Wednesday, June 20, 2012

Cikgu Din ,cuba periksa(cek) ,pejabat takut polis letak alat rakaman.

Banyak sangat SMS dan pangilan telefon bertanya khabar Pusat Khidmat DS Nizar di Simpang kena gelidah polis.

Sampai  ada yang minta cek takut polis letak alat rakaman. Mereka cakap semuanya boleh berlaku. Kemudian mereka  bertanya apa faedah polis pergi tandas lama sangat,sudah tentulah ada perancangan.

Aku menjawab ,semuanya insyaAllah selamat.Setakat ini pejabat DS Nizar  ,masih selamat dan terus dikunjungi  masyarakat.

Di sini aku ingin jelaskan ,tiada rampasan peralatan komputer atau telefon. Hanya maklumat diri aku dan Fadhil Idris sahaja diambil.

Tuesday, June 19, 2012

Terima kasih Mat Sabu bela DS Nizar.

Add caption

(Gambar fail: Sidang media Nizar tentang isu WWW 1)

KUALA LUMPUR: Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun.

"Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.

Menurut Mohamad, kenyataan Nizar yang menyebabkan polis bertindak itu adalah kenyataan umum dan terbuka yang tersiar dalam laman Twitternya.

"Kenyataan itu tersiar dalam laman sosial yang boleh dilihat oleh semua orang.

"Nizar bukan buat ucapan dalam video conferencing sulit atau perhimpunan bawah tanah di alam maya, dia buat teguran terbuka. Apa yang polis hendak korek lagi dalam telefon dan komputernya?" kata Mohamad sambil menyifatkan tindakan polis itu tidak munasabah.

Nizar sebelum itu memberitahu bahawa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabat dan rumahnya semalam.

"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," kata bekas Menteri Besar Perak itu di Twitter.

Sambil menyifatkan tindakan itu seperti tindakan gestapo, Mohamad yakin apa yang berlaku itu akan memarakkan lagi api kemarahan rakyat.

"Saya yakin rakyat semakin marah. Mereka akan balas dendam terhadap Umno," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya boleh menerima jika teguran Nizar itu dikecam atau dimarahi oleh pihak yang merasa marah.

"Ini negara demokrasi. Boleh balas teguran Nizar terhadap plat kereta Sultan Johor itu tidak kiralah melalui kecaman, kemarahan atau demontrasi sekalipun walaupun kita sangat yakin semua itu menyebabkan rakyat semakin meluat dan berdendam.

"Tetapi, kalau sampai ke peringkat rampas telefon dan komputer, itu sudah melampau," katanya.

Tambalan pula, kata Mohamad lagi, Nizar sudah memohon maaf jika tegurannya itu tidak disenangi.

Najib buat umrah semoga doa Najib dimakbulkan

Semoga Doa Rosmah, Najib Makbul mendapat menantu baik dan anak-anak bertemu jodoh. Semoga  Rosmah  dan Najib  sudah mendapat berita gembira bila tarikh  PRU 13?Perdana Menteri  DS Najib Tun Razak dan isteri DS Rosmah Mansor serta anak beliau anak beliau, Nor Ashman Razak Mohd Najib menunaikan ibadat umrah di Masjidil Haram, Makkah di sini.Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Jamil Khir Baharom .

Najib ke Arab Saudi kerana memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz Al Saud yang mangkat Sabtu lalu di Jeddah.  Bertuah Najib dapat ke  ke sana, rezki dia untuk  melakukan umrah.


Monday, June 18, 2012

Budak Melayu Tiada Kerakyatan,kanak-kanak 11 tahun akan saman JPN

 Datuk adik Muaamar berusia 11 tahun datang dari Pulau Pinang mengadu hal dan meminta hebahkan perjuangan beliau untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kerakyatan untuk cucunya Muamar.
 Puan Rohaida bin Mohamad ibu  adik Muamar 11 tahun ,yang membuktikan ibu dia, rakyat Malaysia.

 Muamar Bukhari Abdullah telah dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai kemudahan seperti sekolah dan rawatan kesihatan.
Perjuangan Muamar Bukhari Abdullah  .

(Kemaskini gambar)WWW1, 5 anggota polis Johor datang Pejabat Pusat Khidmat Nizar.

Perintah Hakim Majistret Johor Bharu
 Anggota polis berbaju biru sedang menyemak komputer Fadhil Idris.
Pegawai Polis menunjukkan waran.
Pegawai Polis melihat salinan laporan polis yang dibuat Fadhil Idris ke atas akhbar KOSMO. 
          
                                                                      Foto-foto melalui telefon bimbit.


Dalam pukul 12.06 tengahari tadi,Pejabat Pusat Khidmat DS Nizar ,didatangi 5 anggota polis Johor. Mereka tunjuk kad kuasa dan perintah mahkamah untuk melihat CPU Komputer dan ambil "history komputer.

Aku dan ketua aku Fadhil diambil Kad Pengenalan dan maklumat diri. APA yang menarik ,tuan pegawai bagitau ,kami ikhlas. 

Pusat  Khidmat  Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi 5 anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l  Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Tiada apa yang diambil.Hanya maklumat CPU dan komputer. Apa yang menarik mereka juga menggunakan bilik air Pusat Khidmat. 

Sunday, June 17, 2012

Muhyiddin umum RM3 juta ,di Changkat Jering,YB Rosli tak tau malu.


 Dokumen memorendum yang didakwa diserah pada Muhyiddin semasa lawatan ke Changkat Jering pagi kelmarin disini
TAIPING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi membina semula pasar minggu Changkat Jering.

Timbalan Perdana Menteri  mengumumkan perkara tersebut kerana  didakwa  khuatir satu memorundum dari peniaga pasar minggu Changkat Jering.

Muhyiddin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat  tetapi  kenapa  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin memohon  peruntukan tersebut. Ke mana pergi ADUN  derhaka , Osman Jailu, makan gaji buta ke? Peniaga bukan minta duit tiga juta ringgit tetapi meminta kekalkan Pasar Minggu berusia lebih 100 tahun itu.Pasar Minggu Changkat Jering yang bersejarah itu akan musnah kerana projek Lebuhraya Pantai Barat Changkat Jering- Klang.

Rosli yang "tak tau malu" kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu. Sepatutnya berasa malu  dengan Muhyiddin  dalam DUN Trong, Pejabat POS dan bank komersial pun tak ada.(klik-)Bangunan UMNO pula telah disita  pada 15 Jun lalu.


Saturday, June 16, 2012

UMNO Bukit Gantang memalukan Muhyiddin Yassin,bangunan disita.

Gambar menceritakan segala-galanya. Pada 17 Jun  TS Muhyiddin datang Parlimen  Bukit Gantang. Pada hari ini pula pejabat UMNO itu tetap beroperasi untuk menunjukkan kepada Muhyiddin Yassin ,UMNO Bukit Gantang kuat dan boleh "settle" banyak perkara.