Tuesday, October 15, 2013

Kes Sarjan tertembak budak-polis cuti ,boleh bawa pistol.


IPOH – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai terkena tembakan.
 
Tembakan dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika sedang mengosongkan senjata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belanja Kiri, Parit, petang semalam.
 
Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi, dipercayai berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah anggota polis yang berpangkat Sarjan itu, dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow berkata, lebih kurang 45 minit selepas bunyi tembakan itu, orang awam yang berada di kawasan berhampiran menemui mangsa cedera di bahagian kepala dipercayai akibat terkena peluru sesat tersebut.
 
Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.
 
“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.
 
“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Katanya, sejurus menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pihaknya telah memeriksa rumah anggota polis terbabit dan merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru.
 
“Berdasarkan siasatan awal ke atas suspek, senjata tersebut dibekalkan secara mingguan kepadanya,” katanya.
 
Ah Kow berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada suspek dan ahli keluarga mangsa.
 
Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.
 
“Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.
 
Menurut Ah Kow, suspek sedang bercuti dari 12-18 Oktober dan pihak polis akan mengambil tindakan tatatertib ke atas suspek.(SUMBER)

Monday, October 14, 2013

PBSMR: Jangan jadikan pelajar bahan ujikaji


KUALA LUMPUR: Lajnah Pendidikan PAS Pusat mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa ingin menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR).

PBSMR akan menggantikan PMR di bawah satu dasar yang dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mendapat banyak kritikan daripada guru kerana sistemnya yang sukar untuk dilaksanakan dengan lancar disebabkan oleh kekurangan  prasarana serta isu-isu lain yang berkaitan seperti nisbah guru dan pelajar.

Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Abu Bakar Bin Chik, perubahan besar yang dilakukan dalam keadaan tidak bersedia ini akan menjejaskan masa depan pelajar.

"Persoalannya, bagaimana satu perubahan yang besar melibatkan masa depan pelajar boleh dilakukan mungkin dengan keadaan tergesa-gesa tanpa persediaan yang mencukupi?" kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau juga mempersoal hanya empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dilibatkan dalam peperiksaan PBSMR.

"Persoalannya, kenapa PBS telah diputuskan di peringkat PMR dan bukannya UPSR malah kenapa empat subjek teras tersebut peperiksaannya dilakukan secara berpusat seolah-olah pentaksiran berasaskan sekolah itu tidak  diyakini.

"Berdasarkan pelaksanaan sedia ada, PMR adalah peperiksaan peringkat menengah rendah yang membolehkan penilaian diambil ke atas pelajar bagi mengagihkan mereka sama ada kepada aliran Sains, sains sosial atau sastera. Walaubagaimanapun, kerajaan dilihat sangat beria-ria hendak menghapuskan PMR dan menggantikan dengan PBSMR," katanya.

Tambah beliau juga, adalah lebih baik sekiranya dalam pelaksanaan PBS pentaksiran ialah di peringkat UPSR iaitu peringkat yang paling asas supaya kelemahan pelajar dapat dikesan di peringkat awal.

"Dengan itu kelemahan dapat di atasi dan keraguan terhadap kemampuan guru dan sekolah dalam PBS di peringkat UPSR tidak menjadi persoalan yang terlalu besar berbanding di peringkat PMR," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal apabila subjek Agama Islam tidak diwajibkan lulus dan tidak termasuk di dalam subjek yang wajib dinilai di peringkat tertinggi seperti Bahasa Inggeris.

"Seharusnya subjek Agama Islam dipandang serius bagi mendidik pelajar berakhlak mulia serta beramal dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau juga mengingatkan kerajaan BN supaya tidak menjadikan sekolah sebagai bahan uji kaji dan menjadikan pendidikan sebagai produk perniagaan kepada mana-mana pihak untuk mengaut keuntungan seperti yang telah berlaku dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Di samping itu, Lajnah Pendidikan PAS Pusat juga memberi peringatan agar kerajaan tidak merencanakan bidang pendidikan negara ini untuk membaratkan rakyat dan melemahkan jati diri umat Islam," ujarnya.

Bertakwalah kepada Allah -Tok guru Haji Hadi


Wahai hamba-hamba Allah! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya), maka sesungguhnya berberjayalah orang-orang bertakwa.
Muslimin dan muslimat yang dikasihi!
Hari ini kita menyambut Hari Raya bersempena dengan ibadah Haji dan Korban yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah. Ia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedua-dua ibadah ini di sisi Allah dan betapa besar fadhilatnya serta banyak hikmah dan pengajarannya.(Muat turun Teks Khutbah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Sunday, October 13, 2013

Azwanbro berdoa banyak-banyak moga-moga jadi Naib Ketua Pemuda UMNO.

Keputusan seri untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,membolehkan Azwanbro berdoa banyak-banyak ,moga-moga rezki menjadi penolong kepada Khairi Jamaluddin.
KUALA LUMPUR - Keputusan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno akan diketahui selepas Aidiladha berikutan dua calon mendapat keputusan seri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, susulan itu pihaknya akan membuat kiraan dengan menggunakan kaedah undi popular untuk tentukan kedudukan dua calon tersebut.

"Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, calonnya Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing mendapat 73 undi.

"Jadi kaedah untuk tentukan kedudukan jawatan itu akan ditentukan dengan pengiraan semula jumlah undi berdasarlan undi popular yang diterima mereka," katanya ketika sidang media di bangunan Umno di sini, sebentar tadi.

Saturday, October 12, 2013

Suhaizan Kayat ,Ketua Dewan Pemuda ,Raja Dr Iskandar(Ku Is) Timbalan Ketua.

Sdr Suhaizan Kayat  perlu diberi peluang menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.Dahulu anak muda dari Johor  Sdr Salahudin Ayob pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Dewan Pemuda PAS bersifat matang kerana boleh menerima profesional untuk memimpin mereka.Datuk Mustapha Ali,Haji Mohamad Sabu,Datuk Mahfuz Omar,Salahuddin Ayob pernah memimpin Dewan Pemuda PAS.Jadi Sdr Suhaizan Kayat boleh menjadi harapan untuk PAS menawan Johor pada PRU 14 nanti,bersama Tuan Haji Salahudin Ayob dan Dr Mahfudz.Jika negeri Johor Darul UMNO dapat ditawan ,Putrajaya ,insyaAllah milik Pakatan Rakyat. 

Anak muda berdarah raja ini Dr Raja Ahmad Iskandar (Ku Is)  dari Perak pula boleh diberi peluang untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau ikon muda yang perlu ditonjolkan untuk membantu Pakatan Rakyat menawan  Perak dan Putrajaya.

Ops Cantas dua pegawai polis ditahan kerana menghasut.


Harapkan pagar,pagar makan padi.

GEORGE TOWN: Dua pegawai polis kontinjen Pulau Pinang ditahan kerja ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan perkauman menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan Ops Cantas di sini Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua anggota polis itu ditahan kerja berkuat kuasa serta-merta selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kedua-dua mereka ditahan kerja selama dua minggu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan ringkas di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau perlakuan yang menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini biarpun ia melibatkan anggota polis sendiri.

Abdul Rahim berkata sidang media mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

WhatsApp kumpulan Ops Cantas itu disertai anggota polis.

Mesyuarat Wanita UMNO ,kecoh dengan baling mikrofon.



GUA MUSANG: Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.


Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.



Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.




Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.



“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.



Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.



Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.



“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.



“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.



Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.