Tuesday, January 10, 2012

Peserta bawa bom-Utusan

Utusan sekali lagi membawa berita fitnah dan palsu.Polis belum habis siasat,sudah menuduh peserta 901 bawa bom.Mereka mempertikaikan kecekapan polis Malaysia kelas dunia.

Laporan berita yang kerap kali tidak adil,fitnah dan palsu menyebabkan Utusan sering disaman.Edaran surat khabar pun terus merosot.Yang rugi orang Melayu.Saham jatuh dan selalu kena tipu dengan Utusan.

UMNO mengemis undi penduduk,135 wakil rakyat UMNO jadi mangsa.

KEMENANGAN UNTUK RAKYAT Penulis diberi maklumat program UMNO /BN ,iaitu pemukiman di Parlimen Bukit Gantang.

Mereka memberitahu antara 12-14 Januari ini,Bukit Gantang akan dikunjungi wakil rakyat UMNO.

Sementara itu,Najib Razak akan berjumpa penduduk di Dewan Bunga Raya,Changkat Jering pada sebelah petang 13 Januari ini.

Bertemu penduduk Cina lewat petang di Simpang.

Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.



Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), YB Datuk Nadzri Ismail(ADUN Manjoi) menyatakan , setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.



Zon utara dipilih pada kali ini.Satu sejarah UMNO/BN ,mengemis undi penduduk.Apabila mereka sudah nazak baru berjumpa penduduk ,untuk meminta talian hayat.Apa yang jelas,pengundi Bukit Gantang bijak dan matang.Bukit Gantang sudah belajar dan mengetahui seni politik UMNO/BN.


Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor,dilihat gagal.



Dalam pada itu,Ustaz Idris mengulas isu pemukiman ini."Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan."kata Ustaz Idris Ahmad,anak tempatan parlimen Bukit Gantang.


"Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat," ujar Ustaz Idris Ahmad lagi..

Monday, January 9, 2012

Kalau Anwar dipenjara , kami jamu pisang.


Seorang penduduk kampung memberitahu salah seorang AJK Penerangan Kawasan Bukit Gantang."Anwar salah saja,kami jamu pisang untuk orang kampung,"

Kelmarin apabila mahkamah membebaskan DS anwar ,dia diam sahaja.Sementara itu terdapat pula penduduk kampung akan jamu pisang kepada penyokong tegar Sepul itu.

"Cikgu,nanti kami jamu pisang pada mereka ,cukup korum kedai kopi,kami bawa pisang" kata penduduk kampung.

Yang jelas penyokong tegar si Sepul di Bukit Gantang,duduk tunduk membisu.Mereka tidak berani angkat kepala.

901,Bob Lokman juga dibebaskan.


Penulis membaca dalam blog Teratak Kampung,yang menjelaskan Bob Lokman juga telah dibebaskan.Sewaktu penulis mengiringi Bob Lokman memenuhi jemputan penduduk Bukit Gantang pada 31 Disember lalu ,beliau menerangkan beliau menghadapi beberapa tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.Salah satunya di negeri Pahang.


Penulis menjelaskan negeri Perak peraturan agak mudah.Cukup dengan kebenaran Pengerusi surau atau masjid ,individu atau Ustaz yang dijemput boleh menyampaikan tazkirah.


Sahabat penulis menulis dalam blognya.

Sebentar tadi Bob Lokman memaklumkan bahawa beliau dibebaskan oleh Mahkamah di Kuantan atas tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah baru-baru ini. Beliau sekarang masih berada di Kuantan telah menghubungi krew Teratak Kampung sebentar tadi.


Bob Lokman juga mempunyai kes di Selangor,yang belum selesai .Semasa penulis mengikuti program beliau di Parlimen Bukit Gantang,beliau pernah menyatakan hampir 20 tahun bergelumang maksiat .Dan dia menyatakan kerap melakukan dosa kecil.Beliau mahu menghabiskan sisa umurnya dengan menyampaikan dakwah.

Selamat berjuang Bob Lokman.

Sunday, January 8, 2012

Anwar bebas,DNA dan oral lisan tak boleh sabit kesalahan.





9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.


"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.sumber


DS Nizar tiba pada 8.15 pagi beri sokongan kepada DS Anwar.


7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan "901" supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah.


Suasana perhimpunan dan lensa media tertumpu pada sekumpulan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" yang dikepalai ADUN Sri Muda, Selangor Shuhaimi Shafie.


Turut kelihatan, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

7.10 pagi : Rafizi berkata keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Mengulas lanjut, Rafizi mengharapkan cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.


7.30 pagi: Kelihatan MP Selayang, William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Parking Lot dihadapan mahkamah telah penuh dan keadaan terkawal


7.55 pagi: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan


8.05: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Amizam Zamhuri (anggota marshal) berkawal dan menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis "Rakyat Hakim Negara", "Tolak Fitnah Bebas Anwar". Selain itu sticker 'Rakyat Hakim Negara" berwarna biru muda mula di edar kepada orang ramai.Begitu juga topeng Anwar juga mula di edar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. keadaan terkawal .


8.15 pagi: Azmin Ali tiba bersama bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin . Juga kelihatan Adam Adli dan Sofwan yang berkerusi roda sambil melaung "Hidup Mahasiswa"


8.30 pagi: Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Dr Syed Husin Ali, Ronie Liue serta MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tiba diperkarangan mahkamah. suasana terkawal dan orang ramai semakin banyak


8.35 pagi: DS Anwar tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. turut serta isteri beliau DS Wan Azizah serta anak-anak. Laungan Reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas.

Zambry Kadir menanti Najib ,untuk bertanding di Parit Buntar.



Kerajaan UMNO BN semakin terdesak dan jelas tidak boleh diselindung lagi bahawa pemimpin UMNO BN kini cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing sebelum rakyat menghukum mereka pada PRU 13 ini.Salah seorangnya Zambry Kadir.Pangkor bukan dikatakan kerusi selamat untuk MB Mahkamah itu.?Zambry pun bukan calon utama untuk jawatan Menteri Besar UMNO/BN.


Dalam pada itu Zambry didakwa ,mengintai untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar


Zambry Kadir tidak tahu UMNO kini kapal usang.


Buat kata Ustaz Abu Bakar Husein "UMNO BN kini umpama “ Kapal usang yang hanya menunggu saat untuk karam “, dan kini Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa kerajaan UMNO BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.


Jadi Zambry Kadir membiarkan dirinya anak jantan, biar kalah berlawan di kawasan hitam.