Saturday, September 26, 2009

Pandang Sisi:Isu Selcat-kita jangan cepat menghukum Hasan Ali

UMNO sememangnya mencari helah untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.Selangor piilihan nombor satu Najib.

Kita para bloggers jangan cepat menghentam Hasan Ali.Ingat jangan jadi penyapu baru untuk D.O,akhirnya majoriti pengundi Melayu menyokong PAS dan PKR.

Kita ,Parti Islam Se Malaysia,menjadi dahan tempat orang Melayu bergantung,bukan UMNO lagi.Kegagalan kita untuk menangani isu Selcat,jangan menjadi seperti kita gagal menjelaskan isu tanah di Perak.

Ingat UMNO mengguna isu Melayu,dan pegawai kerajaan majoriti Melayu.Biarlah kita menangani isu Selcat dengan bijaksana,jangan kerana mendedahkan kelemahan pegawai tinggi kerajaan kita kehilangan sokongan pegawai kerajaan .

Jikalau mahkamah pun boleh bicara secara tertutup bagi kes tertentu,mengapa Selcat tidak menggunakan ruang bicara yang lebih adil dan telus untuk semua.

Berdasar pengalaman semasa kita memegang kerajaan sah Perak,pegawai tinggi kerajaan mengikut arahan parti pemerintah.

Bertindak bijak untuk mengekal kerajaan dan jikalau kita ingin memimpin negara selepas RU 13.

Bloggers Pas dan PR jangan cepat menghukum Dato'Hasan Ali.Keluar Pakatan Rakyat bukan urusan negeri.

Ingat UMNO menanti kesilapan kita untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Santai Raya dari Bukit Gantang:selesai dulu H1N1 baru fikir HPV



Semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian HPV bagi mencegah penularan kanser pangkal rahim yang melibatkan kos RM150 juta setahun.

Dan seorang wanita Melayu ,pakar dalam "bidan kampung" menyatakan orang Melayu perempuan yang berkhitan sejak bayi atau kanak-kanak ,insyaAllah sukar untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Kita juga menjadi hairan H1N1 belum selesai dan rakan-rakan di hospital menyatakan vaksin antiviral selesema babi yang dibeli tidak berkesan.Mereka menyatakan sebenarnya mangsa H1N1 banyak tidak seperti dinyatakan kementerian kesihatan.

Kini Pandemik H1N1 kedua diuar-uarkan,sedangkan Liow Tiong Lai seperti juga menteri kabinet Najib gagal.Menteri Pengangkutan isu PKFZ,Hishamudin pencabulan polis Sidang Dun Perak.Sementara Muhyiddin menipu dalam PPSMI.

Kita di Perak bersedia untuk memilih kerajaan baru milik rakyat.

Bukit Gantang News:27 September Nak tahu tentang Bubar DUN Perak,jom pi Rumah Terbuka DS Nizar.

DS Nizar pemimpin yang selalu bertanya khabar rakyat,jikalau datang ke Parlimen Bukit Gantang.

Sebentar tadi ,bersama teman Pusat Khidmat,Sdr Bon dan Sdr Fadhil pergi beraya ke rumah rakan-rakan.Soalan cepu emas yang ditanya kepada penulis,bila dijangka bubar DUN Perak.Penulis menjawab jangkaan bulan November.Selanjutnya jumpa DS Nizar esok.

Mereka,meminta hujah.Kita memberi hujah,pertama UMNO kena panggil sidang DUN paling lewat 7 November.Sidang bajet kali ini jika dipanggil bersidang pasti tegang.ADUN Pakatan Rakyat sudah bersedia mempertahankan hak mereka sebagai kerajaan rakyat.

Bajet yang dikemukakan BN,bajet yang memerlukan sokongan DUN Perak.V.Sivakumar speaker sah menanti bicara tentu sah speaker pada 29 September.Ganesan, Speaker Haram,tidak akan mahu menanggung risiko.Dia pun tahu prinsip Mahatma Ghandi,bukan Zamri sahaja.

Untuk kestabilan politik Perak, kembalikan hak rakyat untuk menentu sah sesebuah kerajaan.Bajet 2010 mesti diluluskan DUN Perak,dengan kemungkinan sidang DUN Perak tegang,UMNO akan memohon perkenan Tuanku membubarkan DUN Perak.

Dengan kes DS Nizar hanya dibicara pada 5 November di Mahkamah Persekutuan,6 November Jumaat dan 7 November Sabtu.Kerajaan "caretaker" milik UMNO,BN akan guna agensi kerajaan semaksima boleh.Dan bulan November ,bulan paling sesuai untuk UMNO mengadakan Pilihanraya Negeri Perak.

Jadi esok,27 September bermula pukul 9.00 pagi-1.00 tengahari kita semua rakyat Malaysia boleh ke Rumah Terbuka Eidulfitri DS Nizar dan Pas Kawasan Bukit Gantang,untuk mendapat khabar baru dari mulut DS Nizar.Rumah Terbuka DS Nizar dan Pas Bukit Gantang bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen,Tmn Matang Utama,tepi SMK Simpang.

Aturcara bermula pukul 9.00 pagi dan dijangkakan 9.20 pagi DS Nizar berucap untuk menyatakan Harapan Baru Rakyat Perak.


Sila datang,bawa keluarga,kita bertemu sesama rakyat menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat pimpinan DS Nizar.

Hidup Rakyat!Bubar DUN Perak!

Friday, September 25, 2009

Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN

Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan.

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.

Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.

Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.

TVAntara.com

Bukit Gantang News:PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_

harakahdaily.net

Jenazah Allahyarham Noordin Mohd Top Dibawa Ke Malaysia 1 Okt

Jenazah Noordin Mohd Top, yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah pada 17 Sept akan dibawa ke Malaysia pada 1 Okt.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri berkata jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.

"Khamis nanti baru diambil (jenazah itu)," katanya seperti dipetik media massa online tempatan di sini, Jumaat.

Beliau berkata jenazah yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu, yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di sini tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus.

Semalam tiga anggota polis Malaysia dilaporkan telah pergi ke Hospital Polri dengan diiringi para pegawai polis Indonesia, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media massa.

Menurut berita Bernama difahamkan tiada anggota keluarga Noordin dari Johor yang akan datang ke sini untuk menuntut mayat lelaki itu walaupun media massa tempatan melaporkan bahawa isteri dan abang Noordin akan ke sini pada 27 Sept.

Noordin dan tiga rakannya rakyat tempatan mati dalam serbuan polis itu yang melibatkan berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 200 kilogram bahan letupan, beberapa senjata lain, komputer riba dan dokumen.

Pengebumian seorang rakan Nordin dilaporkan menimbulkan masalah apabila sebilangan besar penduduk di kampung keluarganya menolak jika mayat itu mahu disemadikan di situ kerana tidak mahu nama kampung mereka dicemarkan dan dikaitkan dengan pengganas oleh masyarakat.

Thursday, September 24, 2009

Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat - PAS Perak


IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya.

Harakahdaily