Tuesday, October 18, 2011

Hampeh! cikgu ditayang video lucah.

Baru-baru ini cikgu-cikgu di daerah Kuala Kangsar ditipu untuk pergi kemajlis penerangan anjuran Kerajaan Negeri Perak.Tapi hampeh,mereka dihidangkan dengan video lucah.40 hari rezki mereka tak masuk.Patutlah selepas tengok video lucah ,anak murid semakin benak.

Kita baca pandangan Timbalan PJ Perak.Ustaz Misbahul Munir mengulas isu pimpinan UMNO menayang video lucah.

IPOH
:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.


Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.


Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yang hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.


Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yang paling jejek menayangkan video lucah".


Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.


"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau.

'Jangan heret anak saya yang tidak berdosa'.-Lim Guan Eng belajarlah daripada Tok Guru.

Tuan Ketua Menteri Lim Guan Eng belajarlah daripada Tok Guru Nik Aziz,macamana hendak menghadapi UMNO .Apa yang mereka tak kata dengan Tok Guru.Atau sekurang-kurangnya belajarlah dari DS Anwar Ibrahim.

Tindakan terdesak UMNO itu membuat fitnah dan menyebar fitnah ,menyebabkan kaum Cina terus tidak menyokong UMNO.

Bersabarlah Sdr Lim Guan Eng,Allah s.w.t bersama dengan Tuan Ketua Menteri.


KUALA LUMPUR, 18 Okt:
Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-Umno sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger Umno yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan, lapor Roketkini.


“Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.


“Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.


“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin Umno dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi Umno, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh Umno-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008.


Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik Umno memahami perasaan sebagai seorang ayah.


“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin Umno dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.


Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku:


“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.


“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.


Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu.


Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.” (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536)


Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.


Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau.


“Oleh itu, Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya.


Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah.


“Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu,” katanya.


Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-Umno itu.


Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. – Roketkini.com

Monday, October 17, 2011

Zulkifli Nordin tidak sehebat Zizan dapat tawaran berlakon di Jepun .

Zulkifli Nordin tidak sehebat Zizan Raja Lawak yang mendapat tawaran berlakon di Jepun.

Zulkifli hanya diperlukan Syarikat Ummmmmno memang nipu orang.Dia hanya jaguh kampung.Tak cukup duit ,dia akan keriao.

Bukan macam Zizan,pandai berlakon. Zulkifli Nordin,,buat-buat berlakon..Janji masyukkk.


PETALING JAYA: Belum pun filem lakonannya dengan syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment ditayangkan, pelakon Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan Raja Lawak) sudah menerima tawaran untuk berlakon di negara matahari terbit itu.


Menurut Zizan, selepas dia selesai menjalani penggambaran sebuah filem terbitan syarikat itu yang turut dilakonkan oleh pelakon Jepun bernama Kitano Kii, penerbit daripada syarikat itu terus menawarkannya untuk berlakon di sana.


“Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan.


“Terus-terang, saya selesa bekerjasama dengan syarikat produksi ini dan tidak salah untuk meneruskan perhubungan dengan mereka untuk bekerjasama sekali lagi selepas ini,” kata Zizan mengenai filem yang masih belum diketahui tajuknya itu.


Semuanya tercetus selepas penerbit syarikat itu menonton filem “KL Gangster” yang dilakonkan olehnya di samping Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra dan Sofi Jikan.


“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China itu.


“Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China,” katanya lanjut.


Filem ini mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, dia telah berpura-pura mencintai Cikgu Rahman (Zizan) kerana sudah mempunyai teman lelaki. Bagi menunjukkan yang mereka sedang bercinta, Yukari menjadikan Cikgu Rahman sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain.

Selamat berjuang Dr Aziz Bari,jangan peduli tukang salak UMNO

Ustaz Nordin Jaafar bersama Dr Aziz Bari.

Penulis pernah berbual dengan Dr Aziz Bari. Dr Aziz Bari bukan peduli dengan pangkat .Jadi beliau tidak seperti Prof Zainal Kling atau Prof Khoo Kay Kim.Beliau seorang profesor yang tiada tolok bandingnya.

Beliau seorang ahli akademi ,beliau mempraktikkan ilmu yang beliau belajar.Selamat berjuang Dr Aziz Bari.

Jangan pedulikan dengan Ezam Mohd Nor dan Zulkifli Nordin.Mereka hanya tukang salak UMNO. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.Kapal yang mereka tumpang sudah bocor.

Mat Sabu Datang Lagi Ke Parlimen Bukit Gantang

Pada 25 Oktober ini Tuan Haj Mat Sabu akan datang ke Parlimen Bukit Gantang.Beliau akan bersama penduduk DUN Trong dalam majlis jamuan makan.

Program untuk mengutip dana PRU Dun Trong itu akan bermula pada pukul 8.00 malam,bertempat di Kg Sungai Tinggi,DUN Trong.

Kupon derma RM30.00 boleh diperoleh melalui Khairul Said,SU MTD Trong ,nombor telefon 013-2076870

Peruntukan MRSM dipotong ,pengeluar cendikiawan Melayu: Umno bohong bela Melayu

KUALA LUMPUR: Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.


"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.


Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.


Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.


"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.


Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.


"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.


Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.


"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.


"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.


Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.


"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.

Hutang negara berjumlah RM437.2 bilion

KUALA LUMPUR: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).


Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.


Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.


Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.


Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.sumber harakah