Showing posts with label man katak. Show all posts
Showing posts with label man katak. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Changkat Jering dianaktiri,20 tahun jalan tak pernah diturap.

CHANGKAT JERING - “Setiap kali ditanya, pasti jawapannya tiada peruntukan untuk naik taraf jalan,” kata Ketua Kampung Larut Ulu,(DUN Changkat Jering) Tajei Hussin.

Menurutnya, sampai bila penduduk mahu menunggu jalan diturap semula untuk jaminan keselamatan mereka.

“Terdapat beberapa jalan di kampung ini yang perlu diturap semula kerana tidak pernah diturap sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Tajei berkata, setiap tahun, pihak berkenaan masuk ke kampung dan menjalankan kerja menyukat jalan tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan dilakukan.

“Bagaimanapun, apabila ditanya kepada pihak berkenaan mereka memberitahu bahawa tiada peruntukan.

“Takkan setiap tahun berikan jawapan yang sama. Lebih baik mereka tidak masuk untuk menyukat,” katanya.

Beliau berkata, penduduk sering bertanya mengenai hal itu dan dia sendiri tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu diberikan.

“Kita selalu baca dalam surat khabar, kerajaan memberikan pelbagai peruntukan tetapi dalam hal ini, kami terpaksa menunggu lama.

“Jika peruntukan diberikan kepada kawasan lain, takkan setiap tahun permohonan kami, jawapannya tiada peruntukan,” katanya.

Katanya, jika dahulu penduduk menggunakan motosikal untuk keluar masuk ke kampung tetapi kini semuanya mempunyai kereta dan jalan sedia ada kini sudah tidak sesuai dilalui.

“Diharap beberapa jalan di kampung ini dapat diturap semula kerana sudah berlubang dan menyukarkan penduduk.

“Setakat ini, belum berlaku kejadian tidak diingini, langkah pencegahan perlu diambil sebelum penduduk ditimpa masalah lain,” katanya.

Thursday, August 4, 2011

Winnable dan likeable ,buat Ketua Bahagian Kempunan.

Kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung calon-calon Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti menjanjikan yang terbaik dengan menggunakan istilah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yakni winnable dan likeable candidate sebagai asas memilih calon BN.


Lantas kerusi Dun Changkat Jering bukan kerusi yang selamat buat BN.Bukan juga kerusi yang selesa untuk PR.Tetapi kena gayanya Changkat Jering satu DUN paling selamat buat PR.


Jika pandangan Zambry dan Najib diambil kira.Osman Jailu pasti melopong dan Ketua atau Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang juga kelihatan sudah melepas.Calon bukan pimpinan mungkin terpilih sebagai calon BN di Parlimen Bukit Gantang dan juga DUN.


Saturday, April 23, 2011

Kes rasuah:Osman Katak diarah bela diri.

IPOH 23 APRIL : ADUN lompat Behrang yang disumpah pengundi , Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah. Sementara ituADUN lompat Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Yang Arif Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman perlu membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula Jumaat,22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dianggap bernasib baik ,wakil lompat ini dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.


Thursday, April 7, 2011

Mungkinkah ini Osman Jailu- berkepit bini muda ?


Kita mendengar sudah lama ADUN Katak Osman Jailu berbini banyak.Osman Jailu guna Pengawal Keselamatan. Berjalan dalam DUN bercermin mata gelap.

Pegawai-pegawai dia di pusat khidmat,selalu bagitahu penduduk ,Ahli Parlimen banyak duit ,kalau hendak pi pusat khidmat DS Nizar.

Osman Jailu kalau ziarah penduduk waktu orang kampung tiada atau waktu gelap dan malam.Pegawai khas dia pun tumpang semangkuk.Osman Jailu balik Changkat Jering celum-celam pun mereka dapat sedikit hadiah.
sumber foto:blog mso

Tuesday, July 13, 2010

Osman Jailu Terus Berkuasa dia boleh marah YB Rosli?

Kita diberitahu orang kampung, Osman Jailu telah memarahi Rosli Husein kerana mengganggu DUN Changkat Jering.

Menurut Setiausaha JKKK ,beliau melihat Osman tidak akan hadir program di Changkat Jering jika YB Trong turut hadir.

Bagi Osman beliau penentu kerajaan.Osman mahu terus bertanding dalam PRU 13 menurut satu sumber .Jadi Osman berusaha untuk buat perjanjian dengan UMNO Bukit Gantang,jika mahu terus memerintah Perak ,dia mesti bertanding dalam PRU 13,dakwa sumber yang tidak mahu nama disebut.Jika tidak sidang Dun 3 Ogos ini macam-macam boleh berlaku?

Seorang penduduk kampung memberitahu jika Osman yang berjanji dengan orang kampung,Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian tidak akan membantu.Tetapi jika terus melalui Pusat Khidmat Trong,di Jalan Simpang,Taiping,YB Rosli pasti layan.

Masalahnya Rosli terus mengganggu Osman.Dakwa seorang JKKK yang kita kenal rapat Osman pernah menyindir YB Rosli,jikalau tidak kerana dia Rosli boleh gigit jari dan tidak merasa apa-apapun.Osman berbangga dengan khianat dia dengan rakyat.Dia seolah tidak terasa ,kerana doa orang yang mengundi dia tidak dimakbul Allah s.w.t. dakwa JKKK dalam Dun Changkat Jering.

Saturday, March 13, 2010

Siapa Tok Guru Yang Boleh Beri Amaran Tujuh Hari Kepada Osman Jailu.


Seorang pengundi mencadangkan rakyat atau pengundi Dun Changkat Jering juga membaca yassin dan solat hajat khusus untuk penjatuh sebuah kerajaan sah Osman Jailu.

Pengundi itu mencadangkan beri nasihat dalam tempoh 7 hari untuk Osman Jailu bertaubat dan kembali kepada PR atau meletak jawatan sebagai wakil rakyat Changkat Jering.

Jika masih berdegil kita rakyat solat hajat dan baca yassin tujuh hari.Semoga doa kita didengari dan Osman menerima balasan setimpalnya,kata pengundi itu lagi!

Kita menunggu siapa Tok Guru itu yang ingin memulakannya.Masih belum terlambat!

Wednesday, March 10, 2010

OSMAN JAILU UMPAN DUIT-kata P.A Osman

Osman Jailu dalam keadaan senyap bertemu seorang pimpinan PAS Cawangan,memberi bantuan.Pemimpin itu teruk dibelasah dalam mesyuarat.

Osman akan berkempen PAS kini telah menerima dia.

Jikalau kita bersembang dengan P.A yang dibayar gaji RM600.00 yang juga Ketua Kampung,P.A itu menyatakan Osman itu tetap menyokong perjuangan rakyat.Osman tidak bermusuh dengan PAS.

P.A itu kalau bertemu kita,tetap menyatakan Osman selalu tolong rakyat.P.A ini ahli PAS ,tetap mengaku ahli PAS.Dia tidak tahu dia menolong pengkhianat rakyat.Dia tetap menyatakan Osman dan dia menyokong perjuangan Islam.

P.A ini juga menyatakan jikalau Cikgu hendak minta tolong dengan Osman,dia sanggup uruskan.

Sunday, February 7, 2010

Osman Kau Tetap Bersalah Menjatuhkan Kerajaan Sah Rakyat.


Osman Jailu yang masih belum habis bicara .Kita pun hairan satu tahun rampasan kerajaan rakyat,perbicaraan seolah ditangguhkan.

Walaupun kita mengetahui melalui juak-juak Osman Jailu menyatakan YB Kapten Osman tidak bersalah,kita tetap mengatakan Osman Jailu pengkhianat Nombor Satu!

Kita tahu sejak dipilih sebagai calon,kita diberi maklumat oleh rakyat watak sebenar Osman Katak!

Rata-rata menyatakan Osman tidak boleh dipercayai.Rakyat yang memberitahu satu kompeni,satu sekolah dan satu kampung.Semuanya menyatakan PKR silap pilih calon.Tetapi menyatakan itulah pilihan PKR.

Semuanya semakin jelas apabila mereka terperangkap dengan nafsu dunia,rasuah dan sadekah seks.Dari situ mereka mula dibeli dan akhirnya jelas menjadi WAKIL RAKYAT mengkhianati amanah.

Cuba bayangkan ciri-ciri pengkhinat sudah mula kelihatan ,Osman tidak pernah bersolat Jumaat dalam Dun Changkat Jering.Dialog rakyat tidak pernah mahu hadir.Cari alasan sibuk dengan program kerajaan.Di samping itu SB menjadi teman rapat dan teman minum.Semasa terdapat program bantuan dermasiswa rakyat,YB Tai Sing Ng menyatakan Osman sibuk.Tarikh itu beliau ditangkap buat maksiat di Pulau Pinang.

Semasa mesyuarat penentuan calon Ismail Yusof dari PKR menyatakan calon kita yang terbaik.Cawangan kita yang terbanyak.Jentera kita semua peti undi.Semuanya PKR bagus.Tetapi sebenarnya jentera PAS yang bergerak.Semua yang mengaku PKR kuat ,telah masuk UMNO dan dapat habuan Osman Jailu.

Bagi kita pengundi sudah muak dengan PKR .Sudah tentu kita salah seorang pengundi itu.Jika hendak PR Menang di Changkat Jering,PAS mesti bertanding!

Osman kita tidak akan maafkan kamu!Pengkhianat sebuah kerajaan sah.

Monday, November 16, 2009

BUKTI HAK SPEAKER JELAS: KERUSI CHANGKAT JERING MESTI DIKOSONGKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang telah membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan kosong setelah di putuskan oleh Speaker DUN Kedah dan tindakan dangkal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan Suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih sebagai wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan adalah mengikut perundangan.

DPPN Pk juga menekankan bahawa SPR tidak boleh mengatasi kuasa Speaker adalah tepat dan ini sebagai rujukkan kes yang sama dengan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah melompat menjadi ADUN Bebas awal Februari yang lalu. Ini kerana V. Sivakumar, Speaker DUN telah memaklumkan perkara yang sama kepada SPR dan tindakan SPR bertentangan dengan peruntukan yang ada di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

DPPN Pk meminta supaya SPR menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi sepertimana semalam. 3 DUN di Perak juga perlu disegerakan untuk diadakan pilihan raya baru berdasarkan 'precedent' yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bersabitan pengosongan kerusi DUN Kota Siputih di Kedah semalam. DPPN Pk berharap SPR tidak bersikap 'double standard' dengan bersikap bersungguh-sungguh membuat rayuan terhadap kes tersebut sedangkan UMNO dan BN tidak membuat sebarang komen terhadap kes ini.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sunday, October 18, 2009

Nizar News:Osman Jailu Pengkhianat Bukan Kawan

Hari ini 18 Oktober Osman Jailu,Adun lompat mengadakan Rumah Terbuka Eidulfitri di perkarangan Pusat Khidmat Changkat Jering.

Pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang menerima SMS Osman PENGKHIANAT menjemput ke rumah terbuka Osman.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar menyatakan Osman mengharapkan kita masih berkawan.Lalu dibalas Ustaz Zulkifli Ahmad,Ketua Urusan Ulamak Pas Bukit Gantang,Osman pengkhianat bukan kawan.

Kata seorang teman India Sdr Ravi ,Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Bukit Gantang adalah haram kita pergi ke rumah terbuka Osman Pengkhianat.

Bagi penulis kita lebih baik pergi ke rumah terbuka YB Rosli Husein,Adun BN Trong,kerana jelas beliau UMNO/BN.

Kehadiran tetamu kebanyakan waris penerima Dermasiswa Rakyat.Mereka ,para penerima menerima RM1200.00 untuk pelajar ijazah dan RM600.00 untuk pelajar diploma.Inilah hasil perjuangan kerajaan Pakatan Rakyat,yang terpaksa BN buat.

Selama 51 tahun pemerintahan BN,sewaktu Perak kaya dengan bijih timah,UMNO langsung tidak peduli sama rakyat.

Terdapat dua orang ketua kampung semasa Pakatan Rakyat ,Kg Bt 6-7 Changkat Jering dan Kg Larut Ulu kekal sebagai Ketua Kampung.Kedua-dua mereka orang kesayangan Osman pengkhianat.Merekalah pembela Osman Pengkhianat.

Petang tadi, 6.05 petang,menerima satu panggilan dari Ketua Kampung Larut Ulu,meminta penulis jangan melayani mangsa banjir projek Gamuda-MMC Kg Air Kuning.

"Cikgu ,kenapa perlu layan empat orang itu"kata Tok Ketua Tajei Husein."40 orang lain yang perlu dilayani"kata Tajei lagi.

"Mereka berpegang pada janji Osman ,dalam dialog dulu"kata penulis."Osman rapat dengan Tok Ketua,jadi perlulah tolong rakyat"balas penulis.

"4 orang tu mengadu pada siapa?"tanya Tajei."Mereka minta tolong Harakah,sebab Osman dah janji nak tolong"kata penulis.


Saturday, September 19, 2009

Bukit Gantang:Changkat Jering H1N1 selamatkan Osman Jailu

H1N1 Selamatkan Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi

Oleh Annuar Kamaruddin

Syawal bakal menjelang. Seperti biasa para pimpinan, partai politik, YB-YB akan sibuk mengadakan rumah terbuka sebagai tradisi mempereratkan silaturrahmi sesama ahli, penyokong dan pengundi.

Bagi kami rakyat Perak amnya, dan pengundi DUN Changkat Jering dan Behrang khususnya tentunya ternanti-nanti bilakah YB akan mengadakan rumah terbuka. Mereka mendakwa mewakili rakyat dengan menjadi calon bebas sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan yang sebenarnya yang rakyat pilih.

Kalau betul rakyat dan pengundi setuju mereka menjadi calon bebas, tentu rumah terbuka mereka nanti akan begitu meriah dengan kehadiran begitu ramai pengundi, penyokong dan rakyat pelbagai kaum. Mereka pula akan berasa sangat puas hati dengan kunjungan yang begitu ramai.

Para wartawan dan jurugambar pula sibuk merakamkan suasana yang begitu meriah. Besoknya terpampang di dada akhbar. YB Bebas mendapat sokongan rakyat. Dan tentunya MB pula berjela-jela komentarnya. Dan yang pasti kutukan dihala kepada Pakatan Rakyat.

Tapi adakah begitu? YB-YB lompat ini sebenarnya sangat takut dan risau. Kalaulah mereka mengadakan rumah terbuka Hari Raya, dikuatiri rakyat dan pengundi bukan hadir untuk beraya, tapi nak tanya dan nak penjelasan ! Dan ada pula dah bersedia hendak meluku kepala YB-YB ni. Kalau begini parah jadinya. Jadi perlu mencari alasan.

Atas nasihat pihak berkuasa Kesihatan, tidak digalakkan membuat rumah terbuka. Walhasil, H1N1 Selamatkan Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi !

-dari blog cina islam

Saturday, September 12, 2009

Bukit Gantang dari pandang sisi:Jangan Bubar Dun -Kami takut kehilangan habuan

1.Kedah,pembubaran DUN amat ditakuti wakil rakyat BN.Mereka yakin akan kalah kepada kuasa rakyat .Wakil rakyat UMNO Kedah berdoa sakan di bulan Ramadhan ini supaya YAB Ustaz Azizan Razak jangan mendengar desakan Pimpinan UMNO supaya Bubar DUN Kedah.

Kebanyakan mereka tahu akan kalah dan tidak mampu untuk menanggung hutang yang banyak.

2.Perak desakan Bubarkan Dun disokong rakyat Perak,tetapi tidak SPR dan UMNO/BN.Kapten Osman Lompat Katak,lagi takut.Beliau pasti tidak dipilih bertanding,jikalau dipilih beliau yakin akan kalah. Osman Jailu melalui rakan-rakan dan pegawai beliau menyatakan ,kalah kena bicara dan penjara.Jikalau Perak masih bertahan sehingga PRU ke 13, Osman yakin selamat dan"aku tidak bersalah".Apa yang penting "aku dah kaya"

3.Yang suka BN atau Pakatan Rakyat ,mereka yang berjiwa kerdil tetapi bernafsu besar untuk mengaut kekayaan dan habuan negeri.Mereka masih teringin menjadi calon tetapi berjiwa kerdil.

Ingat ,dulu letak kayu dan tunggul pun boleh menang,bukan BN sahaja tetapi Pakatan Rakyat pun boleh begitu.Siapakah mereka Jamaluddin dan Osman Jailu?

Saturday, September 5, 2009

Dulu DS Nizar segala-galanya kini Osman Jailu ..aku dah kaya.

Adun Umno di Pulau Pinang ingin meletak jawatan kerana tak dapat habuan .Beliau ingin meletak jawatan kerana tidak sekaya Osman Jailu,tidak dapat bagi habuan kepada kroni dan kaum keluarga.

Politik ugut mengugut berjangkit dari Terengganu ke Pulau Pinang dan ke Negeri Sembilan.Bertambah pula Bagan Pinang,Parlimen Teluk Kemang pula bakal jadi anak emas.Pengundi Pos hampir 5000 orang.Inilah masa tuntut bonus,jikalau tak dapat "kami undi PAS".

Changkat Jering,heboh Osman Katak menolong rakyat,setiap Masjid dapat peruntukan moreh.Dengar cerita dari rakan rapat Osman ,anak Jailu ini dapat peruntukan 1 juta ringgit untuk projek pembangunan.

Ketua Kampung BT 6 /7(Dusun Madinah) difahamkan jadi Pegawai Khas Osman,bergaji RM600.00.Ketua Kampung ini ahli PAS, Kg Paya,Changkat Jering.

Timbul persoalan,bagaimana dengan keahlian PAS,bagaimana hukumnya bersama pengkhianat rakyat,bagaimana hukumnya bersama wakil rakyat kerajaan haram BN ini.

Ketua Kampung ini pula kelihatan senyum dan bangga,aku masih kekal Ketua Kampung bersama dengan Ketua Kampung Larut Ulu.

"Nak jumpa aku ,pukul 10 pagi,Pusat Khidmat Osman" kata Ketua Kampung BT 6/7.

Tuesday, July 7, 2009

Mengapa perlu pujuk Osman Jailu?Yang dah kaya!

UMNO Bukit Gantang pun tak mahu Osman ,kita pula terhegeh-hegeh merayu Osman.Biarlah Osman kaya dengan tuduhan mahkamah.Justeru kita pun hairan ,kenapa tiba-tiba mengharapkan Osman Jailu masuk balik PKR.Biarlah YB itu terjun dengan labu-labunya!

Sebagai salah seorang yang berkempen untuk Osman,kita tidak perlu watak seperti itu.Kita sepatutnya memberi tekanan kepada UBN untuk membubarkan DUN Perak.Tidak perlu bersusah payah menjemput Osman atau Jamaludin. Dahulu langsung tidak mahu menjaga ADUN,Pkr Bahagian membiarkan mereka bertindak sendiri,bersama dengan juak-juaknya.

Pernahkan mereka bertanya Osman kenapa tidak mahu berjumpa rakyat melalui program Solat Jumaat di 9 buah masjid dalam DUN Changkat Jering.Pernahkah mereka bertanya mengapa mesyuarat tanah daerah ataupun mesyuarat majlis tindakan daerah kekerapan mereka hadir amat mengecewakan.

Pernahkan mereka bertanya kenapa Hj Ismail Yusuf yang kerap hadir program munajat rakyat. Mungkin hanya Hj Ismail ,ahli Pkr bahagian Bukit Gantang.

Mengapa masih mahu memujuk mereka,sedang merekalah pengkhianat rakyat,merekalah menyebabkan Perak Nombor Satu Dalam Dunia.

Pakatan Rakyat perlu menguatkan jenteranya.Jentera yang mampu memikat rakyat.Ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Bukit Gantang milik kita.,insyaALLAH.Namun tidak kelihatan jentera PKR mendekati rakyat.?

Jangan kerana dapat RM1000.00 ,kita sudah menganggap Osman kini tidak bersalah.Ingat dosanya terhadap pengundi DUN Changkat Jering amat berat.