Sunday, August 16, 2009

Tiba PRK Terkenang Allahyarham Hj Roslan Shaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang

Gambar kenangan sewaktu Allahyarham Hj Roslan Shaharum ke rumah terbuka YB Trong Cikgu Rosli Husin pada hari raya aidilfitri 1429 hijrah

SAJAK YANG BERTAJUK:
idea asal oleh:AbuHasif
Dideklamasikan oleh:Nur Syahida bt Roslan Shaharum

UNTUKMU YANG BERHORMAT
Saat saban malam kau ke desa Meraih simpati dan undi
Dan saat kau tak segan
Bermain lecah dan selut di sawah
Kau hulur tangan pada nelayan Dipinggir pantai
Biar kau tahu hanyirnya Lekat sampai ke malam
Saat kau menangis hiba Melihat halamanmu penuh sampah 'kemiskinan'
Didepanmu debu 'rasuah' bertaburan
Entah dari mana datang bau busuk 'penyelewengan'
Dan betapa pincang sistem sosial yang berpenyakit itu
Yang semuanya menyedarkan mu
"Aku harus berbuat sesuatu!"
Lalu kau telusuri Jalan berliku
Saat itu aku tahu Tak ramai teman bersama mu Ramai juga yang lari
Malah ada juga yang malu-malu mengaku kawan
Tak kurang yang mencebik rasa
Dengan sinis berkata 'wang tiada,boleh menang ka!"
Dan kini kau sudah berdiri
Sebagai pemimpin dengan wajah berseri

Kau dijulang bangga
Dalam diam sudah ada yang mengira "untung kita,untung kita".
Ketahuilah Yang datang menjengukmu
Ada yang ikhlas membantu
Ada yang terharu
Ada yang berharap berubah sesuatu

Tak kurang yang dulu mencercamu
kini datang dengan fail dan surat
Minta diluluskan cepat peruntukan
kononnya untuk rakyat

Dalam diam mereka merembat!
Sambil megah mereka berkata
"dia sejama'ah dengan kita
Kita manfaatkan untuk kita sahaja
Sekat yang lain dari menghampirinya".
Mereka dulu pernah kau minta membantu

Jenteramu tak kukuh untuk bekerja

pitismu tak cukup untuk dihulur
pada sekelian rakyat yang merempat
Namun mereka membisu sambil malu-malu meminta diri
konon nanti dibawa wang berguni-guni jentera berlori
Hingga kini tak tertunai janji.

Ingatlah wahai Yang Berhormat
Diluar sana ramai yang bermuka talam
Konon-konon membantu
tapi menyamun konon-konon ikhlas
tapi merampas konon-konon sahabat
tapi musibat
Syaitan kadang-kadang tak malu mengaku malaikat
penipu kadang-kadang
tak malu mengaku jujur
penyamun kadang-kadang tak malu mengaku pejuang
Kau selidikilah mereka itu
yang kini datang merapati dirimu
yang dapat dengan senyum simpul
Dengan ketawa berdekah-dekah
Bisakah mereka menangis bersamamu?
Betapa ramai orang terdahulu sebelummu
Yang sedar dan insaf betapa rakyat harus dibela
tapi tersungkur juga akhirnya
bukan kerana tidak jujur
Tapi pembantu yang punya kepentingan
isi perut mereka diutamakan
Rakan 'sejama'ah' yang mendapat habuan
Sedang rakyat dibawah sana
membawa tempurung menagih janji
Yang kau sendiri taburi Anak-anak mereka seperti anakmu sendiri
Ditahan pembantumu
Dihalau keluar rakan sejama'ahmu
Lalu mereka mengadu Pada yang satu
Moga kau..... Ingatkah kau pada nenek tua dikawasanmu
Yang atap rumah nya bocor selalu
Ingatkah kau pada nelayan yang carik pukatnya patah dayungnya
Ingatkah kau pada ibu tua

Yang bersawah cara dahulu tanpa jentera dan mesin baru'
kerana peruntukan 'hanya lalu' kemudian masuk ke poket penghulu
YA,mereka ini yang pernah kau janji akan dibantu
Mereka inilah sahabatmu
Sentiasa tunduk malu kerana menghormati dirimu
Segan meminta Mahu hidup dengan usahanya sendiri
Tak pernah melawatmu
Kerana sedar kau punya tugas lebih besar tak seperti rakan sejama'ahmu konon datang membantu
tapi mengharapkan sesuatu Yang berhormat
Bukan mereka rakan sejama'ahmu yang mengundimu Ibu tua tanpa anak itu
Yang mengundimu
Nelayan beranak kecil
Yang tak mampu membeli susu
Yang mengundimu
Janda anak ramai Yang tak mampu disekolahkan itu
Yang mengundimu
Penjual nasi lemak dan air tebu Tanpa lesen itu
Yang mengundimu YA,mereka ini yang merempat
Yang mengundimu Rakyat marhaen
Yang tak pernah mengharap
Cuma doa saban waktu
Semoga kau terus sihat
Hidup dalam berkat
Bukan si penyangak berlakon alim
Bukan si rakan yang akan menerkam
Yang tak pernah menghulurkan bantuan Tika kau memerlukan
Mereka inilah sahabatmu
Yang pernah kau minta membantu
Tanpa segan silu
Memberi undi pada mu!

Justeru itu,
Dibawah naungan kubah keamanan
mari kita rapatkan saf
menadah tangan
dan berdoa
YA RABB,lindungilah rakyat dan negara ini
dari nikmat yang kian sirna

dari petaka yang bakal menjelma
Demiikianlah hari ni ada kesukaan yang mendukacitakan
menyemai benih fitnah
dan kedengkian
menyubur pucuk-pucuk semangat
melebarkan jalur persengketaan di tengah perladangan bangsa
Biarpun kita berselisih pandangan
biarpun kita tidak sefahaman
biarpun jalan tidak sehaluan namun demi agama,bangsa dan negara
Ada yang perlu kita korbankan
Dibawah naungan kubah keamanan
Mari kita sisihakan kejahatan dari kebaikan
Mari kita hindarkan kehuruharaan dari keamanan
Mari kita jauhkan permusuhan dari persahabatan
Mari kita lontar jauh kebodohan dari kebijaksanaan YA RABB,
kami wariskan keamanan itu
untuk seluruh anak bangsa.

Idea asal oleh:Gunawan Mahmood
Dideklamasikan oleh:Nur Syahida bt Roslan sewaktu sambut Rumah Terbuka Pas Bukit Gantang dan Ahli Parlimen

No comments:

Post a Comment