Saturday, April 23, 2011

Kes rasuah:Osman Katak diarah bela diri.

IPOH 23 APRIL : ADUN lompat Behrang yang disumpah pengundi , Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah. Sementara ituADUN lompat Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Yang Arif Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman perlu membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula Jumaat,22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dianggap bernasib baik ,wakil lompat ini dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.


No comments:

Post a Comment