oleh Subky Latif
PRU 13 diduga tidak diadakan sebelum puasa bermula 21 Julai ini. Mungkin sebelum haji atau selepas haji.
Kiranya ia diadakan selepas haji maka penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR terutama yang terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya wajar memikirkan menunda keputusan naik haji.
Utamakan menghadapi pilihan raya dari menunaikan kewajipan Rukun Islam kelima itu. Haji boleh ditangguh ke musim yang kemudiannya yang tidak ada pilihan raya padanya. Pilihan raya lima tahun sekali itu menentukan kerajaan yang elok atau tidak elok. Maka menghadapi persiapan pilihan raya itu adalah lebih penting.
Tahun 1986 saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan oleh akhbar betapa penyokong PAS wajar menunda pemergian haji jika ia jatuh dalam musim pilihan raya. Peluang haji ke Mekah ada setiap tahun tetapi peluang membentuk kerajaan yang adil tanpa rasuah hanya ada lima tahun sekali, apa lagi kalau kerajaan yang hendak ditegakkan itu bagi memartabatkan Islam.
Pada mula penyokong PAS pun ada yang tidak gemar dengan pandangan saya kerana menunda haji bagi orang yang memenuhi syarat adalah satu kesilapan besar. Tetapi pandangan saya telah disambut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; belum menjadi Mursyidul Am dan belum menjadi Menteri Besar Kelantan.
Ustaz UMNO yang mempertikai pandangan saya itu pun menyambung kritikannya berikut sokongan Ustaz Nik Aziz itu.
Jika UMNO tidak setuju dengan pandangan saya, biarkan pengundi UMNO saja ke Mekah, tetapi pengundi PAS tinggal dalam negeri bagi menghadapi persiapan dan mengundi.
Saya membuat kenyataan itu kerana sebelumnya pernah pilihan raya umum diadakan dalam musim haji. Beribu jamaah haji dari Malaysia antaranya adalah pengundi PAS hilang peluang mengundi dalam pilihan raya itu.
PRU 1986 itu sendiri diadakan menjelang ibadat haji. Calon PAS bagi satu DUN Parlimen Padang Rengas berangkat ke Mekah sebaik membuang undi. Dia mendengar berita kekalahannya sebaik tiba di Mekah. Paling malang dan menggegarkan ialah Ketua Wanita Pulau Pinang yang sudah berada di Mekah dipanggil balik untuk menjadi calon. Dilarang jamaah haji yang sudah berada di Mekah meninggalkan tanah suci sebelum menunaikan haji.
Seruan saya itu dibuat atas kepentingan umat Islam dalam negeri. Tidak pula saya teringat rupanya betapa Ayatullah Khomeini sebelumnya memerintahkan umat Islam Iran tidak menunaikan haji kerana perbalahan antara kerajaan Saudi dan Iran.
Tindakan Imam Khomeini itu adalah mengikut ijtihadnya dan ia adalah berlandaskan syiasah syariyah. Saudi kemudian berunding dengan Iran. Mereka menyambung ibadat haji tahun berikutnya.
Pandangan saya dulu bukan semata-mata bagi menyatakan betapa pilihan raya adalah satu ibadat yang penting bagi Islam, menegakkan pemerintahan Islam atau pro Islam itu adalah serius, tetapi ia adalah juga satu kritikan buat pimpinan BN yang mengganggu tumpuan jamaah kita melakukan ibadat haji.
Lepas itu tiada lagi gangguan pilihan raya bagi mereka yang hendak menunaikan haji. Tetapi di bawah pentadbiran Najib ini orang yang hendak menunaikan haji diganggu lagi dengan teka teki pilihan raya.
Gangguan itu sudah bermula sebelum musim haji tahun lalu dan haji akan datang ini diganggu lagi. Besar cabaran bagi jamaah kita untuk mendapatkan haji mabrur.
Maka pada saya, pada musim PRU 13 yang paling penting dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, harapan terbaik bagi kerajaan menunggu membentuk kerajaan yang adil, berkebajikan, baik dan tanpa rasuah, adalah wajar penyokongnya menangguh rancangan naik haji itu ke tahun kemudiannya.
Menumpukan usaha menguasai Putrajaya khususnya bagi jentera pilihan raya adalah penting, tetapi ia tidak pula kurang pentingnya bagi pengundi dan penyokong biasa. Sekalipun ia diadakan selepas sekalian jamaah pulang, pilihan raya itu bukanlah acara hari pilihan raya itu saja, persiapan pilihan raya itu ada masanya lebih penting dari hari pilihan raya itu sendiri.sumber harakah daily
salam,
ReplyDeletediadakan waktu kerja dan haji utk sabotaj PR,
KLIK:HAKIKAT SEBUAH KUOTAversi kerja gomen