Dewan Pemuda Pas Perak(klik)hari membuat satu laporan polis berikutan sikap berat sebelah Polis Diraja Malaysia yang enggan mengambil tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengeluarkan artikel dan sebuah karikatur yang mempersendakan pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk mensabitkan Dato Seri Nizar Jamaludin berikutan mesej yang disiarkan didalam Twitternya.
Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis, Ipoh, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak berkata, beliau hairan mengapa polis hanya mengambil tindakan terhadap mesej Twitter yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Dato Seri Nizar, sebaliknya tidak berbuat apa terhadap laporan Kosmo
“Mungkin tdak ada siapa-siapa dari PDRM yang membaca Kosmo!” tambah beliau.
Pemuda PAS Perak berharap agar pihak polis lebih professional dalam tindakan mereka dan tidak melakukan tindakan terpilih dalam menangani isu ini.
Ketika ditanya tentang pendirian Pemuda PAS Perak tentang isu ini, Dr. Raja Ahmad memberitahu, Pemuda Pas Perak sentiasa berpihak kepada rakyat Johor terutamanya yang membabitkan kepentingan rakyat Johor.
“Teguran Dato Seri Nizar adalah bersifat umum kalau dibandingkan dengan tindakan Umno yang memperlekehkan institusi Raja pada tahun 80an dulu. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pemimpin Umno yang jelas menjatuhkan martabat Raja, tidak ada tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengulas dengan panjang lebar, tetapi tindakan diambil terhadap Dato Seri Nizar? ” jelas beliau.sumber media perak
No comments:
Post a Comment