Sunday, July 11, 2010

Sidang DUN Perak 3 Ogos akan dipenuhi polis-Cina Islam


YB Khalil Idham Lim menyatakan Sidang Dun Perak 3 Ogos ini akan berjalan lancar dan aman jika tidak ada pihak polis yang mengawalnya.

Menurut YB Khalil Idham Lim sebelum ini persidangan DUN Perak dipenuhi pihak polis antara 300-hingga 400 orang.Semuanya mahu melindungi Speaker Haram Ganaeshan .

Mahkamah sendiri memberi keputusan supaya sidang Dun yang menentukan Tuan Speaker.Sivakumar masih dinafikan hak sebagai Speaker yang sah.

Ganeshan memberitahu umum,tiada polis yang mengawal sidang Dun Perak ,tetapi sebaliknya menurut YB Khalil polis memenuhi ruang legar Dewan dan perkarangan bangunan.

Bagi Khalil Lim ,pasukan polis akan datang ke Sidang Dun Perak pada 3 Ogos ini,walaupun dinafikan pihak yang berkenaan khususnya Speaker Haram Ganaeshan.

Di samping itu YB Khalil meminta kita terus bekerja terutama pendaftaran pengundi muda.Dengan itu kita dapat menghalang Kerajaan Haram dan Speaker Haram dari terus memerintah.

No comments:

Post a Comment