Tuesday, February 2, 2010

Ini watak Nasir Safar dan watak Najib?-rasis lagi perkauman

Jikalau terdapat perjumpaan bersama bapak menteri atau pegawai khas Mamanda Menteri,jangan tanya banyak soalan.Nanti kita pula dilucutkan kewarganegaraan

Teringat dalam dialog bersama orang besar Jabatan Pelajaran,tersilap tanya akan ditukar sekolah.Semasa itu kenaikan gaji statik lah yang kita dapat.

Kita tengok muka Nasir Safar pun kita takut,walaupun kini bukan lagi Pegawai Khas DS Najib.Kita pun hairan polis tak pergi siasatkah.Laporan polis telah dibuat oleh YB Speaker PerakTuan Sivakumar.

Kita bukan mahu Nasir Safar ditahan di bawah ISA.Kita mahu Dato' Nasir dibicarakan di mahkamah terbuka.Kalau boleh Najib lantik peguam untuk membela Nasir Safar.Buatkata Dato'Mahfuz orang seperti ini yang mungkin menghasut penduduk supaya tidak bersatu.

"Sama ada kenyataan Nasir (gambar kiri) itu mencerminkan pemikiran Najib atau sebaliknya, rakyat mungkin menganggap 1Malaysia yang dibawa oleh Najib seolah-olah seperti '1Puaka'. kata YB Mahfuz.

"Tak kiralah ia (kenyataan Nasir) adalah pemikiran Najib atau tak, saya melihat bahawa 1Malaysia Najib seolah-olah dilihat rakyat seperti '1Puaka',” tegas YB Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa aktiviti vendalisme ke atas gereja-gereja sejak beberapa minggu yang lalu juga disebabkan kenyataan berbaur cauvenisme di kalangan pemimpin-pemimpin Umno seperti Nasir sendiri.

Ditanya tentang cadangan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu supaya Nasir dikenakan Akta Hasutan, Mahfuz berkata, Nasir sepatutnya didakwa secara bebas dan adil di mahkamah sama seperti rakyat yang lain apabila mencetuskan kenyataan yang berunsur provokatif tersebut.sumber

Gong Xi Fai Cai-Selamat Tahun Baru Cina-Kita mesti berani!



Apa yang kita faham DS Nizar meminta masyarakat Tionghua supaya berani.DS Nizar juga mengharapkan Tahun Harimau satu tahun rakyat perlu berani berubah.

Bagi Perak ,rakyat perlu berani berubah untuk kesejateraan rakyat.Satu tahun yang membawa Sistem Kehakiman kembali kepada landasan Perlembagaaan Perak dan Malaysia.

Perkongsian Pintar!-Kongsi ....untuk masyarakat.

Feb 3rd, 2010 | Anaz, PerakEX TV,

… Mawi berceramah dengan Pakatan Rakyat

Dato' Seri Anwar -denyut nadi perjuangan rakyat!


Sejarah membuktikan Ketua Polis Negara memukul DS Anwar.Ke manakah agaknya Rahim Noor menghilang?

DS Anwar Ibrahim terus diberi ujian.Hari ini dan esok perbicaraan DS Anwar meminta keadilan.

Kita mengharapkan terdapat hakim yang berani.Kita mengharapkan keluarga DS Anwar tabah dan terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Mungkinkah perbicaraan kali ini mencetuskan reformasi 2 untuk memungkinkan Putra Jaya milik rakyat.Sesuai dengan NCER untuk 5 wilayah kita mendapat 5 kerajaan PR.Adakah mungkin dengan pengenalan 1 Malaysia.PRU 13 satu Malaysia milik Pakatan Rakyat.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan kepada Anwar.Bagi kita perjuangan membela rakyat perlu diteruskan.Buat kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor,kita menyokong Anwar kerana beliau dizalimi.

Monday, February 1, 2010

CERAMAH KUDETA KERAJAAN RAKYAT PERAK


Ceramah Ulangtahun Kudeta kerajaan Perak berlangsung pada malam ini.Ceramah anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu bertempat di Markaz Pas Larut Tin Dalam DUN Cangkat Jering.
Masyarakat cintakan keadilan dan menolak kebatilan dijemput hadir.Hebahkan kepada jiran,kaum keluarga dan pencinta demokrasi.

Tantatif program seperti berikut:

2 Februari 2010
9.15 malam - Ceramah Kudeta

Penceramah: DS Nizar Jamaluddin Speaker
YB Sivakumar

Tn Hj Ismail Yusof


Tempat: Markaz Pas Larut Tin

Terkenang Pilihanraya-Rumah Allahyarham Cikgu Mat Jali Tempat Ceramah.


DS Nizar sempat melawat Allahyarham pada 31 Januari pada pukul 8.38 pagi di Hospital Taiping.

Seorang lagi orang kuat Pas peringkat cawangan kembali ke rahmatullah.Saya mula mengenali Cikgu Mat Jali sejak pilihanraya kecil Changkat Jering 1997.

Pilihanraya kecil itu saya menjadi pengerusi Majlis di rumah Allahyarham di Taman Menteri.Sejak itu saya berkenalan seorang guru pencen yang bergiat aktif dengan PAS sehingga Allahyarham Cikgu Mat Jali keuzuran.

Tahun 1999 sewaktu Ustaz Idris dan Hj Roslan Shaharum bertanding sekali lagi satu ceramah kempen pilihanraya berlangsung di rumah beliau.Saya tetap menjadi pengerusi Majlis.Selepas ceramah kami dijamu makan.Begitu pemurahnya Allahyarham.Apabila kita ingin memberi duit api,allahyarham tidak mahu menerima.

Pilihanraya umum 2004 Ustaz Nordin Jaafar bertanding DUN Changkat Jering dan Dr Lo'Lo' bertanding parlimen.Ceramah kempen tetap berlangsung.Pada kali ini saya menjadi penceramah pertama.Rumah Allahyarham tetap lokaliti yang sesuai untuk ceramah.

Sementara itu pada tahun 2008 sekali lagi PRU berlangsung.Rumah beliau seolah dilupakan.Sehingga pada ingatan kita beliau meminta satu ceramah di rumah beliau.Kita menyatakan ditanggung beres.Kita pun mengatur program ceramah,kebetulan kita semasa itu Setiausaha Jabatan Pilihanraya Kawasan .Kita tetap juga menjadi pengerusi dan penceramah.!

Namun kerana kesibukan kita semasa PRK Bukit Gantang sewaktu DS Nizar berceramah di rumah Allahyarham Cikgu Mat Jali ,kita tidak dapat menyertai ceramah.Kita semasa itu mempunyai tugas penting bilik operasi PRK Bukit Gantang.

Apa yang jelas Allahyarham berjaya menjadi ahli PAS yang baik di tengah-tengah penduduk yang kaya dengan budaya UMNO.

Alfatihah untuk Allahyarham.Mereka yang berkesempatan esok solat jenazah pada pukul 11 pagi ,di Surau Taman Menteri,Changkat Jering.

Saya Pegawai Khas sanggup berdebat dengan Zamri!

Dalam wawancara Setahun Melayari Arus di Perak FM hari ini, Zambry telah mencabar PR membubarkan 28 kerusi yang dimemangi secara sah dalam pilihanraya yang lalu. Kenyataan ini bukan sahaja sombong tapi paling bodoh dan dangkal seorang Menteri Besar haram Perak. Mengapa 28 kerusi PR yang dibubarkan, pembubaran 28 kerusi tidak akan berlaku, melainkan mengosongkan kerusi melalui perletakan jawatan beramai-ramai, bila kerusi dikosongkan dalam tempoh 5 tahun semua calon PR tidak boleh bertanding semula.

Pembubaran hanya boleh berlaku pada DUN Perak, pembubaran DUN membolehkan pilihanraya semula diadakan bagi memilih kerajaan yang baru. PR dipilih oleh rakyat melalui suara demokrasi yang sah, sedangkan pembentukan kerajaan BN dibuat dengan cara rampas kuasa melalui pengkhianatan rakyat oleh 3 orang ADUN PKR dan DAP. Rakyat tidak merestui pengkhianatan ini.

Sepatutnya DUN Peraklah yang wajib dibubarkan, rakyat akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan yang baru, atau 3 orang pengkhianat inilah yang wajib kosongkan kerusi untuk membolehkan pilihanraya diadakan di tiga-tiga kerusi tersebut.

Rakyat Perak sangat malu mempunyai MB yang sangat sombong, bodoh lagi dangkal. Kalau memang benar rakyat bersama mereka, sepatutnya Zambry mengadap Tuanku bagi memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

Saya juga mencabar Zambry berdebat dengan Nizar bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam tempoh setahun PR memerintah dengan setahun BN merampas. Siarkan debat tersebut secara live di media arus perdana. Selepas berdebat, esok bubarkan DUN bagi membolehkan rakyat menjadi hakim yang adil dalam menilai pencapaian kerajaan masing-masing. Harap ada mana-mana stesyen TV berani menganjurkan debat ini.

Saya rasa kalau setakat berdebat dengan Zambry tak payah Hj Nizar, pegawai-pegawai khasnya juga mampu berdebat dengan Zambry.

Walau bagaimanapun saya selaku Setiausaha Perhubungan PAS Perak merangkap mantan Setiausha Politik Hj Nizar akan mengutus surat supaya Zambry menyahut cabaran debat dengan Nizar.-Ustaz Misbah