PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan difahamkan lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.
Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.
Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.
Penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.
Insiden yang menyebabkan 22 orang cedera, tiga daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.
Penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.
Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.
Kena buat siasatan kenapa pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.
No comments:
Post a Comment