Monday, August 5, 2013

Pilihanraya lambat lagi harga gas naik RM1.00 pun takpa!!!


Penjual gas beritahu harga gas sudah naik seringgit mulai hari ini(5 Ogos) .Pada  1 Ogos KPDNKK menafikan kenaikan harga gas petroleum cecair(LPG).Mana satu betul? Orang kampung pun beritahu benda yang sama,harga gas naik seringgit ,walaupun dibawa sendiri .

Tapi orang kampung beritahu lagi, pilihanraya lambat lagi,kerajaan BN nak takut apa? 

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlakunya kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi seperti didakwa oleh beberapa laman blog dan laman sosial.

Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Dr. Noor Zari Hamat berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga untuk gas memasak kerana ia merupakan barangan kawalan.

"Perkara sebenar yang berlaku ialah apabila kadar bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran tong gas LPG dari kedai ke rumah pengguna.

"Walau bagaimanapun, kadar bayaran ini adalah hak individu dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, beberapa laman blog dikesan menyebarkan surat notis daripada Potensi Cerah Sdn. Bhd. iaitu stokis gas Petronas Perak tentang harga baharu jualan gas Petronas.

Kandungan surat itu jelas menyatakan bahawa harga gas memasak adalah harga kawalan kerajaan dan hanya upah penghantaran sahaja dikenakan.

Sementara itu, Pengurus Jualan Stokis Gas Petronas Perak, Khor Kien Hua berkata, dakwaan beberapa buah blog yang mengatakan kenaikan harga gas bermula hari ini adalah tidak benar.
"Gas memasak yang dijual pada harga RM1.90 bagi setiap kilogram adalah kekal sama seperti harga gas memasak di negeri lain.

"Hanya kos upah penghantaran sahaja dinaikkan oleh pihak kami dan negeri Perak adalah negeri terakhir yang menguatkuasakan kos upah ini," katanya.

Kien Hua berkata, kenaikan harga itu adalah disebabkan pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta seperti diumumkan pihak kerajaan.




Lionel Messi pro-Zionis Israel.


messi paul
Foto-foto  bintang bolasepak Barcelona, Lionel Messi, mengenakan topi Yahudi «Kibah» sambil berdiri di depan Tembok Ratapan Jurusalem, beredar  di laman  sosial Facebook.

Seperti yang dijadualkan, Barcelona melakukan "tour- perlawanan pra-musim  ke Israel dan Tebing Barat.
Media Israel berharap dengan foto pemain terbaik dunia ini dapat meningkatkan  sokongan positif bangsa Israel dalam kalangan masyarakat Arab.

Sunday, August 4, 2013

Tiga kali piliharaya lagi,budak-budak PASTI ini akan mengundi. -YB Ustaz Idris

YB Ustaz Idris Ahmad  dalam program Semarak Kasih Jalinan Budi   menyatakan  terdapat dua badan dalam PAS  yang betul-betul dekat dengan masyarakat.Beliau menjelaskan Pusat Asuhan Tunas Islam  (PASTI)dan Unit Amal..Beliau memberi contoh di Tawau ,Sabah,masyarakat di sana mengenali PAS melalui  PASTI.Begitu juga Unit Amal."Dua organ parti itu menyebabkan orang kenal PAS"tegas  Ustaz Idris.


Dalam  pada itu YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Bukit Gantang  mengucap syabas dan tahniah kepada Dewan Muslimat yang berjaya mengadakan majlis meraikan guru-guru PASTI . Ustaz Idris Ahmad menjelaskan lagi peranan guru-guru PASTI yang mengajar kanak-kanak mencintai Islam."Dengan mencintai Islam ,mereka ahkirnya menyokong perjuangan PAS"kata Ustaz Idris Ahmad. 

Di samping itu Ustaz Idris Ahmad ,menyatakan terdapat seorang "Selebriti" TV3 yang bertudung kesan  didikan di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI)

Dewan Muslimat beri bonus RM500.00 kepada Guru-guru Pasti

YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Malaysia,Kawasan Bukit Gantang mewakili Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Pas Kawasan Bukit Gantang  menyampaikan  "bonus" atau duit raya bernilai RM500.00

Sebahagian 30 orang guru Pasti Kawasan Bukit Gantang bergambar  bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad. 
Changkat Jering,3 Ogos- PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Lajnah Kebajikan Kawasan telah memberi sedikit saguhati atau imbuhan bernilai RM500.00 untuk 30 orang guru Pasti ,Kawasan Bukit Gantang.

Program yang dinamakan Semarak Kasih,Jalinan Budi diadakan buat kali ke 3.Para dermawan telah membantu menyumbangkan kewangan untuk memberi tanda ingatan ke atas pengorbanan para guru PASTI.

Saturday, August 3, 2013

Semasa kempen PRU, UMNO parti patriotik,ada kuasa sanggup jilat ludah

Kerajaan Zambry,kononnya  berbangga  dengan semangat  patriotik.Di bawah pula  menunjukkan  Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Perbendaharaan ,di bawah Menteri Kewangan DS  Najib  mengeluarkan surat sebaliknya. 
http://www.treasury.gov.my  menunjukkan pekeliling Kerajaan  BN yang  memutuskan kereta rasmi  berjenama  PROTON ditukarkan kepada Honda Accord.Kerajaan BN sudah dapat kuasa ,mereka sanggup menjilat ludah sendiri.

7 tahun membusuk ,Areil Sharon didakwa sudah mati.


sharon
Sebuah berita mendakwa Areil Sharon telah mati.Seluruh Zionis Yahudi  di Israel didakwa mengalami kesedihan yang mendalam. Berita kematian tersebut datang dari Hospital Soroka Beer Sheva Israel .

Areil Sharon Perdana menteri bertaraf pengganas yang telah membunuh warga Palestine.
Menurut doktor Ariel Sharon meregang nyawa setelah lebih dari 7 tahun membusuk dan  koma di hospital (setengah mati). Para doktor  yang khusus merawat Sharon ,mereka sudah melakukan yang terbaik,tapi Areil Sharon tidak sembuh-sembuh.
Sharon telah bertemu ajalnya pada  2 Ogos 2013. Warga Palestine menyebut Sharon adalah penjenayah  dan pembunuh . Pada tahun 2000-2002 Sharon telah membunuh lebih dari 9000 warga Palestine dalam  Intifadha yang pertama, pernah menggangu kedudukan dalam   Masjid Al Aqsa beserta tentara Israel serta melakukan operasi pembakaran Masjid Al Aqsa.
Walaupun berita kematian Sharon tersebut tersebar luas, terdapat juga berita yang menentang kebenaran berita tersebut, mereka  beranggapan berita itu palsu.Sementara itu   pada hari Khamis  ‘RIP Ariel Sharon di Halaman Facebook menarik hampir satu juta orang  ’likes’.
Posting itu menulis bermaksud “Pada sekitar 11:00 pada Kamis (1 Ogos 2013),Ahli Politik Ariel Sharon telah meninggal dunia. Ariel Sharon lahir pada 26 Februari 1928 di Kfar Malal. Walaupun dia  telah meninggal dunia  tapi tidak dilupakan. Tolong tunjukkan simpati anda dan  beri komen dan "like"
Ratusan penggemar  "tokoh Zionis berdarah" ini segera mulai menulis pesan belasungkawa di atas halaman Facebook, mengungkapkan kesedihan mereka bahawa ahli politik  zionis 85 tahun itu sudah mati. Dan seperti biasa, Twittersphere hiruk pikuk atas tipuan kematian itu.
Pada hari Jumaat ,2 Ogos  para penyokong Areil Sharon telah menafikan kematian itu. Ariel Sharon belum mati. “Dia hanya koma, dia masih hidup …, “kata mereka.(em))

Petisyen Pilihanraya:Peguam BN nak bankrapkan responden,peguam PAS tuntut hak.

"Yang Arif, kami (Pas) pentingkan hak & suara rakyat. Wang bukan segalanya & sasaran kami. Yang kami utamakan adalah Pilihan Raya yang adil. Tidak seperti Peguam Bn, minta kos dengan niat untuk membankrapkan rakyat. Ini bukan cara (hukuman) yang Pas ingin bawa jika memerintah (Putrajaya) kelak."Awang Kardee.

Shah Alam:-Petisyen BN bagi DUN Parit Yaani (Pas) yang didengar di Mahkamah Shah Alam  Khamis  1 Ogos lalu

Petisyen difailkan oleh oleh calon MCA ke atas Yb Hj Aminulhuda Hasan ditolak oleh Hakim Dato Suraya Othman.

Apabila ditanya tentang kos Peguam Pas beritahu Mahkamah bahawa Kami (Pas) tidak minta sebarang kos.

Peguam Pemptisyen kata "Kami tiada bantahan".

Hakim mencelah "Bukan tiada bantahan tapi kamu dan anakguam kamu patut berterima kasih pada Responden dan para peguamnya.. tidak minta kos mengambil kira SPIRIT bulan ramadhan".

Peguam Pas menambah lagi, "Yang Arif, kami (Pas) pentingkan hak & suara rakyat. Wang bukan segalanya & sasaran kami. Yang kami utamakan adalah Pilihan Raya yang adil. Tidak seperti Peguam Bn, minta kos dengan niat untuk membankrapkan rakyat. Ini bukan cara (hukuman) yang Pas ingin bawa jika memerintah (Putrajaya) kelak."