Sunday, February 7, 2010

Osman Kau Tetap Bersalah Menjatuhkan Kerajaan Sah Rakyat.


Osman Jailu yang masih belum habis bicara .Kita pun hairan satu tahun rampasan kerajaan rakyat,perbicaraan seolah ditangguhkan.

Walaupun kita mengetahui melalui juak-juak Osman Jailu menyatakan YB Kapten Osman tidak bersalah,kita tetap mengatakan Osman Jailu pengkhianat Nombor Satu!

Kita tahu sejak dipilih sebagai calon,kita diberi maklumat oleh rakyat watak sebenar Osman Katak!

Rata-rata menyatakan Osman tidak boleh dipercayai.Rakyat yang memberitahu satu kompeni,satu sekolah dan satu kampung.Semuanya menyatakan PKR silap pilih calon.Tetapi menyatakan itulah pilihan PKR.

Semuanya semakin jelas apabila mereka terperangkap dengan nafsu dunia,rasuah dan sadekah seks.Dari situ mereka mula dibeli dan akhirnya jelas menjadi WAKIL RAKYAT mengkhianati amanah.

Cuba bayangkan ciri-ciri pengkhinat sudah mula kelihatan ,Osman tidak pernah bersolat Jumaat dalam Dun Changkat Jering.Dialog rakyat tidak pernah mahu hadir.Cari alasan sibuk dengan program kerajaan.Di samping itu SB menjadi teman rapat dan teman minum.Semasa terdapat program bantuan dermasiswa rakyat,YB Tai Sing Ng menyatakan Osman sibuk.Tarikh itu beliau ditangkap buat maksiat di Pulau Pinang.

Semasa mesyuarat penentuan calon Ismail Yusof dari PKR menyatakan calon kita yang terbaik.Cawangan kita yang terbanyak.Jentera kita semua peti undi.Semuanya PKR bagus.Tetapi sebenarnya jentera PAS yang bergerak.Semua yang mengaku PKR kuat ,telah masuk UMNO dan dapat habuan Osman Jailu.

Bagi kita pengundi sudah muak dengan PKR .Sudah tentu kita salah seorang pengundi itu.Jika hendak PR Menang di Changkat Jering,PAS mesti bertanding!

Osman kita tidak akan maafkan kamu!Pengkhianat sebuah kerajaan sah.

No comments:

Post a Comment