Showing posts with label YB. Show all posts
Showing posts with label YB. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Saman Ekor Satu Pukul Curi-Cina Islam

Kita tertarik dengan pandangan YB Khalil Idham Lim berkaitan saman ekor yang dipelopori PDRM.

Beliau memberi contoh perbandingan Negara Maju khususnya Eropah memberitahu di mana terdapat "Speed Trap".Semuanya di tempat bahaya,di selekoh,bukit ataupun jalan licin.Di Eropah saman ekor tidak ada.Cuma diberitahu kawasan yang tidak boleh memandu laju,di situ diberitahu polis bertugas.

YB Khalil memberitahu kita di Malaysia berbeza,polis menunggu pengguna yang memandu laju di tempat bersembunyi.Mereka menunggu di celah pokok,belukar ,tiang dan bukit,semata-mata mahu mengesan pemandu laju.

Beliau membandingkan ini seperti pukul curi. Kita belajar Silat,tetapi tidak berani berlawan secara terbuka kita pun pukul curi,dakwa YB Khalil Idham Lim.

Kita berperang dengan negara lain,kerana takut ,kita pun menembak curi hujah Khalil Lim lagi.

Saman ekor bertujuan untuk mendapat pendapatan ,bukan sangat untuk mencegah kemalangan.Khalil juga menyentuh pendapatan yang didapati melalui Saman Ekor untuk menampung pendapatan ,kerana negara kita sebenarnya sudah mengalami kemelesetan.


Sidang DUN Perak 3 Ogos akan dipenuhi polis-Cina Islam


YB Khalil Idham Lim menyatakan Sidang Dun Perak 3 Ogos ini akan berjalan lancar dan aman jika tidak ada pihak polis yang mengawalnya.

Menurut YB Khalil Idham Lim sebelum ini persidangan DUN Perak dipenuhi pihak polis antara 300-hingga 400 orang.Semuanya mahu melindungi Speaker Haram Ganaeshan .

Mahkamah sendiri memberi keputusan supaya sidang Dun yang menentukan Tuan Speaker.Sivakumar masih dinafikan hak sebagai Speaker yang sah.

Ganeshan memberitahu umum,tiada polis yang mengawal sidang Dun Perak ,tetapi sebaliknya menurut YB Khalil polis memenuhi ruang legar Dewan dan perkarangan bangunan.

Bagi Khalil Lim ,pasukan polis akan datang ke Sidang Dun Perak pada 3 Ogos ini,walaupun dinafikan pihak yang berkenaan khususnya Speaker Haram Ganaeshan.

Di samping itu YB Khalil meminta kita terus bekerja terutama pendaftaran pengundi muda.Dengan itu kita dapat menghalang Kerajaan Haram dan Speaker Haram dari terus memerintah.

Selamat Pengantin Baru :Moga-moga generasi yang lahir menyokong perjuangan Islam.

YB Khalil Idham Lim bergambar bersama keluarga pengantin perempuan.
YB Titi Serong,Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ucapan mewakili DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Khalil Idham Lim mengucapkan tahniah kepada kaum keluarga pengantin.Moga-moga mendapat cucu atau zuriat yang berjuang untuk mempertahankan Islam.


Hari ini kita mengikuti YB Khalil Lim yang menggantikan DS Nizar yang mempunyai program Retreat Pas Pusat.

Sebelah pagi bersama YB Khalil Lim di Sambutan Hari Keluarga Pas Sg Petai.Sementara sebelah tengah hari ke kenduri kahwin rakyat di Kg Larut Tin dalam DUN Changkat Jering.

Kita mendengar ucapan YB Khalil di kenduri kahwin.Beliau mengucapkan tahniah kepada keluarga pengantin.Di samping mengharapkan zuriat yang akan lahir nanti menyokong perjuangan Islam

Saturday, July 10, 2010

Daftar Pengundi Muda - Cina Islam

YB Khalil Idham Lim merasmi Hari Keluarga Pas Sg Petai.Beliau menyampaikan salam DS Nizar yang kini berada di Port Dickson dalam program Retreat PAS Pusat.
YB Khalil Islam atau Cina Islam sedang meniup wisel memulakan acara bawa motor paling lambat.
YB Khalil Idham Lim,Adun Titi Serong menyampaikan hadiah tempat kedua kepada Hamdan ,acara bowling padang.
Cina Islam atau YB Khalil Idham Lim bersama Ustaz Nordin Jaafar YDP Bukit Gantang ,bergambar di depan banner Hari Keluarga Sg Petai,Dun Kuala Sapetang.
YB Khalil Idham Lim menyampaikan hadiah cabutan bertuah sumbangan DS Nizar.Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang.

11 Julai-Sg Petai.

YB Titi Serong,mewakili DS Nizar telah merasmikan Hari Keluarga Pas Sg Petai,dalam Dun Kuala Sapetang.

Beliau antara lain menyentuh kepentingan pendaftaran undi untuk pemilih baru.Bagi Khalil tidak mustahil jika masih terdapat di kampung kita masih terdapat mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Jadi menjadi tugas setiap keluarga memastikan semua mereka,anak-anak dan kaum keluarga yang cukup umur untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Khalil juga menyentuh dianggarkan terdapat 430,000 pengundi muda masih belum berdaftar sebagai pengundi.Justeru itu beliau menganggarkan dengan jumlah 24 kawasan parlimen di Perak,terdapat 20,000 pengundi muda belum didaftarkan di kawasan Bukit Gantang ini.

Pengundi muda ini akan membantu Pakatan Rakyat menawan Trong,mengekalkan Kuala Sapetang dan Changkat Jering.

Akhirnya Pakatan Rakyat dapat memerintah Perak.

Friday, September 11, 2009

YB Dr Lo' lo':Ugutan bunuh dan rogol takkan dibiarkan sahaja..

Walau pun dalam keadaan masih berihat dirumah selepas menjalani rawatan saya terus mengikuti perkembangan politik tanah air.

Isu yang hangat terkini iaitu isu pemindahan kuil dan demo kepala lembu benar2 menyentakkan minda saya dan saya ramai lagi ang lain.

Perkara ini tidak pernah berlaku masa zaman BN memerintah Selangor kerana BA/PR telah berperanan sebgai pembangkang yang baik dan bertanggung-jawab.

BN jadi pembangkang yang bukan sahaja hasad dengki tetapi juga berdendam dan melakukan apa sahaja termasuk yang diluar batas untuk menggugat kestablan kerajaan PR.

  • Banyak yang telah diulas dan disini saya hanya ingin membangkitkan kebimbangan saya atas makihamun yang dihamburkan oleh orang-orang yan tidak bertamaddun yang merupakan segelintir dari penduduk Seksyen 23 Shah Alam semasa dialog dengan Menteri Besar Selangor, YB Khalid dan YB Rodziah. Antara yag melampau adalah ugutan untuk membunuh jika YB Khalid menjejakkan kaki ke Seksyen 23 dan ugutan untuk merogol YB Rodziah. Mereka ini ganas, penjenayah dan menakutkan! Saya hanya menyedari apabila membaca sebahagian artikel yang dikemukakan dalam pelbagai laman web dan blog. Saya hairan kenapa tiada yang mengambil tindakan dan pagi2 tadi telah menghantar sms kepada beberapa rakan AP dan ADUN. Sebahagian respon dan menyatakan baru dimaklumkan atau tidak sedar langsung. Saya telah mencadangkan agar satu lapuran polis dibuat dan satu kenyataan bersama mesti dibuat membantah sikap lepas tangan oleh plis dalam menangani isu ini.

  • Media kongkongan BN pun diam membisu agaknya 'menyokong' sikap melampau beberapa orang penyangak ini semata2 kerana mereka memaki hamun dan mengugut pimpinan PR; cuba kalau pimpinn BNyang diugut begitu sudah pasti media berkokok siang-malam dan pihak berkuasa pun melompat2 menahan, menyiasat dan mendakwa seperti yang dilakukan oleh polis terhadap YB Gobala semasa hari penamaan calun PermatangPasir yang lalu.

  • Saya ni sebab kurang sihat dan masih dalam rawatan jika tidak sudah tentu saya akan memastikan polis bertindak keatas 2 manusia yang bersifat kehaiwanan tersebut. Saya harap rakan2 saya pimpinan wanita PR akan melakukan sesuatu....jangan biarkan insiden melampau ini dibiarkan tanpa apa2 tindakan !!
Dr Lo'lo bt Dato' Hj Mohamad Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa