Thursday, May 3, 2012

Banjir,219 orang dipindahkan di Parlimen Bukit Gantang.

Tahniah Unit Amal dan Team Prihatin PAS Bukit Gantang yang membantu mangsa banjir di Trong kelmarin.
 
IPOH - Seramai 219 orang daripada 22 keluarga di daerah Taiping telah dipindahkan berikutan tiga buah kampung dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat petang semalam.

 
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata kesemua mangsa  mula dipindahkan pada pukul 8.20 malam tadi di tiga buah pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Nibong, Sekolah Kebangsan Temerluk, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Padang Gajah.

 
Tiga buah kampung yang terbabit ialah  Kampung Baru, Kampung Masjid dan Kampung Simpang Temerluk, katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata hujan lebat bermula petang semalam menyebabkan air di Sungai Bemban dan Sungai Temerluk yang berhampiran kampung terbabit melimpah. 


Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. -- Bernama

No comments:

Post a Comment