Sunday, July 11, 2010

Saman Ekor Satu Pukul Curi-Cina Islam

Kita tertarik dengan pandangan YB Khalil Idham Lim berkaitan saman ekor yang dipelopori PDRM.

Beliau memberi contoh perbandingan Negara Maju khususnya Eropah memberitahu di mana terdapat "Speed Trap".Semuanya di tempat bahaya,di selekoh,bukit ataupun jalan licin.Di Eropah saman ekor tidak ada.Cuma diberitahu kawasan yang tidak boleh memandu laju,di situ diberitahu polis bertugas.

YB Khalil memberitahu kita di Malaysia berbeza,polis menunggu pengguna yang memandu laju di tempat bersembunyi.Mereka menunggu di celah pokok,belukar ,tiang dan bukit,semata-mata mahu mengesan pemandu laju.

Beliau membandingkan ini seperti pukul curi. Kita belajar Silat,tetapi tidak berani berlawan secara terbuka kita pun pukul curi,dakwa YB Khalil Idham Lim.

Kita berperang dengan negara lain,kerana takut ,kita pun menembak curi hujah Khalil Lim lagi.

Saman ekor bertujuan untuk mendapat pendapatan ,bukan sangat untuk mencegah kemalangan.Khalil juga menyentuh pendapatan yang didapati melalui Saman Ekor untuk menampung pendapatan ,kerana negara kita sebenarnya sudah mengalami kemelesetan.


No comments:

Post a Comment