Tuesday, April 26, 2011

Saman ekor:Terima Kasih YB Mahfuz Omar

Hari ini kita hidupkan cukai jalan van kita. Kita mempunyai dua saman ekor.Kedua-duanya kena sewaktu mengambil anak ,pada tahun 2010.

Sewaktu kempen suruh bayar saman oleh kerajaan Barang Naik,kita tidak mahu bayar.Kita mahu lawan mahkamah jika tidak dapat menghidupkan cukai jalan.

Kempen anti saman ekor yang diketuai YB Mahfuz Omar memberi kita semangat untuk tidak mahu bayar saman.Kita yakin PR menang PRU 13,saman ekor mansuh.

Kita masih untung tak perlu perlu keluar duit RM600.00 untuk dua saman ekor.Jika kita bayar dulu,sudah tentu kita ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Barang Naik.(BN).Dengan enam ratus ringgit kita boleh beli insuran dan hidup cukai jalan untuk 6 bulan.

Tekanan NGO Kase,pimpinan YB Mahfuz Omar,kerajaan Barang Naik menanguhkan dulu saman ekor.Hasilnya kita boleh perbaharui cukai jalan.Terima kasih YB Mahfuz Omar.(KLIK)

2 comments:

  1. tapi camne mereka yang dah bayar kerana takut kena blacklist ek?

    ReplyDelete
  2. Bagi mereka yang sudah bayar,Kerajaan baru PR Putrajaya mungkin perlu bayar balik?

    ReplyDelete