Laila. Anak lelakinya Khaled Said telah syahid pada hari pertama revolusi rakyat itu. Ketika itu Khaled sedang berada di cyber café dengan facebooknya berinteraksi dengan teman-teman seperjuangannya. Tiba-tiba saja 2 orang polis tidak beruniform menangkap, menggari dan menghiritnya keluar serta memukul sehingga mati disaksi oleh semua pengunjung cyber café tersebut. Peristiwa ini tersibar luas di Youtube, di internet.


Kita patut mengambil iktibar dari peristiwa ini. Di mana ketabahan seorang muslimat menjadi obor yang menyuntik semangat perjuangan menentang kezaliman. Bagaimana seorang ibu ini berdoa dengan lilihan airmata, penuh ikhlas bermunajat memohon pertolongan dari Allah. Tapi pemerintah zalim Mesir memadamkan kisah ini di internet dan seterusnya menutup terus seluruh rangkaian maya di Mesir.

Ameng Spring penghibur zaman UMNO memerintah!

AMENG Spring atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah, hari ini. Bagaimanapun, isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki Kanabis dan Menthamphemine di sebuah hotel di Melaka pada 1 Febuari lalu. - Foto BERNAMA

Ameng Spring mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah.Ameng Spring menjadi penghibur zaman UMNO memerintah Malaysia.Jika Ameng menjadi penghibur di zaman Pakatan Rakyat memerintah Ameng Spring boleh menjadikan penghibur sebagai satu ibadah.

Ameng boleh menjadi contoh muda-mudi.Malang Ameng menjadi penghibur zaman BN memerintah Putrajaya. Mungkin apabila PR menguasai Putrajaya,Ameng akan bebas dan di sini Ameng dan teman-teman artis boleh menjadi penghibur yang mendekatkan peminat dengan Allah Rabbul Jalil.Selamat berehat Ameng sementara menunggu Perdana Menteri baru dan Menteri Penerangan baru Ustaz Idris Ahmad.

Sunday, February 13, 2011

Umno umum bersara dalam PRU 13.

Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo, yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia dua kali dan masih lagi memegang rekod penjaring terbanyak kejohanan tersebut, bersedia mengumumkan persaraannya hari ini.

Lalu kita terfikir UMNO juga seperti Ronaldo akan beri laluan kepada PR dalam PRU 13. Umno umum bersara awal kerana sudah letih memerintah.

Najib yang terlepas semasa operasi lalang 1987 sudah cukup bosan untuk meneruskan tugas. Teman-teman beliau seperti Lim Kim Sai sudah bersara.Bertambah pula badi PRK terus menghantui beliau.Bertambah pula PRK sudah terlalu banyak,duit sudah tidak cukup untuk bagi kroni.

Jadi Najib Umno cuba menggunakan SPR supaya UMNO bersara awal agar tidak dimalukan.

Datuk Mustafa Muhammad Baru Tahu Hukum Loteri dan Palacur Haram-Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan Parti Islam Semalaysia (PAS) mengucap tahniah kepada Datuk Mustafa Muhammad kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama. Apakah sejak gelombang merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?


Kenyataan Datuk Mustafa Muhamad seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan. Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Pas, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli Pas yang bersetongkol dengan kegiatan ini, Pas akan mengambil tindakan.

Jika benar kenyataan Datuk Mustafa Muhammad, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak.


Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat. Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.


Pas melalui kenyataan Ustaz Idris Ahmad mengharapkan kesedaran gelombang merah, boleh juga menyedarkan Datuk Mustafa Muhamad dan Datuk Dr Awang Adik bahawa kedua-dua perbuatan ini salah di sisi Islam.


Walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada Pas dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam. Perkara yang sama bolehlah di bawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah.