Tuesday, December 10, 2013

Petisyen ditolak ,lawan UMNO PRU 14 lah.

Rayuan petisyen PRU ditolak kita tunggu PRU 14 lah untuk lawan UMNO. Terus buat kerja ,santuni masyarakat dan terus buat kerja dakwah.Lambat laun UMNO pun tumbang.

PAS Perak pun seolah tak serius untuk membuat petisyen.Baik tumpu kerja menghadapi PRU 14.Untuk DUN Lubuk Merbau keputusan dijangka diketahui pada 23 Disember ini.

Monday, December 9, 2013

Mat Sabu dituduh Syiah, YB Pas tak usah layan suratkhabar.

Haji Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Zahid Hamidi  yang menyatakan  Mohamad Sabu penganut fahaman Syiah.Menurut Mat Sabu peguam beliau sedang mengkaji ucapan Zahid Hamidi.Mat Sabu ,menjelaskan peguam beliau juga sedang menunggu bukti yang akan dikemukakan oleh pihak  Zahid Hamidi .

Sementara itu pemimpin baru  PAS Pusat seperti Dr Ridzuan Mohd Nor,YB Ustaz Nik Abduh dan Ketua Dewan Ulama,Ustaz Harun Taib sudah memberi pandangan isu Mat Sabu dan Zahid Hamidi ini.Akan tetapi dalam isu tuduhan  Mohamad Sabu menganut Syiah oleh Zahid Hamidi ,kenapa AJK baru seperti Dr Ridzuan dan Ustaz Nik Abduh pun tumpang gembira beri kenyataan akhbar.??     

Dua Adun BN akan kena injunksi Mahkamah-DS Nizar

Foto DS Nizar pada 8 Disember 2013 ,menghadiri jemputan walimahtul urus  anak Tuan Imam Jamaluddin Othman di Taman Kaya.
Changkat Jering,8 Disember- DS Nizar dalam Tazkirah Maghrib di Surau Kg Ulu Cheh,Bukit Gantang  8 Disember (Ahad)memberitahu jemaah surau ,Pakatan Rakyat akan membuat dua injunksi untuuk menghalang dua ADUN BN daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

Pengurusan kes dijangka akan didengari oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada bulan Februari 2014.DS Nizar menegaskan peguam PR Perak sudah bersedia dengan bahan bukti atas salah laku dua ADUN BN itu semasa PRU 13.

Dua ADUN UMNO kini panas punggung.

Sunday, December 8, 2013

Ketua Hakim Negara dan 4 hakim akan dengar rayuan petisyen-Nizar

Changkat Jering- Menurut DS Nizar ,pada 9.30 pagi  esok ,10 Disember,Ketua Hakim Negara dan empat hakim lain akan mendengar rayuan petisyen  empat DUN Perak. Petisyen itu Lubok Merbau,Manjoi,Manong dan Pasir Panjang.Menurut DS nizar jika Ketua Hakim Negara dan empat hakim menerima rayuan ini,perbicaraan petisyen ini akan bermula di Mahkamah Pilihanraya Ipoh atau Batu Gajah.

Sementara itu untuk Dun Selama dan Rungkup rayuan petisyen Hakim lain pada pukul 2.30 petang.DS Nizar mengharapkan penyokong PR terus berdoa dan bermunajat agar Ketua Hakim dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan,Putrajaya menerima afidavit rayuan Pakatan Rakyat. 

Friday, December 6, 2013

Isu nombor plat WWW 1,Mahkamah tolak rayuan Utusan.

Utusan tetap kena  bayar saman kepada DS Nizar.Mahkamah Rayuan  Putrajaya menolak rayuan Syarikat Utusan untuk membatalkan hukuman ke atas saman fitnah DS Nizar  oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .DS Nizar di Mahkamah Tinggi menang saman fitnah itu atas isu WWW 1.

Thursday, December 5, 2013

Hari pertama banjir ,Kuantan bagaikan kelam kabut.

Di Pahang,kawasan petempatan banjir  pun "BAH" 
KUANTAN - Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, tsunami dan sebagainya bukanlah sesuatu yang tidak boleh diramal atau dijangkakan seperti Malaysia yang saban tahun menghadapi ancaman banjir.

Di negara-negara maju, mereka bersiap sedia dari awal lagi bagi mengurangkan kerugian harta benda dan nyawa.

Banjir di Pahang ketika ini yang melumpuhkan hampir keseluruhan bandar Kuantan sejak semalam bukanlah suatu yang baharu. Pernah berlaku sebelum ini, namun apa natijahnya?

Media sebelum ini telah pun melaporkan bahawa semua agensi berkaitan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi banjir.

Pada 15 November lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan Pahang sudah bersedia menghadapi banjir, yang dijangka melanda negeri ini bermula hujung November.

Muhammad Safian berkata sebanyak 579 pusat pemindahan dikenal pasti dengan 60 peratus merupakan bangunan sekolah, manakala barang keperluan seperti makanan akan ditempatkan di 73 pangkalan hadapan bermula 18 November, membabitkan peruntukan RM1.2 juta.

"Sebanyak 6,000 petugas dari 14 jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung telah bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya.

Ironinya, pada hari pertama banjir di Kuantan, semuanya bagaikan kelam kabut, termasuk bilik operasi banjir agensi keselamatan yang bagaikan 'terpinga-pinga' dengan musibah yang berlaku.
Laman sosial seperti Facebook dan Twitter pula melimpah ruah dengan gambar dan maklumat yang pastinya menggusarkan semua pihak yang tidak berada di Kuantan atau Pahang bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Pihak media pada peringkat awal lagi, malah sehingga pagi tadi, bagaikan sukar mendapat maklumat terkini untuk disiarkan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika ditemui pemberita semalam mengakui banyak kekurangan dan kelemahan pada hari pertama banjir melanda tiga hari lepas.

Bagi Adnan, petugas operasi banjir juga terbabit dalam kejadian banjir apabila kediaman mereka turut ditenggelami air.

Sejak petang semalam, bandar Kuantan lumpuh apabila berubah menjadi 'Taman Tema Air Kuantan', bekalan elektrik dan air terputus, manakala pusat-pusat pemindahan mangsa banjir pula dilaporkan kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas.

Bagi Adnan, apa sahaja masalah di pusat pemindahan sedang diperbetulkan ketika ini.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai stok bekalan makanan, mereka perlu membeli makanan di kedai untuk dihantar ke pusat pemindahan, pusat pemindahan pula tidak dapat dihubungi jalan darat," katanya.

Kenapa JKM tidak mempunyai stok bekalan makanan? Kata Adnan: "Jabatan Audit Negara sebelum ini melihat pihak JKM mempunyai lebihan stok makanan, jadinya, JKM tidak lagi menyimpan stok lebihan makanan, jadi inilah masalahnya sekarang!"     

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika meninjau pusat pemindahan di Kuantan hari ini pula berkata lebih banyak sukarelawan perlu tampil membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata kekurangan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir berpindah sedikit sebanyak menyukarkan operasi pemindahan dari kawasan terjejas.

Sekali lagi, apa persiapan kita sebenarnya dalam menghadapi bencana alam?

Lewat tengah hari tadi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu sidang akhbar di Kuantan menjelaskan bahawa bekalan eletrik yang terputus di sekitar bandar Kuantan akibat banjir sejak petang semalam, kini beransur-ansur pulih.

Sidang akhbar selepas lebih 18 jam bandar Kuantan 'bergelap' itu seharusnya menjadi iktibar untuk kesiapsiagaan seterusnya dalam kita menghadapi banjir di musim akan datang.

Mudah-mudahan semua pihak lebih bersedia selepas ini. - Bernama

Masa depan anak kita diperjudi Menteri Pendidikan


Kepada ibubapa yang mempunyai anak Tingkatan 3 tahun 2014;

1. Masa depan anak anda telah diperjudi oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Sistem Pendidikan Malaysia 2012 adalah Kedua Tercorot di Asia Tenggara. Pihak Menteri Pendidikan tetap mahu meneruskan siatem ini pada tahun 2014.

3. Ibubapa dikelirukan oleh Menteri Pendidikan dan Timbalan dengan ayat 'Penambahbaikkan' sedangkan mereka tetap mahu meneruskan sistem tercorot ini.

4. Ibubapa mesti bersuara bersama Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) sebelum tahun 2014 menjelma. SGMM telah menyuarakan masalah ini di dalam Sinar Harian Online dan masih tidak mendapat maklum balas setelah Surat Rasmi daripada SGMM kepada TPM.

5. Ibubapa mesti menyampaikan masalah ini kepada semua rakan2 dan LIKE page ini sebagai tanda sokongan. Page ini telah pon mendapat liputan daripada Media Malaysia dan Singapura.

Admin(Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan) harap agar usaha ini lebih giat diwar-warkan kepada ibubapa.

SATU SOKONGAN ~ SATU USAHA ~ SATU SUARA