Sunday, September 18, 2011

Kehadiran Zambry Kadir di Bukit Gantang ,tidak menghalang 54 orang ahli UMNO jadi Ahli PAS.

Pak Hussain Mat Isa menyerah borang 54 orang Ahli UMNO ,Cawangan Kg Kelubong,Sg Tinggi,dalam DUN Trong untuk menjadi Ahli PAS kepada Ustaz Zulkifli Ahmad,TYDP PAS Kawasan Bukit Gantang.Turut kelihatan Ustaz Norazli Musa,Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak.
Borang Pak Hussain Bin Mat Isa berusia 74 tahun ,dulu menjadi Ahli UMNO kini meninggalkan UMNO untuk bersama parti PAS.
Penduduk Kg Kelubong dan kawasan sekitar meraikan kemasukan Ahli UMNO kepada Parti Islam Se Malaysia ,Kawasan Bukit Gantang.


Kehadiran Zambry Kadir pada 14 dan 15 September lalu di Parlimen Bukit Gantang,tidak dapat menghalang ahli UMNO Bukit Gantang menyertai PAS.

Pada malam kelmarin sejumlah 54 orang ahli UMNO cawangan Kampung Kelubong,Sungai Tinggi menyerahkan borang menyertai PAS.

Penyerahan borang dilakukan oleh Pak Hussain Mat Isa mewakili penduduk Kg Kelubong.Apa yang menarik di rumah Pak Hussain, UMNO cawangan Kg Kelubong ditubuhkan pada tahun 1966.

Selepas 45 tahun ,dalam sambutan kemerdekaan ke 54 ,di rumah Pak Hussain ini pula berlaku penyerahan borang menjadi ahli PAS. Selepas ini dijangka ramai lagi akan menyerah borang kemasukan menjadi Ahli PAS.

Di fahamkan UMNO cawangan Kg Kelubong menjadi lumpuh.Dengan izin Allah s.w.t satu kubu UMNO berjaya ditembusi PAS.

Hanya 100 ratus orang sambut Menteri Besar di Kuala Sapetang.

Baru-baru ini Zambry Kadir menggempur Parlimen Bukit Gantang.Kehadiran sebagai Menteri Besar Perak tidak sangat dirasai penduduk Bukit Gantang.

Semua program dibantu agensi kerajaan.Semua jemputan melalui arahan.Dengan program sepatutnya Osman Jailu boleh uruskan,terpaksa menggunakan Zambry Kadir untuk "cover line"kegagalan wakil rakyat mesra UMNO "itu.

Dari turap jalan,bagi geran tanah,bagi net book dan bantuan untuk penduduk miskin ,semuanya sepatutnya Osman Jailu boleh buat,tetapi Zambry terpaksa digunakan.

Cuma Osman Jailu tak boleh buat menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau Larut Tin seperti Zambry Kadir pada 14 September lalu.

Dalam pada itu teman-teman di Kuala Sapetang memberitahu penulis hanya 100 orang penduduk sambut Zambry Kadir.Hal itu pun disebabkan mereka ada kepentingan perniagaan dan projek.Hampir 3000 orang penduduk Kuala Sapetang tak kisah pun Zambry datang.

Hayatnya masih panjang:Imam Majid(PKMM) Pejuang Kemerdekaan.

Terbaring tapi masih mampu tersenyum



Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Imam Majid menyambut mesra kehadiran kami dengan senyuman walaupun keadaannya tidak mengizinkan. Beliau merupakan tokoh yang disegani khususnya dalam memperjuangkan kemerdekaan.Beliau sangat aktif bergiat dalam mempertahankan hak asasi seperti Kesatuan Sekerja. Beliau adalah tokoh terpenting dalam mengasaskan PKMM sebab itu beliau pernah menjadi Pimpinan Kanan PKMM. Malangnya, Imam Majid telah luput ditelan zaman. Bakti dan sumbangannya tidak pernah dinobat dan dihebahkan. Sumbangannya hanya tertulis dibuku- buku usang yang tersimpan digebuk- gebuk. Generasi ke generasi mengabaikannya, apatah lagi generasi muda yang lebih kenal Hazama AF.



Ketua Kesatuan Boroh Johor

Ustaz Akmal Kamarudin dan Ustaz Zawawi Abu Hassan dalam lawatan menelusuri Jejak Pejuang Kemerdekaan.

Kisah Perjuangan Imam Majid Yang Telah Dibukukan

Menjadi Pengerusi Mesyuarat

Lihat, Nama Imam Majid dan Mat Indera sebagai Setiausaha.
Imam Majid pernah ditawarkan untuk menjawat jawatan Menteri di Singapura. Beliau pernah berjuang dengan Mat Indera di Johor sebagai Setiausaha.
Tuduhan komunis terhadap Mat Indera dianggap sebagai "melampau".

























Beliau pernah menjadi rakan sejawat dengan Mat Indera, dan Imam Majid menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang yang berani. Menurut anak Imam Majid, jika ada tayangan filem Bukit Kepong di tv, beliau akan berkata, "bohong"!! dan beliau akan terus menceritakan hal sebenar yang berlaku di Bukit Kepong. Kasihan kami melihat keadaan Imam Majid yang telah dilupakan. Hanya tinggal di rumah sewa. Tiada anugerah dari Kerajaan. Paling tidak hadiahkanlah tanah kerana beliau tokoh yang berpengaruh suatu ketika dahulu.


Inilah bahananya jika UMNO terus mengadakan propaganda yang tidak berasas, lantas pelbagai lapisan masyarakat sekarang ini sedang membuka helaian demi helaian sejarah kemerdekaan seterusnya membuka rahsia penipuan yang selama ini ditaja oleh UMNO. Bak kata pepatah, "SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK" kan dah lebam- lebam. Wahai tentera- tentera Allah teruskanlah berjuang demi mendaulatkan Agama Islam di muka bumi...TAKBIR!!!!sumber blog Teratak Kampung.

Saturday, September 17, 2011

7 9 orang bakal jemaah haji Parlimen Bukit Gantang akan diraikan DS Nizar.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, menurut Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.


Sementara itu bakal Jemaah Haji dari Parlimen Bukit Gantang seramai 79 orang.Bakal Jemaah Haji dari Parlimen Bukit Gantang itu akan diraikan oleh DS Nizar Jamaluddin pada 25 September(Ahad) ini.Program bermula pada pukul 10 pagi ,dengan Bacaan Yassin dan Solat Hajat .


Pada kali Surau Batu 6,Changkat Jering telah dipilih oleh Sekretariat Parlimen Bukit Gantang dan PAS Kawasan Bukit Gantang,untuk mengadakan majlis meraikan jemaah haji.


Jumlah keseluruhan jemaah haji Daerah LMS sebanyak 256 orang.


Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.****rakam foto di Mekah *********

Selamat datang GST,tolak BN pada PRU 13.

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.


"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN.


"Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.


"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa.


"Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.



Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat.


"Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.


"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.


Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST.

Selamat tinggal UMNO -malam ini 70 orang ahli UMNO akan serah borang pada DS Nizar.

Pada malam ini 18 September,Ahad dijangka 70 orang ahli UMNO dalam parlimen Bukit Gantang akan menyerah borang menjadi ahli PAS.

Majlis penyerahan akan berlangsung pada pukul 8.00 malam ini.Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Majlis penyerahan itu akan dibuat di sebuah Dewan Orang Ramai.Borang-borang akan diserahkan kepada DS Nizar.

Penulis insyaAllah akan turut serta di majlis itu bersama pipmpinan Kawasan Bukit Gantang.

Friday, September 16, 2011

Jom bersama DS Nizar esok di Jamuan Raya .



Esok Jamuan Raya Peringkat DUN Kuala Sapetang dibuat di Taman Mewah Kamunting.Izin Tuhan DS Nizar akan berada di Taman Mewah bertemu masyarakat DUN Kuala Sapetang.

DS Nizar dijadualkan berada di situ dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Selamat berjumpa!sumber blog parlimen