Sunday, September 30, 2012

Budak-budak Ahli Parlimen BN,cabut tengok Anwar Ibrahim.

Kita  tengoklah perangai budakbudak ahli parlimen dari BN ni... Waktu Najib bentang bajet, semua ahli parlimen pembangkang hadir..waktu ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim  bahaskan tentang bajet hari ini, semua tak nampak muka..termasuk  DS Najib yang galak perli pembangkang hari jumaat lepas....Ahli Parlimen BN kelas dunia ketiga.

Tak puas dengar ceramah Mat Sabu, 7 Oktober ,Mat Sabu datang lagi.

Hj Mohamad Sabu akan datang lagi Ke Bukit Gantang.Beliau akan berceramah bersama Dato Ngeh koo Ham,DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad. Buat pertama kali Mat Sabu dan DS Nizar berceramah di Tapak Najib dan Muhyiddin Yassin selalu"goreng" penduduk Bukit Gantang. 

Nizar lawat Pekan balas balik lawatan Najib.

Najib mengalu-alukan kehadiran Nizar di Parlimen Pekan??
DS Nizar dalam perjalanan dari Ipoh ke Pekan Pahang. DS Nizar pergi ke Pekan ,kira nak balas balik lawatan Najib yang kerap ke Bukit Gantang.

DS Nizar akan berceramah di Parlimen Pekan pada malam ini,30 September.DS Nizar akan berceramah di Markaz Tarbiyyah Darul Husana,Rompin Lama.

Program Himpunan Hijau di Parlimen Pekan itu bermula  2 petang-12 tengahmalam. Penduduk Pekan bolehlah hadir beramai-ramai  mendengar pandangan DS Nizar tentang Najib pada malam ini.

Saturday, September 29, 2012

Bajet Expiry Date Najib.

BAJET defisit   13 tahun berturut-turut. Orang kampung pun boleh ,pinjam sana pinjam sini  kemudian umum  nak buat macam-macam.

Friday, September 28, 2012

Bajet Perdana Menteri kita, Mahasiswa senyum sampai telinga.

Bajet PR  mahasiswa akan senyum sampai telinga. Emak bapak boleh tidur lena kerana tak payah fikir anak bayar balik pinjaman PTPTN. Bajet PM Pakatan Rakyat ,kena tunggu Putrajaya milik Pakatan Rakyat.

Thursday, September 27, 2012

Minta DS Nizar derma pandai,nak masuk sekolah tidak!

Sekolah yang minta sedikit sumbangan untuk pembangunan. DS Nizar melalui pegawainya beli sebuah meja.
Banyak sungguh sekolah di Parlimen Bukit Gantang  mohon sedikit sumbangan Ahli Parlimen Bukit Gantang.  Namun begitu ,minta sumbangan cukup pandai,tetapi apabila nak masuk sekolah tak boleh .Cikgu nak bersalam pun tak boleh dengan DS Nizar.

Wednesday, September 26, 2012

Buat" projek" bawah kabel Voltan Tinggi TNB

Kolam Udang Haram didakwa diluluskan oleh kerajaan haram Zambri dan didakwa diserahkan kepada orang UMNO.TNB boleh buat tak tau orang buat projek haram. Sama orang kampung,pandai bagi notis.Sama kroni,senyap saje.Projek haram ini dipinggir Sungai Sapetang,Kg Dew,Parlimen Bukit Gantang,betul-betul di Tanah Rezab Sungai. Tiada tindakan,Pejabat Tanah "bo layan"
Pak Wahab, KC UMNO berjuang untuk rakyat,bukan berjuang untuk poket sendiri.Jika berjuang untuk poket sendiri sudah lama PakWahab Kaya. Pak wahab menunjukkan sesuatu ke arah kolam udang haram. "Musim menuai sungai Sapetang tercemar teruk"kata Pak wahab.NYDP PAS Bukit Gantang Sdr Rahim Ismail berjanji PAS akan berjuang membela nasib penduduk Kg Dew,kampung yang telah dirosakkan oleh orang UMNO.