Monday, December 7, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU NUR SYAHIDA BT HJ ROSLAN SHAHARUM

Nur Shahida Roslan Shaharum sedang mendeklamasikan sajak pada sambutan Hari Raya Eidulfitri 1429 /16 November 2008"Kepadamu Yang Berhormat" anjuran Pas Kawasan dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.


Anak sulung Allahyarham Hj Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang 8 Mac 2008- Februari 2009 Sdri Nur Shahida binti Roslan Shaharum akan melangsungkan perkahwinan dengan Sdra Mohammad Yasir pada 19 Disember 2009,di rumah mereka Lot 10288,di Changkat Larang,Batu Gajah.

Sehubungan dengan itu PAS Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Safiah Harun,balu Allahyarham Hj Roslan Shaharum.

Menurut YDP Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar jasa dan pengorbanan Hj Roslan Shaharum hanya Allah s.w.t yang dapat menilainya.Justeru itu beliau mengharapkan Pimpinan Pas Cawangan yang mendapat undangan ke majlis perkahwinan itu dapat meluangkan masa meraikan keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum.

Beliau juga menyatakan pada tarikh yang sama berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat Malaysia di Syah Alam.Jadi beliau bersama Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris tidak dapat meraikan majlis itu kerana terlibat sebagai peserta konvensyen.

Selamat Pengantin Baru Nur Shahida Roslan Shaharum daripada PAS Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen serta rakyat Parlimen Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment