Tuesday, July 31, 2012

Empat anggota polis ambil ringan aduan seorang wanita.

Fadhil Idris ,Pegawai Khas DS Nizar menunjukkan reban ayam kepunyaan penduduk Kampung Pak Dolah yang diceroboh oleh seorang suspek yang didakwa penagih dadah.Seorang wanita pengadu yang tidak mahu indentiti didedahkan kerana khuatir hubungan kejiranan terjejas.Beliau ,memberitahu pada 20 Julai lalu terdapat seorang lelaki berusia 3o an  cuba masuk ke rumah beliau.Tetapi gagal,lalu lelaki yang disyaki penagih dadah duduk di reban ayam .Beliau mengadu kepada Balai Polis Kamunting dengan menelefon.Empat orang anggota polis datang lengkap dengan bersenjata pada malam kejadian (20 julai),tetapi tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya menyuruh wanita itu berjumpa dengan ibu-bapa lelaki itu ,untuk menyelesaikan kes.Sepatutnya anggota polis itu menangkap suspek untuk menyelesaikan kes. 

Terima kasih polis Simpang dapat tahan penyamun bertocang

Kereta penyamun bertocang yang enjin masih hidup, sedia untuk membawa CPU dan laiin-lain peralatan yang dicuri.Tetapi tidak sempat ,pemilik kedai Faizal Tahiruddin berjaya menahan mereka. Difahamkan muka penyamun  ini memang sudah terkenal di rakaman CCTV kedai komputer dalam bandar Taiping.
Tau malu. Penyamun bertocang 3 wanita dan seorang lelaki ditahan pemilik kedai .Seorang daripada wanita ini sorok CPU komputer dicelah kangkang.
Salah seorang wanita bertocang dibawa ke Balai Polis ,Simpang untuk disoal siasatt.
Simpang- Polis Simpang berjaya menahan seorang wanita berketurunan India yang cuba mencuri CPU komputer ,dengan menyorok di celah kangkang.

Pemilik kedai Faizal Tahirudin berjaya menahan kumpulan 4 orang itu.Seorang kini di lokap kerana disyaki cubaan mencuri.Tiga yang lain dibebaskan

Penulis mengucap tahniah dan syabas kepada OCS Simpang,Tuan Haji Rahman yang berjaya menghantar anggota polis dengan pantas untuk menahan penyamun bertocang itu.

Monday, July 30, 2012

Soal Nizar, siapa kerajaan ,UMNO Perak takut.

Pada  8 Ramadhan (28Julai) penulis mengikut tazkirah DS Nizar di Surau Desa Simpang Sentosa. Antara intipati tazkirah beliau  menyatakan soalan yang akan ditanya  apabila kita dibangkitkan dari kubur ialah,siapa kerajaan hari ini? Tazkirah siapa kerajaan pada hari ini yang disampaikan DS Nizar,UMNO cukup takut.

"Soalan awal yang Allah s.w.t tanya ,sebelum kita dihalau ke Padang Masyar,siapa kerajaan hari ini?" kata Nizar.

"Sudah tentulah kerajaan milik Allah,"jelas DS Nizar lagi.

Siri penerangan inilah menyebabkan UMNO Perak ,cukup takut ,rakyat akan terus menolak UMNO.

 Umno melalui jentera kerajaan terpaksa buat satu artikel bertajuk Nizar Persenda dan politikkan urusan hal kematian dalam Suara Perak Buletin Kerajaan Zambry (2) 05 2012 ,halaman 12.

MB: Lebih mudah jumpa Nizar daripada Zambry

Ahli Jemaah Surau Desa Simpang Sentosa DUN Changkat Jering sedang mendapat penjelasan DS Nizar .DS Nizar bersolat taraweh di surau ini  dengan menyampaikan tazkirah bertajuk "Siapa kerajaan"  .UMNO Perak tidak benci dengan PAS tetapi dengan DS Nizar mereka cukup "meluat".Bukan apa Nizar membantutkan Zambry nak jadi MB.
oleh Pakcik Lah Bukit Chandan,

Terkilan dengan Pejabat Menteri Besar Perak kerana telah beberapa kali cuba mendapatkan pengesahan temu janji dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melalui pembantu peribadi Menteri Besar (PA) tetapi selalu sahaja tidak kesampaian niat untuk menyampaikan masalah rakyat seperti saya.


Ini kerana jawapannya adalah MB tidak ada atau MB ada urusan penting di luar walaupun cuba setiap hari Isnin di dalam berberapa bulan ini untuk mendapatkan pengesahan temu janji untuk rakyat pada setiap hari Selasa yang dikhaskan bagi rakyat bertemu janji itu.


Dalam hal sebegini saya terkenangkan betapa mudahnya membuat temu janji dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini di mana kadang kala kita tidak bersusah payah membuat temu janji cukup sekadar menanti beliau di pejabatnya tepat pada pukul 8.00 pagi sudah memadai dan dilayan dengan baik.


Beliau adalah contoh yang terbaik untuk mata rakyat Negeri Perak bukan sahaja sikapnya yang suka merendah diri tetapi menghormati tetamu terlebih lagi orang kampung yang datang untuk sesuatu hal atau hajat dan selalunya hajat kita tidak pulang dengan tangan kosong.


Sebagai pemimpin tunjukkanlah contoh yang mampu menarik hati rakyat tidak kira status atau kedudukan seseorang itu kerana jangan lupa kedudukan para pemimpin juga akan ditentukan oluh rakyat atau lebih tepat lagi orang kampung seperti kami ini.


Jangan hanya bertopeng apabila ada media baru tunjuk lagak baik dan prihatin agar nampak terserlah tetapi nilaiannya rakyat sendiri akan tahu dan akan terjemah di dalam PRU13 nanti.

10,000 petisyen selamatkan pokok hujan-hujan.

YB Nga Kor Meng  menunjukkan 10,000 tandatangan  penduduk Taiping protes tebang pokok hujan-hujan.
Pokok hujan-hujan berumur 115 tahun yang akan ditebang jika bangunan gerai cenderamata didirikan.
Penulis juga telah membantah projek yang menjejaskan alam sekitar Taman Tasik Taiping.
Pokok hujan-hujan yang akan musnah jika projek ini diteruskan.Apa punya ahli Majlis ,UMNO,MIC ,MCA dan Gerakan tak bantah projek dalam mesyuarat bulanan mereka. Kena buat petisyen  ,itupun mungkin apabila Nga Kor Meng ,menegaskan satu rapat umum akan dibuat jika projek ini tidak dibatalkan dalam tempoh seminggu.
Kempen kekalkan kehijauan Taman Tasik Taiping telah berjaya . Majlis Perbandaran Taiping  telah membuat keputusan membatalkan projek itu di lokasi asal. Satu lokasi yang lebih sesuai telah dipilih oleh MPT.
 
Dalam satu pertemuan YB Nga Kor Meng dengan YDP Taiping Tuan Shaharum Abd Malik ,Nga Kor Meng memberi tempoh seminggu untuk MPT membatalkan projek NCER itu.Dalam pertemuan itu Nga Kor Meng mengemukakan 10000 petisyen penduduk Bandar Taiping dan kawasan sekitar kepada Tuan Shaharum.
 
Penulis  turut bersama penduduk Taiping dan YB Nga Kor Meng menyampai pitisyen 10,000 penduduk di ruang lobi Wisma Bandaran Taiping.
 
 Jika MPT Taiping tidak membatalkan projek ini, dalam tempoh seminggu bermula 27 Julai, YB Nga Kor Meng menyatakan satu rapat umum besar-besaran akan dibuat .Tapi akhirnya MPT telah beralah dan bersetuju untuk mengekal kehidupan hijau Taman Tasik Taiping.
 
TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan untuk membatalkan pembangunan projek pembinaan gerai makanan dan cenderahati berhampiran ikon kawasan hijau yang terletak sepanjang Jalan Pekeliling dan Taman Tasik Taiping.

Sebaliknya, mereka akan mencadangkan dua kawasan pilihan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang bertanggungjawab dalam projek tersebut.

Cadangan kawasan pilihan tersebut ialah di belakang tandas awam di hadapan pusat rekreasi air dan di taman permainan kanak-kanak yang terletak berhampiran dengangelanggang tennis.

Keputusan majlis tersebut dibuat selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan menandatangani memorandum bantahan agar pembinaan merancang kembali pembinaan lapan gerai makanan, kedai kraftangan dan cenderamata di Jalan Pekeliling di taman tasik berkenaan.

Walaupun tiada kawasan hutan akan ditebang, mereka bimbang projek bernilai RM3.6 juta yang dilaksanakan NCIA akan ‘mengancam’ alam sekitar dan menebang pokok-pokko hijau sedia ada, terutamanya di kawasan taman tasik yang tertua di negara ini.sumber mStar

Sunday, July 29, 2012

Gaya Ceramah Nizar memukau,polis pun keluar.

"PRU ke 13 nanti,Kedah,P.Pinang,Selangor dan Kelantan bukanlah sasaran utama Pakatan Rakyat untuk mencapai  kemenangan,tetapi sasaran utama PR ialah menuju ke Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan pusat dari UMNO BN, sebab sekiranya jika PR hanya menang dibeberapa buah negeri saja dan gagal ke Putrajaya...maka keadaan rakyat akan menjadi lebih buruk diperkotak katikkan oleh UMNO BN,mereka pasti akan menghukum dan membalas dendam terhadap rakyat untuk sepenggal lagi dengan berbagai kenaikan harga barang dan cukai yang pasti mereka akan lakukan" ujar Nizar diatas pentas sewaktu berucap di hadapan ribuan kaum Cina.
Oleh yang demikian Nizar mengajak seluruh kaum Cina disini berusaha dan berkerja kuat bersama kaum-kaum yang lain untuk PR demi kebaikan semua kaum dinegara ini,ucapan bersemangat Nizar dilihat mendapat perhatian penuh serta tepukan gemuruh seluruh dewan.
Sambutan luar biasa dari kaum cina malam tadi terhadap Nizar menyangkal dakwaan UMNO BN khususnya di Perak bahawa populariti Nizar merudum sekarang. Biarpun Najib dan Muhyidin diundang Zambry berulang-ulang kali untuk datang ke Bukit Gantang, namun sokongan rakyat terhadap PR semakin hebat dan bertambah mantap di Perak khususnya di Parlimen Bukit Gantang.
Taiping,28 Julai-Seusai DS Nizar berucap di  Jamuan DAP ,Simpang Bahagian Bukit Gantang ,kelihatan beberapa orang anggota polis juga keluar. Ucapan DS Nizar juga memukau. Gaya DS Nizar berucap ,sekali lagi buat anggota polis yang bertugas tak senang duduk.Mereka juga terpaksa bergerak-gerak untuk mendapat sudut yang menarik.

Nizar dibenci UMNO disayangi penduduk.

DS Nizar menyampai sumbangan sempena  bulan Ramadhan al-Mubarak kepada penerima sumbangan .Turut kelihatan Ustaz Idris  Ahmad ,AJK PAS Malaysia dan Ustaz Nordin jaafar ,YDP PAS Bukit Gatang.
Seorang daripada penerima sumbangan.


Changkat Jering. Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan PAS Kawasan sekali lagi mengadakan program bantuan untuk fakir miskin,OKU,ibu tunggal dan anak yatim.

Pada tahun ini program bantuan tidak lagi berpusat tetapi lebih ke arah turun ke kampung-kampung. Kelmarin 28 Julai, seramai 80 orang penerima sumbangan diberi bantuan . Bantuan berupa beras dan wang ringgit.Bantuan disampaikan oleh DS Nizar .Kampung yang terpilih pada kali ini Surau Ahmadiah Sungai Petai,Changkat Jering.Sumbangan itu tidak mengira siapa.Pusat Khidmat Ahli Parlimen membantu tidak berdasarkan ideologi politik.Janji mereka sememangnnya layak untuk dibantu.

Sementara itu YDP PAS Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar  meminta dermawan untuk menderma kepada  Tabung Prihatin  May Bank 558051304442. Menurut Ustaz Nordin lagi,pada kali ini kita memerlukan RM66,200.00  untuk diberi kepada OKU,ibu tunggal ,fakir-miskin dan anak yatim.  

Saturday, July 28, 2012

Doakan OCPD Taiping masuk Pas macam OCPD Slim River.


Foto di hadapan KEMTA Kamunting. OCPD Taiping  bersama DS Nizar. Mungkin pencen nanti masuk PAS?

Pembaca blog Sisi Bukit minta orang Taiping jangan marah-marah sangat dengan OCPD Taiping.Mereka minta kita doa banyak -banyak  Tuan OCPD Taiping  itu masuk PAS apabila pencen nanti.Tengok OCPD Slim River, Tuan Hj  Abdullah Omar ,kini berceramah atas pentas PAS. Tengok  Dato'Fauzi Shaari sudah naik pentas PAS.

Mana tau lambat -laun OCPD Taiping yang akan bersara pada pada satu hari ,nanti masuk PAS. Malah mana tau dia lebih berani daripada Abdullah Omar dan Fauzi Shaari. Mana tau OCPD yang akan bersara pada satu masa nanti itu  ,sanggup memimpin BERSIH  dan Gerakan Mansuhkan ISA.


Friday, July 27, 2012

DS Nizar berceramah ,SB tak senang duduk,kamera kena ubah.

Apabila DS Nizar berceramah,pihak SB tak senang duduk. Gaya ceramah DS Nizar kini terus bersama pendengar  ,beliau akan berjalan-jalan  ,jadi pegawai yang bertugas merakam ceramah DS Nizar pun tak senang duduk.

Pencahayaan juga kurang, kamera-video juga  perlu dipusing-pusing dan digerak-gerakkan. Jadi anggota polis pun rimas dan tak dapat laporan penuh.Contohnya banyak siri penerangan DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang tanpa rostrum dan pegawai polis yang bertugas pun "marah-marah" .

Rohingya: Kerajaan digesa guna saluran diplomatik




Foto-foto menunjukkan penghapusan etnik Rohingya di Arakan oleh Kerajaan Myanmar.

MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.


“Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.


“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegas beliau.


Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam.


Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.


“Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.


“Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang,” ujarnya.


Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.

Thursday, July 26, 2012

Cikgu jangan marah, Nizar jumpa penduduk lagi.

DS Nizar menyuap air zam-zam kepada adik Ashraf Abdullah.Lokasi di Kg Air Kuning,Taiping.

Encik Azhar (baju hijau) bapa Ashraf sedang mengaminkan doa  .
Berkat budak kecil ini (berumur 6 bulan)  yang dijadikan anak angkat.Sekarang ibu angkatnya sedang mengandung.Nizar seperti biasa memenuhi hajat penduduk kampung untuk mendoakan anak mereka.
Foto DS Nizar sedang mendoakan adik Ashraf  Bin Abdullah.Maaf cikgu, Nizar bukan meracuni budak ini.



Pada 28 Julai ini DS Nizar akan berbuka dengan penduduk Bukit Gantang.Lokasi dipilih pada kali ini di Surau Ahmadiah,Kg Sungai Petai.

Pada program  28 Julai ini ,DS Nizar juga akan menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin,OKU,ibu tunggal dan anak yatim.Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bukit Gantang  ,untuk program  pada kali ini  menyampaikan bantuan serta sumbangan  terus ke kampung-kampung terpilih.Tahun lepas dibuat secara berpusat.

Jadi diharap cikgu Azli Azlita tidak marah dengan DS Nizar yang bertemu penduduk Bukit Gantang.Bukankah DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang. ?   

Wednesday, July 25, 2012

Dermasiswa Yayasan Perak tangguh dulu kerana Nizar.


DS Nizar dengan orang muda.di Pekan Minggu Changkat Jering.

Esok pada 3 petang ,Jumaat penyampaian dermasiswa Yayasan Perak di Pusat Khidmat Adun UMNO Kamunting.

Penulis difahamkan oleh pelanggan  pusat khidmat Ahli Partlimen Bukit Gantang permohonan dermasiswa mereka dalam proses.Walhal  penerima dermasiswa Yayasan Perak  di Parlimen Taiping itu memohon sama bulan dan tarikh dengan pemohon dermasiswa dari parlimen Bukit Gantang . Pelajar-pelajar  dari Taiping akan dapat  "cek " esok. Pelajar-pelajar dari Parlimen Bukit Gantang didakwa masih dalam proses.

Parlimen Bukit Gantang diwakili Nizar seolah-olah didera oleh pihak UMNO.Yayasan Perak tetap profesional dalam menjalankan tugasnnya,tapi pemimpin UMNO seolah-olah mendera pelajar dari Parlimen Bukit Gantang.

"Kami sudah menelefon Yayasan Perak"kata seorang pengadu."Tapi ,jawapannya untuk Bukit Gantang dalam proses" kata pengadu lagi.

Syabas untung atas angin. diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.


Kaum kerabat kami pun banyak dekat Lembah Klang.Jadi kami pun terasa dengan tindakan rakus BN hendak merampas Selangor dari Pakatan Rakyat. Terima kasih Mat Sabu ,kita ajar kerajaan BN dengan  demontrasi air.

KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 
 
"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," katanya.

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh menghalang perkara itu berlaku.

"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syabas.

"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.

"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi ditindas dalam isu air itu.

"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan  Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau menyebelahi Syabas," katanya.

Mohamad mengecam tindakan kerajaan Umno BN yang membuat skrip dan menjadi pengarah wayang krisis air di Selangor.

"Apabila kerajaan Umno BN berkata catuan air dibatalkan setelah mereka tertekan dengan keputusan kerajaan Selangor, terbuktilah kerajaan Umno BN membuat wayang krisis air itu," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno BN itu tidak bertanggungjawab kerana sanggup menganiaya rakyat lebih-lebih lagi melibatkan air yang menjadi salah satu keperluan asasi mereka yang utama.

Kerajaan seperti itu, kata Mohamad, amat zalim dan mesti dihukum habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang.

Berdasarkan perjanjian dengan kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu, Syabas diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.

Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Bagaimanapun, kerakusan itu dihalang oleh kerajaan PR yang memerintah Selangor selepas pilihan raya umum 2008

Kami mahu jadi warga negara bukan kemerdekaan- Halimullah Salim



Foto-foto menunjukkan penghapusan etnik Rohingya di Arakan oleh Kerajaan Myanmar.
"Kami hanya mahu hak sebagai warganegara dan dilayan seperti manusia.Itu saja ,kami bukannya mahu kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri "kata Halimullah Salim,53,aktivis kemanusiaan Rohingya di Chitaggong,Bangladesh.

Jumaat ini Dewan Pemuda Pas Malaysia bersama NGO akan mengadakan munajat selamatkan Umat Islam Rohingya di semua Masjid Negeri.Marilah kita beramai-ramai pergi menandakan sokongan Umat Islam Malaysia atas kekejaman kerajaan Burma ke atas umat Islam Rohingya.  

Tuesday, July 24, 2012

Lagi foto kezaliman ke atas Umat Islam Rohingya








Pemuda PAS buatlah sesuatu.Jumaat ini di setiap Masjid Negeri selepas solat Jumaat kita bersama Munajat untuk keselamatan umat Islam Rohingya.Kita pun hairan mana pergi Menteri Luar Malaysia,mana pergi Menteri  agama Jamil Khir dan mana pergi pimpinan Malaysia yang mempunyai kuasa politik.

Munajat Perdana bantah kekejaman ke atas orang Rohingya










KUALA LUMPUR: Sempena Ramadhan al Mubarak, seluruh ummat Islam prihatin digesa untuk mengadakan Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman ke atas Ummat Islam Rohingya.


Munajat dan bantahan ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri dengan kerjasama ngo - ngo Islam yang lain di setiap masjid negeri masing - masing di seluruh negara.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, program ini akan diadakan serentak di seluruh negara selepas Solat Jumaat 27 Julai 2012 ini di semua masjid negeri seluruh negara.


"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh Ummat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," kata Nasrudin dalam kenyataannya.


Pemuda PAS, katanya, turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.


Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia,  katanya, memorandum rasmi akan dihantar ke Wisma Putra dan juga kepada pihak bertanggungjawab di peringkat antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.