![]() |
CERAMAH MESIR BERDARAH. |
Friday, August 30, 2013
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 56 dari PAS Bukit Gantang.
![]() |
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 56 daripada PAS Kawasan Bukit Gantang dan YB Ahli Parlimen Bukit Gantang,Ustaz Idris Ahmad serta YB DS Nizar Jamaluddin ,ADUN Changkat Jering. |
Thursday, August 29, 2013
Lama-kelamaan orang India akan pupus,sebab mereka banyak jadi gengster.
Jangan biarkan geng 04 masuk sekolah.
Wednesday, August 28, 2013
Mana Maahad Tahfiz setiap daerah di PERAK,Zambry Kadir?
Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengharapkan Kerajaan Negeri Perak menyegerakan pembangunan semua Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah di Negeri Perak sepertimana yang dijanjikan pada tiga tahun yang lepas oleh Datuk Seri Diraja Dr Haji Zambry Abd Kadir, dalam usaha menjadikan Perak negeri berilmu dan akan melahirkan modal insan yang berjaya.
Kami tuntas melahirkan kegembiraan di atas usaha murni ini dan sewajarnya disokong semua pihak terutamanya Badan-badan Bukan Kerajaan.
Kami mengharapkan projek penting ini tidak terhenti dan ‘dilambatkan' di dalam memastikan Perak menjadi sebagai salah sebuah negeri yang mewujudkan Kolej Tahfiz Al-Quran dalam Negara kita.
Kami berharap pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah yang dirancang perlu dinyatakan tahap kemajuan pembangunannya dan kedudukannya yang terkini.
Ia sebagai salah satu program penting kepada Kerajaan Negeri Perak yang menjadi perhatian rakyat terutamanya yang Beragama Islam di Perak.
Kami juga menyarankan agar tahap kemajuan projek pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran ini nanti akan dijadikan rujukan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di masa akan datang.
Ia bagi membolehkan semua ADUN mendapat maklumat yang tepat dan boleh juga mengajukan persoalan-persoalan penting terhadap apa yang sedang berlaku kepada semua projek pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran yang ada sekarang.
Hatta, Kerajaan Negeri Perak perlu mewujudkan satu Jawatankuasa Khas di bawah DUN sebagai penyelia kepada program penting ini yang akan melibatkan semua ADUN-ADUN.sumber salman salleh
Adun Titi Serong ,Ustaz Abu Bakar tanya kenapa tiada mesyuarat agung kariah masjid.
Ini jawapan DS Zamry Kadir,mesyuarat banyak kelemahan,kelemahan pula besar.Mungkinkah ini alasan sebenar DS Zambry kerana takut orang UMNO tak terpilih sebagai ahli jawatankuasa kerana tidak layak.
IPOH: Pemilihan anggota jawatankuasa masjid di seluruh negeri tidak menggunakan kaedah mesyuarat agung memandangkan ia mempunyai pelbagai kelemahan yang besar, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata walaupun pada dasarnya segala urusan kaedah dan pentadbiran agama Islam tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 namun kerajaan negeri sentiasa mengkaji kaedah terbaik pelantikan anggota jawatankuasa masjid.
"Pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui mesyuarat agung kariah mempunyai batasan dan kebarangkalian yang besar adalah pengundi bukan anggota kariah, anggota kariah tidak tahu hal ehwal masjid dan mengimarahkan masjid selain tiada kemahiran untuk melaksanakan pentadbiran," katanya ketika menjawab soalan Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) pada hari ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.
Beliau berkata kebanyakan negeri tidak menggunakan pemilihan melalui mesyuarat agung tetapi memilih kaedah pencalonan yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam masing-masing seperti di Perak yang mana pencalonan dibuat penghulu, pegawai tadbir agama dan Orang Besar Jajahan.
Mengenai guru takmir agama yang dipecat pula, Zambry mengakui ada di kalangan mereka yang dipecat kerana didapati melakukan kesalahan oleh pihak pentadbiran agama.
"Kebanyakan mereka dijemput oleh pengurusan masjid untuk mengajar masyarakat di situ berdasarkan keperluan setempat. Kuliah oleh guru takmir agama ditentukan oleh masjid berkenaan. Kerajaan negeri hanya mengeluarkan tauliah mengajar selain memantau sebelum mengambil tindakan jika terdapat aduan serta masalah terhadap guru takmir," katanya.
Guru takmir di Perak sepatutnya mengisi penuh pengajiannya di masjid kepada masyarakat dengan pelbagai ilmu agama yang dimiliki serta tidak menjadikan institusi itu sebagai tempat untuk menyampaikan ideologi politik, katanya.
"Dari segi undang-undang, kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap masjid yang menghalang guru takmir daripada mengajar di masjid, bidang kuasa itu berada di bawah Majlis Agama Islam Perak yang diketuai Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah," katanya.
Beliau menasihati supaya guru takmir agama menjaga tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan baik di samping mengajar masyarakat dengan ilmu yang benar dan sahih.
"Dalam soal politik, jagalah perpaduan, dalam masjid tidak perlu berpolitik, kita sedih hari ini apabila masjid tidak dijadikan gelanggang perpaduan, di luar negara masjid dijadikan gelanggang berbunuhan," katanya. -BERNAMA
Tuesday, August 27, 2013
Zainuddin Maidin kena minta maaf 6 bulan,kerana takut bayar saman RM5juta.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.
Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.
“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.
“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.
Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.
Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata.
Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.
Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.
“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya. – 28 Ogos, 2013.(sumber)
DS Nizar turut beri penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Sarjan Rosdi,anggota Malbatt 5.
![]() |
DS Nizar bersongkok dan berbaju hijau turut memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Rosdi. |
Monday, August 26, 2013
Speaker Dun Perak masih keliru, tak tahu kawasan wakil rakyat.
Gengster 04 sudah bertapak di sekolah?
![]() |
Meja pelajar diconteng 04. |
![]() |
Terdapat juga geng 36. |
![]() |
Geng 36 |
![]() |
Hidup 36 |
![]() |
Geng 04 dan 36 bergabung |
![]() |
Apa-apapun geng 04 tetap top. |
Jumlah gengster sebanyak 40,000 seperti apa yang didedahkan.. 71 peratus orang India,23 peratus Cina dan 5 peratus Melayu.(sumber). Kegagalan parti MIC , rakyat Malaysia berketurunan India 7 peratus,gengster paling ramai 71 peratus.
Lima Adun PAS akan angkat suara rakyat.
Sunday, August 25, 2013
Ahli Parlimen hadir jamuan raya Pas Kuala Kangsar kerana segan dengan Raja Dr Iskandar???
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman dan ADUN Manong, Muhamad Kamil Dato’ Shafie turut memeriahkan Rumah Terbuka PAS Kawasan Kuala Kangsar.
Mungkinkah kerana YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar ,Raja Dr Ahmad Iskandar al-Hiss(Ku Is) mereka malu alah? Raja Dr Ahmad Iskandar merupakan Kerabat Diraja Perak.Adakah mereka hadir kerana segan dengan YM Ku Is yang menjemput mereka.?
Namun , diucapkan terima kasih kerana sudi hadir.Buat kata Tuan Haji Salahuddin Ayob,walaupun berbeza fahaman dan pandangan,kita boleh berada bersama dalam isu kemanusian.
Firaun membunuh kanak-kanak lelaki ,as-Sisi membunuh Ikhwanul Muslimin.
Saturday, August 24, 2013
Pakatan Rakyat perlu 40 tahun lagi untuk bentuk Kerajaan Putrajaya.
![]() |
Aksi DS Nizar memperkenal blogger kepada Tuan Haji Salehuddin Ayob,Naib Presiden PAS dalam majlis perkahwinan anak beliau di Ipoh pada 24 Ogos lalu. |
Semasa menghadiri majlis perkahwinan DS Nizar sempat bertemu teman-teman pelbagai kaum.Antara topik perbincangan kemampuan PR untuk membentuk kerajaan Malaysia dalam PRU 14 nanti.
Melihat sejarah, tahun 1969 (gabungan parti-parti)Pakatan Rakyat pada masa itu hampir berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Kemudian pada tahun 2008 PR juga hampir boleh membentuk kerajaan Putrajaya.
Justeru jika melihat putaran sejarah PR kemungkinan hanya mampu membentuk kerajaan pada tahun 2048,hal ini kerana UMNO dan BN telah dan akan membuat pelbagai tranformasi sebelum itu.PR juga perlu melaksanakan tranformasi atau meremajakan parti-parti untuk bersaing dengan UMNO/BN.Jangan tunggu 40 tahun lagi baru mahu mengambil-alih kerajaan.
DS Nizar menerima menantu.
![]() |
DS Nizar mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir majlis perkahwinan anak-anak beliau. |
Mesir Berdarah:PAS akan anjur Persidangan Meja Bulat Antarabangsa 1 September ini.
Friday, August 23, 2013
Kes Altantuya ,tekanan menyebabkan Sirul Azhar bercerai.
Sirul Azhar,orang Bt 8 , Jalan Changkat Jering-trong. Sirul dahulu belajar di SMK Tengku Menteri.Ibunya tidak putus-putus berdoa untuk Sirul.Orang kampungnnya juga sering mendoakan agar keadilan dapat diberi kepada Sirul.
Penulis sering juga mendapat maklumat dari bapa saudara Sirul dari Simpang ,Pak Ndak Mustapa.Baru-baru ini juga penulis memberi pandangan kepada bapa saudara Sirul agar Sirul menceritakan peristiwa sebenar,jangan sembunyi-sembunyi lagi.Bagi penulis Sirul akan dihukum membunuh dengan niat atau membunuh tanpa niat. Tapi takdir Allah menentukan segala-galanya.Sirul telah bebas. Tapi siapa orang di sebalik pembunhan Altantuya masih misteri.?
Dahulu wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.
Sirul telah berpisah dengan isteri beliau kerana tekanan keadaan.Kes Altantuya menghantui mereka.Bekas isteri Sirul menerima tekanan hebat dan akhirnya mereka bercerai.
Namun, selepas Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya dan Azilah daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.
"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan.
"Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," kata Sirul.
Anak lelaki Sirul Azhar berumur 6 tahun sewaktu kejadian.Kini berusia 13 tahun.Remaja itu amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.
Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Taiping berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.
Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu.
Thursday, August 22, 2013
Siapa bunuh Altantuya kerana Sirul dan Azilah dibebaskan.?
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.
Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.
Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.(sumber sinar harian)
Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.
Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.(sumber sinar harian)
Orang zalim seperti al-Sisi umurnya panjang.
Jeneral al Sisi yang dipetik sebagai telah mati sakit jantung,sebenarnya umurnya masih panjang.Orang zalim seperti al-Sisi selalu umur mereka panjang.Mereka insyaAllah sedang menunggu azab Allah s.w.t.
Penulis yang memetik berita as-Sisi diportal ini http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/22/al-sisi-meninggal-akibat-serangan-jantung/ juga telah mendapat "page not faund" atau the page you are looking for does not exist.
Wednesday, August 21, 2013
Hanya dapat 6 undi,Adun Trong kalah bertanding Ketua Cawangan.
Bas Jatuh gaung,37 maut,Menteri Pengangkutan kena letak jawatan.
Tuesday, August 20, 2013
Kudeta Mesir,lebih teruk dari menghancurkan Kaabah-Muhammad Badie
Sheikh Muhammad Badie ditangkap di sebuah apartemen dekat Rabia al-Adawiya square, di mana para pendukung Ikhwanul Muslimin mengadakan demonstrasi sebelum dibubarkan dalam penumpasan berdarah oleh pasukan keamanan minggu lalu.
Koresponden Al Arabiya melaporkan Syeikh Badie dibawa ke penjara Tora, penjara yang sama dengan lokasi mantan Presiden Hosni Mubarak yang kini sedang proses dibebaskan.
Badie, yang memiliki surat perintah penangkapan terhadap dirinya, kemungkinan menghadapi tuduhan menghasut kekerasan terhadap pasukan keamanan dan institusi negara.
Halaman Facebook dari Kementerian Dalam Negeri itu menampilkan gambar Syeikh Badie, duduk di tahan dua anggota polis.-
Syeikh Badie tampil dalam rakaman Video dari tempat yang tidak diketahui lokasinya , Rakaman itu disiarkan di saluran televisen swasta Mesir OnTV.
Pada 25 Julai, Badie menggambarkan kudeta Mursi oleh militer sebagai tindakan yang lebih buruk daripada menghancurkan Ka’bah.
“Aku bersumpah demi Allah bahwa [Jenderal Abdel Fattah-] al-Sissi melakukan kejahatan di Mesir ini lebih jenayah dibandingkan jika dia membawa kapak dan menghancurkan Ka’bah, batu demi batu, “kata Badie.sumber eramuslim
Cikgu meninggal dunia,mungkinkah stress kerana PBS????
Kelmarin diberitakan ,Cikgu Kuldip Singh ,dari SMK Klian Pauh,Taiping meninggal dunia,bulan Jun lalu Cikgu Siti Hanifah dari SMK Saint George,Taiping telah menghembus nafas terakhirnya.Apakah kerana tekanan PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) menyebabkan cikgu stress dan memberi kesan kepada kesihatan diri.?
Sunday, August 18, 2013
Pempetisyen Dun Lubok Merbau Ridzuan Asit buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Saturday, August 17, 2013
Jamuan raya ,jangan lupa orang Mesir yang dibunuh as-Sisi:-Raja Iskandar
Ketua UMNO Bahagian yang kalah pilihanraya masih mengaku sebagai ADUN.
Friday, August 16, 2013
Foto polis Mesir beri senjata kepada samseng untuk membunuh Ikhwanul Muslimin.
![]() |
Gambar polis sedang memberi kelengkapan senjata kepada samseng untuk membunuh demonstran. .......... Mereka berpakaian seperti orang awam, media-media pro kudeta memanipulasikannya dengan mengatakan inilah golongan Ikhwan Muslimin yang membawa senjata. Sumber : Twitter Omar Salem sumber #mesirkini |
Thursday, August 15, 2013
Menunggu pengganti Nabi Musa melawan kezaliman Jeneral as-Sisi.
![]() |
Antara ribuan rakyat Mesir yang mati syahid.Mati berjuang menegakkan kerajaan yang sah.Siapakah yang hidup di Mesir yang boleh menjadi pemimpin seperti Nabi Musa a.s, melawan kerajaan Firaun? |
Foto wanita Mesir,berdoa ditengah muntahan peluru hidup.
Sebuah foto memperlihat seorang wanita menghadapi hujan peluru dan gas pemedih mata dengan pasrah.
Wanita ini berdiri disamping salah satu jentolak yang sedang membongkar kubu-kubu dan khemah-khemah para demonstrasi di Dataran Rabi’ah.
Wanita ini dengan berani berteriak lantang: “Bantu kami ya Allah, kami sama sekali tidak bersenjata”.Wanita ini bercita-cita untuk mati syahid ,tetapi beliau masih meneruskan perjuangan.
Wednesday, August 14, 2013
Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir- hampir 2000 terbunuh syahid.
SOP polis seorang anggota jaga lokap,suspek pun boleh bolos..
Suspek bolos,apabila hanya seorang anggota polis jaga lokap.
DIKEHENDAKI...Osuji Kelly Prince, 25 dari Nigeria merupakan suspek yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.-foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan.
"Polis menahan reman suspek selama tiga hari bermula Selasa, dan polis sedang mengumpul bukti bagi mendakwa anggota polis itu di mahkamah, kemungkinan esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Rabu.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap.
Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek.
Sehubungan itu polis turut melancarkan gerakan memburu warga asing, Osuji Kelly Prince, berumur 25 tahun yang ditahan pada 2 Ogos lepas bersabit kes dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hamsan Hadi (012-2771619) atau ASP Mohd Akmal Abdullah (012-5829300) atau Pusat Kawalan IPKKL 03-21460585. - BERNAMA
Tuesday, August 13, 2013
Semasa kempen PRU beria-ria mahu ziarah orang sakit.
Welcome!
Hampir setengah juta ringgit PAS Perak bayar kalah petisyen PRU.
Pas Perak dijangka akan mengeluarkan setengah juta ringgit untuk membayar kos petisyen 6 kawasan pilihanraya yang gagal dibicarakan.Kesemuanya tanpa sempat dibicarakan.setakat ini hanya DUN Manjoi yang dibuat rayuan.
Petisyen yang dikemukakan didakwa tidak mengikut Peraturan 4(1)(b) Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya(EPR) 1954.
Yang terbaharu calon PAS Dun Selama terpaksa membayar kos Rm50 ribu kepada setiap responden.
Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS,Raja Dr Ahmad Iskandar al-Hiss dilaporkan mendakwa Mahkamah Pilihanraya tidak adil.Semuanya gara-gara ditolak tanpa sebab dibicarakan.
BN Kekal Kemenangan DUN Selama, Tolak Petisyen PAS
IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selama selepas menolak petisyen yang difailkan calon PAS Mohd Akmal Kamaruddin.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusannya berkata pempetisyen gagalmengemukakan permohonan petisyen yang lengkap dan tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954.
"Peraturan 4(1)(b) EPR memerlukan pempetisyen menyatakan fakta dan alasanberhubung petisyen itu," katanya.
Hakim memerintahkan Mohd Akmal membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama, anggota DUN Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff daripada BN dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Akmal diwakili tiga peguam diketuai N.P. Ramachandran manakala responden pertama diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Mohamad Daud menewaskan Mohd Akmal dengan majoriti 619 undi. - BERNAMA
Sunday, August 11, 2013
SB polis sibuk tanya kenapa YB Idris Ahmad berbuka puasa di masjid.
Changkat Jering-12 Ogos :PAS Kawasan Bukit Gantang berasa kesal dengan pihak SB(Cawangan Khas) yang bertanya pergerakan Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk berbuka puasa(iftar),dalam bulan Ramadhan lalu bersama penduduk di Masjid-masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.
PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan pihak polis lebih baik bekerja keras menangkap penjenayah atau suspek yang telah membunuh beberapa orang penduduk dalam Bukit Gantang.Setakat ini dalam tempoh sebulan dua ini kerap benar berlaku kejadian pembunuhan menggunakan senjata api di sekitar Simpang dalam DUN Changkat Jering.
Ketua UMNO Bukit Gantang kaya raya,penduduk papa kedana.
Rumah Ahli UMNO yang paling besar di Bukit Gantang
Saturday, August 10, 2013
Isteri Mursi:suami saya akan kembali,InsyaAllah.
Kehebatan Dr Mursi mempunyai penyokong setia. Mereka menyokong Dr Mursi bukan kerana batang tubuh ,tetapi kerana prinsip perjuangan yang dibawa.
Kini isteri kesayangan Dr Mursi, Puan Naglaa Mahmoud muncul di khalayak ribuan pendukungnya.
Beliau menyatakan untuk tetap bersama rakyat menentang kerajaan kudeta yang didukung oleh tentera . “ Dr Mursi akan datang kembali, insya Allah.”kata Puan Naglaa Mahmoud.
Naglaa Mahmoud membuat penampilan pertamanya sejak kudeta tentera, mengenakan jubah dan hijab menutupi tubuhnya, Naglaa berbicara kepada khalayak ramai yang berkumpul di Masjid Rabaa al-Adawiya di Nasr City.
Pada peringkat awalnya isteri Dr Mursi juga dikatakan ditahan. Beliau kini bersama anak-anak sudah bersedia untuk menentang kerajaan kudeta.
Taukeh Lemang UMNO dudukpun rezab jalan.
Wednesday, August 7, 2013
Ucapan raya, Najib tak pesan solat YB Ustaz Idris,pesan solat.
Tuesday, August 6, 2013
Orang baik-baik saja masuk PAS,orang jahat masuk UMNO?
Monday, August 5, 2013
Petisyen Dun Manjoi ,PAS buat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memfailkan rayuan ke atas enam petisyen yang tolak melibatkan empat kawasan parlimen dan dua bagi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor.
Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan.
Peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya telah memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini.
"Kita telah bermesyuarat semalam dan keputusan telah diambil untuk memfailkan rayuan beberapa kawasan petisyen yang telah ditolak.
"Hari ini kita telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi enam kawasan iaitu melibatkan empat bagi parlimen dan dua Dun," jelasnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya lagi, dari 16 petisyen yang dikemukakan 12 daripadanya telah ditolak dan masih ada empat petisyen yang belum didengari serta dibuat keputusan.
Ketika ditanya mengenai keputusan PAS yang ingin membuat laporan polis berhubung kesalahan pengisian di dalam Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).
Jelasnya, laporan tersebut akan dilakukan selepas cuti Hari Raya nanti.(sumber)
Subscribe to:
Posts (Atom)