Sunday, January 3, 2010

Sehari bersama DS Nizar-Banyak yang kita dapat!


DS Nizar sampai ke Bukit Gantang mengikut jadual.Pada hari ini 2 Januari DS Nizar datang dengan Sdr Muhammad K.Y .Tiang, kita sempat bersama DS Nizar ke walimatulurus rakyat Bukit Gantang.Kita mengikuti DS Nizar ke majlis perkahwinan rakyat didua tempat.Pertama di Batu Hampar dan kedua di Bukit Cempedak.

DS Nizar meminta kita membuat yang terbaik untuk masyarakat.Pada hemat kita DS Nizar mahu kita menjuarai isu rakyat.Beliau mahu kita bertindak segera menyelesaikan aduan rakyat.Bagi beliau rakyat perlu dilayani.DS Nizar mahu Pusat Khidmat Ahli Parlimen bergerak proaktif,beliau meminta kita melihat masalah rakyat,bukan rakyat bertemu kita.Apa yang jelas beliau juga mahu PAS Cawangan juga bergerak aktif mendekati rakyat.

Di samping itu DS Nizar mahu Sekretariat Pakatan Rakyat,bukan sahaja Bukit Gantang tetapi ditempat lain juga perlu membuat kerja mendekati rakyat secara bersama.Bagi DS Nizar beliau mahu PAS,DAP dan PKR membantu rakyat .DS Nizar meminta kita menolong rakyat .Kita menolong rakyat tanpa masa dan had.Tidak perlu memikir siapa mereka.Tidak perlu tanya Cina,India atau orang kita.

"Jangan timbul isu ketuanan Melayu"kata DS Nizar.Menurut DS Nizar ketuanan Melayulah menyebabkan kezaliman ke atas rakyat."Ketuanan Melayu menyebabkan ketidakadilan "kata DS Nizar.Dengan isu Ketuanan Melayujugalah menyebabkan isu perkauman terus wujud.!

Kita juga melihat DS Nizar tidak perlu protokol.Beliau boleh bertemu sesiapa sahaja dan bersalaman dengan rakyat.

DS Nizar juga meminta PAS Kawasan Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi pilihanraya."Cikgu boleh bangkitkan dalam mesyuarat PAS Kawasan supaya UPU dan MTD diaktifkan kembali"kata DS Nizar."Cikgu pilihanraya sudah dekat"ujar DS Nizar.

Banyak cerita yang kita dapat apabila bersama DS Nizar,yang akan kita kongsi bersama nanti.Moga-moga minggu mendatang kita boleh bersama DS Nizar lagi.


No comments:

Post a Comment