Monday, November 2, 2009

Ketua Kampung Kerajaan DS Nizar Lawan Kerajaan Zamri

Bicara Kes Ketua Kampung Pakatan Rakyat saman Kerajaan Haram Zamri di Mahkamah Tinggi Ipoh esok, pada 3 November.

Keputusan dijangka diputuskan pada pagi itu.Perbicaraan bermula pada pukul 10 pagi .Sehubungan dengan itu ketua kampung seramai 816 orang diminta hadir untuk memberi sokongan kepada jawatankuasa bertindak ketua kampung.

Ketua-ketua kampung diminta bermunajat serentak pada malam ini di kariah masing-masing.YDP Pas Bukit Gantang berharap perbicaraan esok membawa berita baik untuk negeri Perak.

Sunday, November 1, 2009

SEKITAR KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT -DS NIZAR

7 November Bubar Dun Perak

Banyak orang bertanya,betulkah bubar DUN Perak pada 7 November.Bubar Dun Perak berlaku jikalau DS Nizar diputuskan Mahkamah Persekutuan sebagai MB Perak yang sah.

Namun begitu kita memohon DYMM Baginda Sultan perkenan membubarkan DUN Perak.

Bagi kita PAS Bukit Gantang sudah bersedia.Jentera di semua peringkat berpengalaman untuk menghadapi PRU 13 atau pilihanraya negeri.

Pas Bukit Gantang mengharapkan manifesto Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk dimaklumkan kepada rakyat.Manifesto yang memberi keadilan untuk semua,kebajikan untuk semua dan kemakmuran untuk semua.

Kita yakin jikalau Pakatan Rakyat membentang bajet tidaklah setakat 20 minit tanpa membahaskannya.

Pakatan Rakyat akan memberi peluang wakil rakyat untuk membangkit permasalahan rakyat.Bajet Pakatan Rakyat bajet rakyat,bukan bajet coco cola.

BUKIT GANTANG AKAN ADA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan Bukit Gantang akan berusaha bersama pimpinan PKR dan DAP Parlimen Bukit Gantang untuk mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat.

"Kita mungkin meminta setiap parti menghantar 50 orang pimpinan mereka"kata Ustaz Nordin."Tempat mungkin boleh dibuat di Dewan MPT Changkat Jering.".kata Ustaz Nordin.

"Kita akan berbincang dan memuktamadkan pandangan" tegas Ustaz Nordin.YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin berharap segala resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak dapat diambil perhatian dan tindakan.

"DS Nizar aset bagi kita"ujar Ustaz Nordin."Jikalau Perak mendahului zaman,Bukit Gantang membina sejarah"tambah Ustaz Nordin lagi.

Dalam pada itu Ustaz Nordin mengharapkan semua lapisan masyarakat ,khususnya ahli Pas mengadakan munajat kehadrat Allah s.w.t supaya kes DS Nizar pada 5 November ini berjaya.

NIZAR:PAKATAN RAKYAT PERAK MENDAHULUI ZAMAN

31 Oktober 2009
Resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

PAKATAN RAKYAT MELANGKAH GAGAH

IKRAR PESERTA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK
KALI PERTAMA YANG BERSIDANG DI HOTEL SYUEN IPOH

Bahawasanya kami peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak kali pertama yang bersidang di Hotel Syuen Ipoh dengan tema “Hidupkan Demokrasi Selamatkan Rakyat Perak”
sesungguhnya dengan sepenuh hati dan iltizam kami dengan ini berikrar :
- Akan memperkukuhkan pakatan rakyat Negeri Perak.
- Meningkatkan Usaha membuburkan DUN Negeri Perak, agar hak Rakyat dikembalikan.
- Akan memperkukuhkan perpaduan Parti disegenap peringkat.
- Azam yang berterusan menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.
- Terus memperbaiki dan menyusun Jentera Pilihanraya Parti bagi memenangkan Pakatan Rakyat Memerintah semula negeri Pera
k

Kertas Kerja DS Nizar:PENGALAMAN, PERMASALAHAN DAN CABARAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Berikut kertaskerja DS Muhamad Nizar Jamaluddin yang dibentangkan sewaktu Konvensyen Pas Perak Kali Pertama yang disampaikan pada 31 Oktober 2009 di Ipoh.

1.0 TUJUAN

Tertubuhnya Pakatan Rakyat Perak pada 9 Mac 2008, penentuan kedudukan MB dan pembahagian exco, ahli majlis, ketua JKKK, dll permasalahan serta penyelesaian serta cabaran .

2.0 FASA 1-Bubar Parlimen untuk PRU 12 pada 14 Februari 2008.

2.1 Manifesto

2.2 Pembahagian kerusi DAP(18), PKR(20) dan PAS(21)

2.3 Kempen sehingga 8 March 2008.

2.4 Senario pd senja dan malam 8 march hingga fajar 9 march 2009.

2.5 Kedudukan MB dan pembahagian exco

2.6 Surat perakuan setiap adun PR dan Sultan.

2.7 Angkat sumpah MB (17 March ’08), tunda (14 March 2008) , DAP protes akhirnya setuju.

2.8 Angkat sumpah exco pada 26 March 2008

2.9 Pertemuan dan perbincangan ketua DAP, PKR dan PAS berterusan.

3.0 FASA 2: Permasalahan dalam Pentadbiran dan pertemuan dengan smua penjawat awam: dan Istana

Tonggak Pentadbiran: Keadilan, Amanah, Ketelusan, Kewibawaan, Kebajikan atas segala tindakan:

Tanpa: Diskrimanasi, Perkauman, Agama, Jantina, Status, Kepartian dll.

Pertemuan serta penerangan dasar dgn

3.1 Perak (Perak Civil Servant) dan

3.2 Pegawai Persekutuan,

3.3 Pegawai (PTD). (SS, LA, SFINO, DO, MAYOR)

3.4 Penghulu, PTA

3.5 JKKK/pilihanraya

3.6 Penentuan ahli majlis/ PBT (15)

3.7 Pembahagian Ahli Lembaga Pengarah GLC dan ajensi kerajaan dikalangan PR.

4.0 Mesyuarat Exco. Memutuskan/menolak permohonan (90% hal berkaitan tanah) dan cadangan pembangunan dari pelabur luar dalam. Menambah hasil, mengurangkan pembaziran.

5.0 Persidangan DUN dan belanjawan 2009

6.0 Penerangan kepada rakyat di sekat namun diteruskan dgn unit penerangan pejabat MB, risalah/bulletin bulanan.

7.0 Pemberian kemudahan kepada masyarakat berpendapatan rendah dan kurang nasib baik.:

8.0 FASA 3-Cabaran dan Menangani serangan UMNO BN yg berterusan termasuk fitnah, tawaran rasuah dll.

9.0 Mengukuh-eratkan hubungan PR bagi mencerminkan dan membuat persepsi baru kepada PR. DAP, PAS PKR mula bertambah bijak dan matang dalam menangani masalah. Jalinan yang cukup baik sehingga dihormati rakyat: Hasilnya : bertambah hasil, zakat, keputusan syura (collective decision), keyakinan rakyat dll

10.0 FASA 4: Rampasan Kuasa, katak dan Istana

Modus operandi: Rasuah, tawaran, sedekah seks. Buat pertuduhan atau cari rekod lama. Ugut untuk didedahkan jika engkar. Diguna PRDM, BPR/SPRM/Kehakiman dan SPR

11.0 FASA 5: Pasca rampasan

Tindakan mahkamah, Politik, Speaker Dll

Laporan polis, mogok lapar, candle vigil, signature campaign dll

12.0 Konklusi

a. PR sedar bertanding dalam PRU bersendirian tidak bolih menggugat UMNO yg memecah dan perintah

b. PR mesti dikukuhkan dan jalinan persahabatan dan ukhwah mesti di meterai.

c. Fokus menumbangkan UMNO BN atas dasar mereka korupsi

d. Prinsip keadilan, amanah tanggungjawab, ketelusan. Wibawa dan kebajikan mesti jadi tonggak pentadbiran.

e. Hubungan rakyat, kakitangan kerajaan, istana dan ngo mesti dieratkan

f. Segala perbezaan di runding cara terbuka dan terbuka hati dan ikhlas. Collective decision dan kerap bertemu dan anjuran program bersama.

g. Mengenal pasti calun wibawa yg tiada dipersoal kewibawaan dan integriti

h. Hapuskan perkauman

HIDUP HIDUP HIDUP RAKYAT!

BUBAR BUBAR DUN PERAK !