MATANG - Pihak Madrasah Tarbiah Islamiah masih belum memutuskan penempatan tiga pelajar yang menjadi mangsa kebakaran asrama madrasah itu, di Batu 7 1/2, di sini, awal pagi 10 Mei lalu.(berita terdahulu)
Guru Besarnya, Ustaz Hafizul Azizi Abdul Rashid berkata, memandangkan pengerusi madrasah sedang berkursus, pihaknya tidak dapat memutuskan penempatan itu.
Menurutnya, buat sementara waktu, pihaknya mencadangkan untuk meletakkan pelajar itu di surau madrasah bagaimanapun ia akan diputuskan selepas mesyuarat bersama pengerusi dan jawatankuasa madrasah dalam masa terdekat.
“Tiga pelajar yang terlibat masing tinggal bersama keluarga masing-masing dan akan dipanggil semula apabila keputusan dicapai,” katanya.
Katanya, pihak Baitulmal juga turut menjalankan pemeriksaan selepas kejadian dan memohon pihak madrasah membuat permohonan bantuan bagi pembinaan semula asrama.
“Bantuan sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 mungkin boleh diperoleh untuk tujuan tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment