Monday, June 11, 2012

Kuala Sapetang,bina jambatan untuk pemaju bukan sangat untuk penduduk.

Senja di Kuala Sapetang.
Pusat pengumpulan ikan  nelayan Kuala Sapetang yang terlibat dengan jambatan Kuala Sapetang.Pengusaha ikan ini juga terpaksa berpindah kerana "memberi laluan buat jambatan".Jambatan pula untuk pemaju yang sudah terkenal.Penduduk mendakwa jambatan mahu dibina untuk kepentigan kroni,bukannya untuk kemudahan penduduk kampung.

Jeti  tempat penduduk  untuk ke Kg seberang sebelum menunggu bot.Kawasan inilah yang akan dibuat jambatan.Namun penduduk mendakwa,jambatan dibuat bukan untuk mereka sangat,tetapi untuk pemaju yang dapat projek membangunkan perkampungan nelayan ini.
Kuala Sapetang-Pihak yang terlibat dalam Projek Pembinaan Jambatan Kuala Sepetang-Kampung Seberang, iaitu JKR Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, perlu membentangkan projek tersebut kepada penghuni-penghuni yang terlibat, secara terbuka, kerana projek tersebut melibatkan kepentingan awam komuniti Kuala Sepetang.

Walaupun pihak JKR sudah hantar jurutera dan penasihat rundingan turun ke Kuala Sepetang dalam bulan Mac 2012 untuk meninjau kawasan terlibat dalam projek ini.Sehingga hari ini, kedua-dua pihak Pejabat Daerah dan JKR masih enggan mengemukakan seberapa banyak bangunan penghuni Kuala Sepetang yang akan terlibat dalam perobohan demi projek pembinaan jambatan.


Pada 17 Mei, Pejabat Daerah menampal notis pencerobohan 7 hari di tangki diesel dekat titi pengkalan utama, yang merupakan tapak jambatan baru, tanpa menyatakan bangunan mana yang terlibat. Hal ini hanya menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan penghuni.

Pihak JKR  dan Pihak Pejabat Daerah LMS saling menegaskan projek pembinaan jambatan tersebut  bukan di bawah pihak masing-masing.


Namun penduduk memberitahu penulis jambatan di buat sebenarnya bukan untuk kegunaan mereka,tetapi adalah untuk kepentingan pemaju yang dapat projek membangunkan Kg Seberang.

Seorang penduduk mendakwa ,guna duit kerajaan untuk projek pemaju.Pemaju pula mempunyai kaitan dengan BN.

No comments:

Post a Comment