Saturday, February 18, 2012
"We will fight at all costs! Tumbang BN, negara selamat,"
Curtin University ,universiti nombor berapa di dunia?
Hebat sungguh Rosmah Mansor sehingga terdapat mereka yang menuduh Rosmah Mansor beli ijazah.
Rosmah mengulas isu itu pada prorgam Perkasa yang dipimpin YB Ibrahim Ali. .
"Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya...
Friday, February 17, 2012
Apa nak jadi FAM,ada pegawai atur perlawanan.
Laporan berita dari negara jiran itu memetik kenyataan terbaru Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton sebagai berkata, skandal itu bukan hanya membabitkan pemain dan jurulatih, malah pegawai FAM sendiri.
Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media yang dihantar semalam menuntut penjelasan lanjut daripada Eaton mengenai kenyataannya itu.
“FAM kesal dengan laporan yang disiarkan akhbar Straits Times Singapura yang membayangkan pegawai persatuan ini terbabit dalam gejala mengatur perlawanan.
“Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton. Sehubungan itu, FAM sudah menghantar surat kepada Chris Eaton meminta beliau menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan itu dan mengemukakan bukti jika mengesyaki pembabitan pegawai FAM dengan gejala ini.” Laporan akhbar itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk terhadap FAM yang kini bertungkus lumus mencari jalan memerangi gejala rasuah bola sepak yang menular berikutan beberapa kes baru-baru ini membabitkan pasukan Liga Malaysia.
Setiausaha Agung FAM, Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: “Eaton tidak sepatutnya membuat dakwaan sedemikian kerana apabila beliau menyebut pegawai FAM, ia merangkumi semua peringkat. Sekarang kami menunggu jawapan balas Eaton.” Menerusi laporan online Straits Times yang bertajuk ‘At least 2 LionsXII matches under graft probe’ (Sekurang-kurangnya dua perlawanan Lions XII disiasat) menyatakan pemain dan pegawai pasukan itu tidak disyaki terbabit namun difahamkan kemenangan LionsXII ke atas Sabah (21 Januari) dan Negeri Sembilan minggu lalu dipantau FAM dan Fifa.
Namun Azzuddin menafikan pasukan tunggal dari Singapura beraksi dalam Liga-M musim ini adalah antara tiga pasukan yang kini disiasat FAM dan pihak berkuasa.
“LionsXII bukan antara tiga pasukan yang disiasat dan pegawai Fifa yang menghadiri mesyuarat khas FAM sebelum ini juga tidak pernah menyebut kes membabitkan pasukan itu,” katanya.
Gejala rasuah kembali menghimpit arena bola sepak tanah air apabila 11 pemain dan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden digantung oleh FAM, minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat pula baru-baru ini mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur perlawanan.
YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar,pemimpin yang istiqamah.
YDP PAS Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar pemimpin yang terus istiqamah.Walaupun sepatutnya beliau yang bertanding pada PRU12 pada tahun 2008, untuk DUN Changkat Jering,tetapi beliau tidak kecewa.Beliau terus menyantuni penduduk Bukit Gantang. Beliau dikenali oleh orang ramai,kerana beliau mempunyai jadual mengajar agama di surau dan masjid di sekitar parlimen Bukit Gantang.Thursday, February 16, 2012
Nga Kor Meng tidak bersalah.
Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata ia telah memanggil Nga, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, enam bekas ahli exco dan tiga ahli MBI yang menganggotai lembaga tender ketika itu, dalam membuat keputusan tersebut.
Nizar dan anggota exco terbabit menafi mengesyorkan kepada MBI supaya melantik Ethan & Elton Sdn Bhd - sebuah syarikat di mana isteri Nga, Wong Seow Ching, mempunyai kepentingan - untuk kontrak Lounge Suit.
Tiga ahli majlis tersebut - Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP, Khairuddin Abd Malik dari PAS - memberitahu jawatankuasa displin bahawa mereka tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Nga, dalam melantik Ethan & Elton.
"Tidak timbul Isu penyalahgunaan kuasa oleh Nga. Status Nga sebagai ADUN dan anggota exco tidak menghalang isterinya daripada menjadi rakan kongsi syarikat. Selain itu, Nga tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat tersebut.
"Hanya akan terdapat konflik kepentingan jika Nga menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan lembaga tender," kata jawatankuasa itu.
Saiful Apek mungkin kena penjara,air kencing positif dadah.
Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway
Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.
Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.
Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.
