Monday, May 14, 2012

Siri 2:Tanah diceroboh,Ketua Kampung sudah masyuk.

 Penduduk kampung mendakwa Ketua Kampung sudah "menerima habuan" sehingga membenarkan jentera berat melalui tanah penduduk dan menceroboh tanah penduduk yang mempunyai surat hak milik(geran tanah). Penduduk memberitahu Taukeh Cina memberitahu mereka,Ketua Kampung yang memberi kebenaran untuk membuat jalan balak melalui kebun penduduk kampung Bukit Berchat.

Penduduk Kg Berchat,Bukit Gantang juga mendakwa  tanah wakaf juga diceroboh.  Seorang penduduk kampung mendakwa tanah yang diterokai di Hutan Gunung Bubu ini telah diagih-agihkan kepada kroni UMNO.Tanah ini didakwa akan ditanam kelapa sawit.Seorang mendapat empat ekar,yang bukannya penduduk tempatan.

Penduduk juga mendakwa,sementara hutan dieroka,kayu balak akan dikeluarkan. Jalan yang digunakan jalan Bukit Berchat,Bukit Gantang. Soalnya siapa yang memberi kebenaran?(berita sebelum)
"Ketua Kampung pembelot  " masyuk .Tuan punya tanah tidak tahu projek "jalan balak di Bukit Berchat,dekat Bukit Gantang.Ketua Kampung didakwa berurusan sendirian dengan pemaju .Setakat ini pampasan tidak dibayar kepada penduduk mengikut nilai semasa.
 Pegawai Khas DS Nizar,Fadhil Idris sedang meninjau jentera berat yang menceroboh tanah penduduk KAMPUNG.
Satu bukti  batu tanda sempadan  kepunyaan penduduk yang tanah mereka diceroboh.
Penduduk kampung yang tanah mereka diceroboh.

No comments:

Post a Comment