Saturday, June 30, 2012

Putrajaya milik kita,Kem Tahanan Kamunting ,dijadi universiti.

YDP PAS Taiping, Us Mohd Fakhrudin Abd Aziz ,dalam bantahan ISA dekat KEMTA pagi tadi.


Kamunting: PAS dan Pakatan Rakyat berjanji sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13, Kem Tahanan ISA di Kamunting akan digantikan dengan sebuah Universiti atau Institusi pendidikan. Demikian ditegaskan oleh Ust Mohd Fakhrudin Abd Aziz,YDP PAS Taiping ketika berucap dalam Himpunan Anti ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) sebentar tadi. 
 
"Kami dipihak PAS dan Pakatan Rakyat berjanji jika kita menang malam ini(PUTRAJAYA) esoknya semua tahanan akan dibebaskan,kem ini kita tutup dan kita gantikan dengan sebuah universiti atau apa-apa institusi pendidikan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat, ini kerana akta zalim ini telah banyak menahan orang yang tidak mempunyai bukti kesalahan dan ini jelas amat bercanggah dengan ajaran Islam". ujar beliau. 

                           Ustaz Akmal Kamarudin wakil Pemuda PAS Perak ,turut hadir beri sokongan.

Sementara itu wakil daripada Dewan Pemuda PAS Perak, Us. Mohd Akmal Kamarudin pula memberi ingatan sekiranya pihak kerajaan tidak menutup dan membebaskan tahanan-tahanan ISA di Kem Tahanan tersebut, Pemuda PAS Perak dan Pemuda Pakatan Rakyat Perak sanggup bersama-sama Keluarga mangsa serta GMI untuk menggerakkan seluruh ahlinya berkumpul bagi mendesak dan menyatakan sokongan kepada penghapusan akta zalim tersebut. "kami Pemuda PAS Perak sentiasa menyokong tuntutan pembebbasan mangsa dan sekiranya tahanan yang sedang mogok ini tidak dilepaskan kita akan gerakkan seluruh ahli pemuda PAS Perak ke Kem Tahanan Kamunting ini sehingga akta zalim ini dihapuskan dari muka bumi malaysia ini"


  Ikon ISA , Pn Norlaila pula menyifatkan kem tahanan ini seperti neraka bagi ahli keluarga, ini kerana setiap kali mereka menziarahi suami,  mereka terpaksa bergaduh dengan pegawai-pegawai yang ada disitu. "Ini belum lagi ditambah dengan ugutan dan penyiksaan mental yang terpaksa dihadapi oleh isteri dan anak-anak tahanan", ujar Norlaila dalam keadaan sebak. Oleh itu beliau yang turut ditemani suami dan anaknya sekali lagi menuntut agar kem dan akta zalimi ini ditutup.teratak kampung

No comments:

Post a Comment