Tuesday, October 13, 2009

Terima Kasih Bagan Pinang Mengajar Bukit Gantang Menjadi Matang

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar dan S/U Pas Kawasan Fadhil turut sama membantu jentera piliharaya PAS Bagan Pinang.


Ustaz Nordin Jaafar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas Pas Bukit Gantang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang di Bagan Pinang.

"Semoga kerja mereka diterima sebagai amal soleh"kata Ustaz Nordin Jaafar."Jadikan pengalaman di Bagan Pinang sebagai satu ilmu untuk meningkatkan kualiti kerja berpilihanraya"tambah Ustaz Nodin lagi.

Beliau juga meminta pengajaran tentang ketiadaan Kelab Penyokong Pas di UPU Pekan Seliau sebagai pengajaran untuk Bukit Gantang.

"Cawangan Pas yang mempunyai penduduk bukan Melayu ,perlu mempunyai Kelab Penyokong"tegas Ustaz Nordin.

Tuntasnya beliau mengharapkan Sdr Basher Ahmad ,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Bukit Gantang yang bertugas sepenuh masa di Bagan Pinang menjadikan Bagan Pinang sebagai satu kajian ."Bagan Pinang boleh membantu PAS Bukit Gantang terus mendekati rakyat tanpa mengira kaum,politik dan agama"tegas Ustaz Nordin.

"Kita kena terus bekerja, tanpa menanti pilihanraya" kata Ustaz Nordin."Ingat prestasi wakil rakyat kita akan dinilai rakyat" kata ustaz Nordin.

Ustaz Nordin juga mengharapkan kita melihat kelemahan diri untuk meningkatkan prestasi uslub dakwah dan politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment