Tau malu. Penyamun bertocang 3 wanita dan seorang lelaki ditahan pemilik kedai .Seorang daripada wanita ini sorok CPU komputer dicelah kangkang. |
Salah seorang wanita bertocang dibawa ke Balai Polis ,Simpang untuk disoal siasatt. |
Tau malu. Penyamun bertocang 3 wanita dan seorang lelaki ditahan pemilik kedai .Seorang daripada wanita ini sorok CPU komputer dicelah kangkang. |
Salah seorang wanita bertocang dibawa ke Balai Polis ,Simpang untuk disoal siasatt. |
Nur Shahida Roslan Shaharum sedang mendeklamasikan sajak pada sambutan Hari Raya Eidulfitri 1429 /16 November 2008"Kepadamu Yang Berhormat" anjuran Pas Kawasan dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Anak sulung Allahyarham Hj Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang 8 Mac 2008- Februari 2009 Sdri Nur Shahida binti Roslan Shaharum akan melangsungkan perkahwinan dengan Sdra Mohammad Yasir pada 19 Disember 2009,di rumah mereka Lot 10288,di Changkat Larang,Batu Gajah.
Sehubungan dengan itu PAS Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Safiah Harun,balu Allahyarham Hj Roslan Shaharum.
Menurut YDP Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar jasa dan pengorbanan Hj Roslan Shaharum hanya Allah s.w.t yang dapat menilainya.Justeru itu beliau mengharapkan Pimpinan Pas Cawangan yang mendapat undangan ke majlis perkahwinan itu dapat meluangkan masa meraikan keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum.
Beliau juga menyatakan pada tarikh yang sama berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat Malaysia di Syah Alam.Jadi beliau bersama Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris tidak dapat meraikan majlis itu kerana terlibat sebagai peserta konvensyen.
Selamat Pengantin Baru Nur Shahida Roslan Shaharum daripada PAS Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen serta rakyat Parlimen Bukit Gantang.
Moga-moga di bulan Ramadhan ini kita menjadi orang yang bertakwa.Seterusnya kita bertakwa di bulan-bulan lain.
Hendaklah kita berpuasa bukan sebagai individu sahaja tetapi dalam bentuk organisasi. Setiap kita mempunyai tugas sebagai orang yang dituntut berpuasa semoga mudah-mudahan menjadi organisasi yang bertakwa.
Yang berhormat ,Ketua Jabatan,Ketua Kampung atau pegawai kerajaan ,ibubapa,suami ,isteri berperanan untuk memperoleh ketakwaan. Kita hendaklah membentuk masyarakat di bawah pimpinan kita untuk menjadi rakyat yang baik dan taat kepada pemerintah.
Kita mesti bersikap memimpin,bukan kerana jawatan tetapi atas sikap bertanggungjawab. Jikalau tersilap kita boleh diseret ke neraka dan ditanya peranan kita nanti di akhirat.Jawatan bukan untuk mengejar dunia tetapi untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t.
Dari sudut fekah ,setiap ahli masyarakat berbeza pendekatan politik. Contohnya Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Dato' Nik Aziz bangun malam untuk beribadah menjadi wajib bagi mereka,walaupun bagi kita itu sunat.Bagi Yang Berhormat menziarahi orang sakit menjadi wajib dalam konteks politik.Begitulah sebaliknya bagi kita yang mempunyai jawatan.Namun bagi orang awam sekadar sunat atau harus.
Dalam konteks negeri Perak,kita hendaklah memberi sokongan kepada Menteri Besar Perak.Setiap program yang dilaksanakan perlu disokong. Contohnya Bulan Sembahyang yang dilancar pada bulan Rejab 1429 lalu,adalah untuk meminta masyararakat tidak meninggalkan solat.Tanggungjawab MB untuk menjaga rakyatnya.
51 tahun BN memerintah Perak,sedangkan kita baru 5 bulan mengurus negeri,jadi bantulah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat. Tunjukkan jalan yang lurus kepada pimpinan ,bukan hanya mempercayai akhbar atau media,lantas menghukum Menteri Besar.Sepanjang BN /umno memerintah apa yang mereka buat dengan sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Bukankah pendidikan untuk semua.
Marilah kita menjadi orang yang bertakwa. Jadi bulan Ramadhan Al mubarak sebagai permulaan untuk kita berjihad pada sisi Allah s.w.t.