Wednesday, September 2, 2009

Hampeh! Kata Fadhil Idris Ketua Pegawai Khas DS Nizar

Fadhil Idris memandu sendiri Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen meninjau jalan kampung 52 tahun merdeka tidak berturap dalam DUN Trong.
Fadhil Idris menyampaikan sumbangan DS Nizar untuk sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di DUN Trong untuk ehya Ramadhan.


Sebelum ini Sdr Fadhil Idris Pegawai Khas bagi Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Beliau berpengalaman luas dalam mengurus rakyat.Sdr Fadhil mempunyai hubungan baik dengan agensi kerajaan dan swasta.Kini Ketua Pegawai Khas DS Nizar Jamaluddin.Beliau boleh dihubungi o5-8483950

Fadhil Idris,kini merupakan Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang.Beliau selalu pergi memantau aduan rakyat.Bagi beliau ,"kita selesaikan dulu aduan rakyat,sebelum Hj Nizar tahu!'

"Hampeh!" tegas Fadhil,bahasa yang agak lembut,apabila mengkritik Zamri MB Haram.Apabila beliau mengetahui Tok Mufti,tidak merujuk kitab apabila bercakap atau memberi pandangan,Fadhil tidak teragak-agak mengatakan"HAMPEH!"

Baru-baru ini ke bazar Ramadhan Changkat Jering menemani DS Nizar,beliau melihat kakitangan Pejabat Tanah,lari tak mahu bersalam dengan DS Nizar."HAMPEH!"Spontan kata Fadhil Idris.

Bagi kami, Fadhil jangan berkata "Hampeh!' kepada kita.Hampeh atau hampas ,tidak ada nilai,kosong ,binatang pun tak mahu makan ,inikan kita yang mahu berubah pada bulan Ramadhan ini.

Esok 4 September berjumpa kita bersama DS Nizar.Dengar cerita rakyat menunggu DS Nizar ,mahu mendengar sendiri tentang pandangan DS Nizar perihal hampeh!Sila rujuk jadual DS Nizar dalam tulisan lalu.

No comments:

Post a Comment