Monday, January 4, 2010

Zambry seram sejuk menanti keputusan mahkamah!

Debaran Kian Terasa-oleh JJ


Walaupun Mahkamah Persekutuan masih belum menetapkan bilakah tarikh untuk keputusan kes DS Nizar dan Zambry tetapi debaran tetap terasa, bukan sahaja dirasakan oleh DS Nizar atau DS Zambry, tetapi debaran itu turut dirasakan oleh seluruh penyokong Pakatan Rakyat di negara ini, khususnya di negeri Perak.

Seram sejuk dibuatnya, apakah Zambry juga tidak terasa `seram sejuk' atau dia rasa cukup selesa untuk menghadapi keputusan mahkamah yang entah bila diketahui.

Seandainya keputusan mahkamah menyebelahi DS Nizar, satu kemenangan moral kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat. Yang pasti Nizar akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak mohon berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Plihanraya satu negeri pula, inikah yang Zambry dan Umno/BN yang takutkan.

Sekiranya Zambry menang, apakah dia akan mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan, Jika ini yang Zambry lakukan `tabik' buat Zambry. Kalau sudah menang rasanya Zambry tidak akan bertindak untuk mohon DUN dibubarkan

Jika Nizar menang beliau akan mengembalikan mandat kepada rakyat. samada pilih BN atau Pakatan Rakyat. Biar rakyat buat keputusan . Inilah pemimpin mendahulukan rakyat.Tetapi sekiranya zambry menang, apa macam, Pakatan Rakyat macam mana? Adakah Zambry juga akan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Agak agaknya Zambry akan buat macam tu? Mengikut firasat saya yang kerdil ini mana mahunya Zambry mengadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan. Mana mungkin orang yang sudah menang, tiba tiba pergi jumpa Sultan mohon perkenankan DUN dibubarkan.

Jika Zambry benar benar pemimpin Perak 1 Malaysia, sewaktu Perak tengah gawat dengan krisis yang melanda negeri ini, di saat itulah Zambry wajar mengadap Sultan mohon berkenan DUN dibubarkan.

Ada angin bertiup sama ada angin sepul sepul bahasa atau angin taupan tidak pula diketahui, kononnnya Zambry akan mengadap Sultan Perak mohon DUN dibubarkan sebelum keputusan mahkamah dibuat. Tidak diketahui `matan khabar angin' itu sama ada palsu atau sahih.

Bagi saya jika Zambry ada moral, ketika krisis melanda itulah dia kena mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan kerana dia antara pemimpin pemimpin BN yang menyanjung slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan.

Kalau di saat saat hampir tarikh keputusan dibuat oleh mahkamah baru dia hendak mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan,, tindakan itu jelas mementingkan' kuasa. Jika itu yang bakal terjadi, saya kira Zambry sudah tidak yakin dia boleh menang,

Apa pun seluruh rakyat Perak sedang menunggu penuh debaran, `penyokong penyokong Pakatan Rakyat `menanti hari esok' yang penuh ceria atau derita atau adakah `esok masih ada' buat Pakatan Rakyat Negeri Perak

7 Januari keputusan DS Nizar- Pilihanraya Perak Sudah Dekat?

DS Nizar bersalam dengan seorang ahli MCA ,pekan Trong.DS Nizar menyumbang sebuah kerusi roda untuk kegunaan beliau.DS Nizar tidak mengira ideologi politik,bagi DS Nizar rakyat diutamakan.Turut kelihatan YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.


Banyak yang bertanya bilakah berlakunya pilihanraya di Perak.Kita pun "mencongkil "maklumat dari DS Nizar.

Menurut DS Nizar PRK Perak tidak akan berlaku pada musim Tahun Baru Cina.Kemungkinan besar selepas tahun baru Cina.

Menurut satu sumber keputusan bicara DS Nizar ,Khamis ini 7 Januari ini.Menurut DS Nizar jikalau keputusan lambat dikeluarkan selalunya berita baik untuk kita.Di sinilah nanti DS Nizar diisytiharkan MB Perak sah.Sebelum keputusan akan diumumkan Zambry akan mengadap DYMM Sultan mohon perkenan bubar DUN Perak.Kalau boleh mereka mahu menjadi kerajaan "caretaker".

Pilihanraya sudah dekat,apabila DS Nizar menasihat kita supaya Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang bersiapsiaga.

Sementara itu ,Muhammad K.Y.Tiang menerangkan Osman sudah hilang dan ditahan"UMNO"."Osman ditahan sehingga ,dia tidak mengugut Zambry lagi.Satu sumber lain pula beritahu Osman dikawal supaya dia tidak lompat lagi.

Kita diberitahu satu sumber yang rapat dengan SUK ,di pejabat mereka sudah sibuk.Manakala dalam ceramah DS Nizar ,memberitahu kita Wakil Rakyat UMNO sudah bermalam bersama masyarakat orang asli.Mereka membekal seekor kijang dan 40 ekor ayam untukjamuan rakyat.

Kata Sha Reformasi pula Zambry sudah Qiamulail di "Masjid "dalam Parlimen Bagan Serai.Dalam sembang-sembang sama DS Nizar,kita dimaklumkan Umno sudah mula buat perjumpaan.Peruntukan terus diberi kepada Ketua Putri,Ketua Pemuda tidak lagi kepada Ketua Bahagian.

Sunday, January 3, 2010

POLIS Panggil YDP Bukit Gantang-Jangan guna corong.

Selesai sudah ceramah DS Nizar di Pusat Tarbiyyah Pas Taman Kuning Sari.Ceramah berlangsung dengan jayanya tanpa pergaduhan .Tidak ada kemalangan jalanraya dan kes pecah rumah.Tidak ada ahli Umno yang terbunuh.

Menurut Sdr Fadhil ,pihak polis beri syarat-syarat yang melucukan. Rasmi Markaz di Taman Kuning Sari dan "ceramah" di Markaz Negeri.

Kemudian pasang pembesar suara dalam markaz tak boleh lepas keluar.Jikalau melebihi akan dirampas.Buat juga ceramah "road block" akan dibuat. Kami akan panggil Ketua Cawangan jika masih berdegil.

Menurut Fadhil Idris,Setiausaha Kawasan ,Taiping berketuakan orang baru.Jadi mereka ingin membukti kuasa mereka dan tidak peduli dengan peraturan dan budi bicara zaman" Raja Musa".

Tetapi kita berharap mereka sedar bahawa berceramah di premis sendiri tidak perlu permit.Kita Pas tidak pernah mempunyai ceramah yang menyebabkan orang terbunuh.Malah dengan ceramah masyarakat kampung dan taman mempunyai medium baru untuk berhibur sambil mendapat info terkini.

Menurut DS Nizar ,premis kita tidak perlu takut.Menurut seorang pendengar ceramah,kenapa perlu ganggu ceramah sedangkan polis kena fikirkan masalah bagaimana enji jet boleh "melarikan diri"..Sementara itu seorang penduduk tempatan, menyatakan sepatutnya pihak berkenaan membantu mengatasi penyalahgunaan dadah di Kampung Air Kuning.Sebagai satu contoh kabel telefon kerap dicuri orang!

Najib- Harga Gula Kita Naik Takut Kencing Manis


Gula-gula BN bagus untuk rakyat, rakyat tidak mendapat penyakit kencing manis.Kita pun melihat BN semakin menggulai rakyat. Hidup Barang Naik!Bukan mampuih Barang Naik!

Gula-gula di bawah perlu dinaikkan harga kerana rakyat didahului.Najib berpesan jangan beli produk banyak "gula" kerana risiko tinggi,dapat kencing manis.Kita di bandar Taiping tak perlu minum cendol Taiping,sebab Najib sudah memberi amanat untuk rakyat tahun 2010."Biar hilang enjin jet, jangan makan gula"kata Najib Bukit Gantang."Kini hilang enjin jet,nanti hilang negara"kata Najib Matang."Nak heran apa,Singapura pun leboh" kata Najib Mendef!

Sehari bersama DS Nizar-Banyak yang kita dapat!


DS Nizar sampai ke Bukit Gantang mengikut jadual.Pada hari ini 2 Januari DS Nizar datang dengan Sdr Muhammad K.Y .Tiang, kita sempat bersama DS Nizar ke walimatulurus rakyat Bukit Gantang.Kita mengikuti DS Nizar ke majlis perkahwinan rakyat didua tempat.Pertama di Batu Hampar dan kedua di Bukit Cempedak.

DS Nizar meminta kita membuat yang terbaik untuk masyarakat.Pada hemat kita DS Nizar mahu kita menjuarai isu rakyat.Beliau mahu kita bertindak segera menyelesaikan aduan rakyat.Bagi beliau rakyat perlu dilayani.DS Nizar mahu Pusat Khidmat Ahli Parlimen bergerak proaktif,beliau meminta kita melihat masalah rakyat,bukan rakyat bertemu kita.Apa yang jelas beliau juga mahu PAS Cawangan juga bergerak aktif mendekati rakyat.

Di samping itu DS Nizar mahu Sekretariat Pakatan Rakyat,bukan sahaja Bukit Gantang tetapi ditempat lain juga perlu membuat kerja mendekati rakyat secara bersama.Bagi DS Nizar beliau mahu PAS,DAP dan PKR membantu rakyat .DS Nizar meminta kita menolong rakyat .Kita menolong rakyat tanpa masa dan had.Tidak perlu memikir siapa mereka.Tidak perlu tanya Cina,India atau orang kita.

"Jangan timbul isu ketuanan Melayu"kata DS Nizar.Menurut DS Nizar ketuanan Melayulah menyebabkan kezaliman ke atas rakyat."Ketuanan Melayu menyebabkan ketidakadilan "kata DS Nizar.Dengan isu Ketuanan Melayujugalah menyebabkan isu perkauman terus wujud.!

Kita juga melihat DS Nizar tidak perlu protokol.Beliau boleh bertemu sesiapa sahaja dan bersalaman dengan rakyat.

DS Nizar juga meminta PAS Kawasan Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi pilihanraya."Cikgu boleh bangkitkan dalam mesyuarat PAS Kawasan supaya UPU dan MTD diaktifkan kembali"kata DS Nizar."Cikgu pilihanraya sudah dekat"ujar DS Nizar.

Banyak cerita yang kita dapat apabila bersama DS Nizar,yang akan kita kongsi bersama nanti.Moga-moga minggu mendatang kita boleh bersama DS Nizar lagi.


DS Nizar dari pandang rakyat- 3 bukti tanpa protokol!


DS Nizar terus bertemu rakyat di dapur,tanpa rasa kekok DS Nizar bertanya khabar .Bagi DS Nizar rakyat tidak perlu dibezakan.Tanpa tukang masak bagaimana kenduri kahwin boleh berjalan lancar.


DS Nizar melawat Tuan Haji Abdul Samat Abdul Rani Guru Cemerlang SK Toh Johan Trong yang sedang mendapat rawatan di Hospital Taiping. DS Nizar berama Sdr Khairul Anwar Ismail sedang bertanya khabar?Lihat DS Nizar mempunyai pas lawatan .Beliau juga rela menunggu seperti orang lain.

DS Nizar juga beratur bersama rakyat untuk mengambil makanan di Walimahtulurus anak Hj Ismail BT 26,Batu Hampar,Bruas.DS Nizar begitu mudah bersama rakyat.Bagi beliau tidak perlu melayani sebagai VIP,cukup dilayani sebagai tetamu biasa.

Friday, January 1, 2010

DS Nizar hari ini bertemu rakyat di Bukit Gantang!

DS Nizar hari ini ke Bukit Gantang untuk bertemu rakyat. Jadual bermula pada pukul 12.15 tgh sehingga pukul 3.00 petang untuk ke majlis walimahtulurus rakyat.

Pada pukul 3.30 petang satu dialog rakyat akan berlangsung di DUN Kuala Sapetang.Tazkirah Maghrib pada pukul 7.30 malam di Surau Kg Cheh Sebarang,Bukit Gantang.

Sementara itu pada pukul 9.30 malam perasmian Pusat Tarbiyyah Pas Taman Kuning Sari .Orang ramai yang berdekatan di jemput hadir.