Showing posts with label fadhil idris. Show all posts
Showing posts with label fadhil idris. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Prk Sibu- Dua Petugas Bukit Gantang Jadi Polling Agent

Berita ringkas dari Sibu, dua aktivis Pas Bukit Gantang Sdr Fadhil Idris dan Sdr Basheer Ahmad telah diberi tugas sebagai PAKA untuk Calon Dap di Sibu.

Sdr Fadhil bersama wakil DAP akan bertugas di SK TJ Penasu.Fadhil Idris dan rakan setugas daripada DAP tidak dapat menginap di rumah panjang kerana dihasut oleh pemimpin BN.Jadi mereka terpaksa bergerak awal pagi dari markaz Pas Kg Hilir Dun Nangka.

Sementara itu Basher Ahmad bertugas di Sg Pasai.Mengikut SMS daripada Fadhil Idris orang Iban sudah diumpan oleh BN dengan duit.Namun kita berharap hati mereka berubah sewaktu memangkah esok.

Selamat bertugas, Fadhil Idris dan Basheer Ahmad.Semoga ada harapan esok !

Tuesday, April 27, 2010

Jangan hukum kami-kami tidak bersalah!

Hampir 25 tahun kita sudah mengajar.Daripada mula mengajar kita telah dipilih oleh Pengetua untuk menjadi Guru Disiplin. 2 Mei ini genap tujuh belas tahun kita mengajar di sini.Kita tidak pernah sewaktu mengajar jatuh terduduk!

Hari 27 April 2010 kita jatuh terduduk sewaktu menanda buku pelajar!Sampai sekarang terasa sakit dan sengal.

Hari ini kita mengajar KOMSAS.Novel Hikmah,perbincangan kita berkenaan watak dan perwatakan.Kita menerangkan Amri seorang budak nakal yang taat dan hormat kepada ibunya.Akhirnya berubah menjadi baik setelah menerima pengajaran .

Kita pun memberi pelajar latihan dan mula menanda buku pelajar.Sewaktu duduk pada sebuah kerusi plastik di meja guru,kita jatuh terduduk.Kerusi plastik itu bengkok dan kita jatuh terduduk berlantaikan lantai simen kelas.Sakitnya terasa hingga kini.

Kita melihat banyak pelajar yang ingin membantu dan tidak mendengar mereka ketawakan kita.

Jadi kita yang dalam sedikit kesakitan,memberi amaran akan mendenda mereka dengan demerit 5 poin."Sesiapa yang tidak mengaku kita akan ambil tindakan"tegas kita."Satu kelas akan mendapat demerit"tambah kita lagi.

Lalu anak murid kita secara spontan meminta kita siasat dan jangan menghukum mereka tanpa bukti ."Cikgu,jangan hukum kami,kami tidak bersalah"kata seorang pelajar.

Setelah kita sedikit tenang,kita menerangkan kita bukan seorang cikgu yang suka menghukum pelajar tanpa bukti dan sebab.Kita juga bukan guru yang zalim "mengecop" pelajar untuk dihukum hanya sekadar kesilapan teknikal.

Tuesday, October 13, 2009

Terima Kasih Bagan Pinang Mengajar Bukit Gantang Menjadi Matang

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar dan S/U Pas Kawasan Fadhil turut sama membantu jentera piliharaya PAS Bagan Pinang.


Ustaz Nordin Jaafar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas Pas Bukit Gantang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang di Bagan Pinang.

"Semoga kerja mereka diterima sebagai amal soleh"kata Ustaz Nordin Jaafar."Jadikan pengalaman di Bagan Pinang sebagai satu ilmu untuk meningkatkan kualiti kerja berpilihanraya"tambah Ustaz Nodin lagi.

Beliau juga meminta pengajaran tentang ketiadaan Kelab Penyokong Pas di UPU Pekan Seliau sebagai pengajaran untuk Bukit Gantang.

"Cawangan Pas yang mempunyai penduduk bukan Melayu ,perlu mempunyai Kelab Penyokong"tegas Ustaz Nordin.

Tuntasnya beliau mengharapkan Sdr Basher Ahmad ,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Bukit Gantang yang bertugas sepenuh masa di Bagan Pinang menjadikan Bagan Pinang sebagai satu kajian ."Bagan Pinang boleh membantu PAS Bukit Gantang terus mendekati rakyat tanpa mengira kaum,politik dan agama"tegas Ustaz Nordin.

"Kita kena terus bekerja, tanpa menanti pilihanraya" kata Ustaz Nordin."Ingat prestasi wakil rakyat kita akan dinilai rakyat" kata ustaz Nordin.

Ustaz Nordin juga mengharapkan kita melihat kelemahan diri untuk meningkatkan prestasi uslub dakwah dan politik Malaysia.

Wednesday, September 2, 2009

Hampeh! Kata Fadhil Idris Ketua Pegawai Khas DS Nizar

Fadhil Idris memandu sendiri Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen meninjau jalan kampung 52 tahun merdeka tidak berturap dalam DUN Trong.
Fadhil Idris menyampaikan sumbangan DS Nizar untuk sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di DUN Trong untuk ehya Ramadhan.


Sebelum ini Sdr Fadhil Idris Pegawai Khas bagi Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Beliau berpengalaman luas dalam mengurus rakyat.Sdr Fadhil mempunyai hubungan baik dengan agensi kerajaan dan swasta.Kini Ketua Pegawai Khas DS Nizar Jamaluddin.Beliau boleh dihubungi o5-8483950

Fadhil Idris,kini merupakan Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang.Beliau selalu pergi memantau aduan rakyat.Bagi beliau ,"kita selesaikan dulu aduan rakyat,sebelum Hj Nizar tahu!'

"Hampeh!" tegas Fadhil,bahasa yang agak lembut,apabila mengkritik Zamri MB Haram.Apabila beliau mengetahui Tok Mufti,tidak merujuk kitab apabila bercakap atau memberi pandangan,Fadhil tidak teragak-agak mengatakan"HAMPEH!"

Baru-baru ini ke bazar Ramadhan Changkat Jering menemani DS Nizar,beliau melihat kakitangan Pejabat Tanah,lari tak mahu bersalam dengan DS Nizar."HAMPEH!"Spontan kata Fadhil Idris.

Bagi kami, Fadhil jangan berkata "Hampeh!' kepada kita.Hampeh atau hampas ,tidak ada nilai,kosong ,binatang pun tak mahu makan ,inikan kita yang mahu berubah pada bulan Ramadhan ini.

Esok 4 September berjumpa kita bersama DS Nizar.Dengar cerita rakyat menunggu DS Nizar ,mahu mendengar sendiri tentang pandangan DS Nizar perihal hampeh!Sila rujuk jadual DS Nizar dalam tulisan lalu.

Thursday, August 27, 2009

Inilah projek"hampeh" kata Pegawai Khas Hj Nizar


Rumah Ustaz Khairani Rejab Ali,depan rumah beliau,tidak di "tar" kerana beliau ahli PAS.Jalan utama Kg Simpang Termelok,Jalan Bruas dalam Dun Trong,jalan berpasir.Jalan utama,jalan tanah pasir,berlekuk-lekak.Pegawai Khas DS Nizar Sdr Fadhil Idris membuat tinjauan.Apabila mendapat aduan penduduk,PA DS Nizar bertindak pantas membuat tinjauan.
Rumah penduduk jalan ber"tar",cantik sebab kami penyokong BN,tapi jalan utama jalan pasir.
Di depan rumah kami ada jalan tar,tetapi jalan utama jalan pasir,jikalau hujan berlopak.

"Sepatutnya jalan utama masuk kampung yang diturap,bukannya jalan muka depan rumah penduduk" kata Pegawai Khas Hj Nizar.

"Hampeh!,betul BN" tegas Fadhil Idris lagi.