Thursday, June 28, 2012

Jaga-jaga Tamrin ,minggu depan Najib akan attack.

Tamrin Ghafar bersama DS Nizar,Ustaz Idris Ahmad dan pimpinan PR ,belakang Tamrin Ustaz Nordin Jaafar ,YDP PAS Bukit Gantang.
Tamrin Ghafar sedang berucap di Pentas Ceramah Anjuran PAS Bukit Gantang.Ceramah bertempat di Tmn Kota Jaya Simpang,Taiping.

Simpang,Taiping,28 Jun- Tamrin Ghafar,bekas Pengerusi Mara dan juga bekas Ahli Parlimen Jasin ,Melaka dalam ucapannya malam kelmarin diberitahu oleh seseorang supaya berhati-hati.

"Minggu depan ,Najib akan attack" kata seorang pemanggil telefon kepada Tamrin Ghafar.Menurut Tamrin mungkin mereka juga akan buat seperti mereka memfitnah Azmin Ali dan DS Anwar.

Bagi Tamrin ,pada hari ini ,beliau masih Ahli UMNO,pada masa depan belum tahu lagi.Tamrin juga menegaskan peluang UMNO /BN untuk memerintah selepas PRU 13 ,sudah tidak ada lagi.Justeru itu beliau meminta penduduk Malaysia ,khususnya Bukit Gantang untuk terus bersama Pakatan Rakyat,membentuk kerajaan baru.

No comments:

Post a Comment