Tuesday, July 7, 2009

Mengapa perlu pujuk Osman Jailu?Yang dah kaya!

UMNO Bukit Gantang pun tak mahu Osman ,kita pula terhegeh-hegeh merayu Osman.Biarlah Osman kaya dengan tuduhan mahkamah.Justeru kita pun hairan ,kenapa tiba-tiba mengharapkan Osman Jailu masuk balik PKR.Biarlah YB itu terjun dengan labu-labunya!

Sebagai salah seorang yang berkempen untuk Osman,kita tidak perlu watak seperti itu.Kita sepatutnya memberi tekanan kepada UBN untuk membubarkan DUN Perak.Tidak perlu bersusah payah menjemput Osman atau Jamaludin. Dahulu langsung tidak mahu menjaga ADUN,Pkr Bahagian membiarkan mereka bertindak sendiri,bersama dengan juak-juaknya.

Pernahkan mereka bertanya Osman kenapa tidak mahu berjumpa rakyat melalui program Solat Jumaat di 9 buah masjid dalam DUN Changkat Jering.Pernahkah mereka bertanya mengapa mesyuarat tanah daerah ataupun mesyuarat majlis tindakan daerah kekerapan mereka hadir amat mengecewakan.

Pernahkan mereka bertanya kenapa Hj Ismail Yusuf yang kerap hadir program munajat rakyat. Mungkin hanya Hj Ismail ,ahli Pkr bahagian Bukit Gantang.

Mengapa masih mahu memujuk mereka,sedang merekalah pengkhianat rakyat,merekalah menyebabkan Perak Nombor Satu Dalam Dunia.

Pakatan Rakyat perlu menguatkan jenteranya.Jentera yang mampu memikat rakyat.Ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Bukit Gantang milik kita.,insyaALLAH.Namun tidak kelihatan jentera PKR mendekati rakyat.?

Jangan kerana dapat RM1000.00 ,kita sudah menganggap Osman kini tidak bersalah.Ingat dosanya terhadap pengundi DUN Changkat Jering amat berat.

No comments:

Post a Comment