Friday, February 5, 2010

DSAI HATI-HATI DENGAN SAIFUL!


Sepol mengaku"buat fitnah" di "anu kan" pada 26 Jun, tetapi menurut DSWA esoknya 27 boleh bersama dengan mereka.Kita pun hairan hendak mohon biasiswa tetapi tak cerdik,dapat pula jumpa Najib!Kelihatan Sepol tukang bancuh kopi melayani Kelab Anwar Ibrahim pada 27 Jun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya.

"Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.

Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.

Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan kira-kira dua minggu lepas.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.

Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar di internet - ketiga-tiganya hari ini menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar.

Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.

Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

"Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."

Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.

Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.

Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.

Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.

"Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".

"Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan alamat pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."

Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.

Sementara itu, sumber di kampus lamanya memberitahu, beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi dan dekat dengan kerajaan dalam majlis pelajar tersebut.

Di kampus itu, ahli-ahli MPP lazimnya tidak condong kepada mana-mana kumpulan politik, tambah sumber.

Mohd Saiful juga pernah mengajak beberapa rakannya menyertai Umno.

"Dia pernah mengajak saya menyertai Puteri Umno. Saya terkejut juga pada mulanya," kata sumber, yang mengenalinya.

Kata sumber lagi, sikap Mohd Saiful yang pro-Aspirasi kelihatan lebih ketara selepas pulang menghadiri seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Filipina penghujung Januari tahun lalu.

Seminar di luar negara itu disertai oleh pemimpin mahasiswa institusi pengajian tinggi dan swasta yang terpilih dari seluruh negara.SUMBER

Zambry Takut Kalah Lantik Ahli PBT semula!

IPOH, 5 Feb: Ramai terkejut dengan tindakan kerajaan Umno negeri itu apabila menyegerakan perlantikan semula semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedangkan perkhidmatan mereka belum lagi tamat tempoh.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh berkata, Umno kini berada dalam keadaan terdesak dan yakin tindakan tersebut ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang kan menentukan Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini.

"Pemuda PAS Perak melihat tindakkan tersebut juga menunjukkan bahawa mereka mahu terus menguasai PBT walaupun berlakunya perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri," katanya.

Tindakkan kerajaan Umno itu katanya adalah untuk memastikan PBT baru tidak dapat berfungsi jika berlaku perubahan kepimpinan Kerajaan Negeri. seperti terjadi selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Pemuda Perak jelasnya kesal dengan tindakkan tersebut yang membelakangkan kehendak rakyat sepertimana yang telah di lakukan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Dengan menguasai PBT ini, mereka akan cuba menyekat hubungan rakyat dengan Kerajaan Negeri.

"Kita membantah sekeras-kerasnya perlantikan ini kerana ianya tidak mencerminkan demokrasi sepertimana kehendak rakyat. UMNO / BN perlu kembalikan hak rakyat yang telah mereka cabuli," katanya.

7 Februari 2010-ROAD TOUR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT KE BUKIT GANTANG

Pada 7 Februari ini bertempat di Pekan Changkat Jering pimpinan PR Negeri Perak akan sampai ke Bukit Gantang.

Pimpinan PR yang menaiki bas akan sampai di Pekan Changkat Jering pada pukul 3.30 petang.

Pimpinan PR akan bertemu masyarakat Parlimen Bukit Gantang untuk menujukkan komitmen tinggi untuk mentadbir negeri Perak.

Menurut YB Drs Khalil Idham Lim,Setiausaha Sekrertariat PR Perak,konvoi Pimpinan ini merentasi negeri Perak Selatan-Utara.

Dijangkakan Pimpinan PR diketuai DS Nizar akan bertemu masyaraka Changkat Jering dan mengedarkan risalah kebaikan Kerajaan PR Perak.

Sehubungan dengan itu mereka yang berhampiran dijemput hadir tanda sokongan kita dengan PR Perak.Tanda sokongan kita untuk pembubaran DUN Perak.

Thursday, February 4, 2010

DS Nizar beli hakim!Boleh percayakah!

Sewaktu Ceramah Kudeta Kerajaan Perak baru-baru ini kita telah menyentuh terdapat tukang kempen UMNO telah berucap dalam satu majlis anjuran PIBG dalam DUN trong menyatakan DS Nizar akan kalah.

Mereka ini berhujah Zambry akan menang berdasarkan peruntukan perlembagaan dan undang -undang tubuh kerajaan Negeri Perak.

Tukang kempen ini tergamak menyatakan kepada ibu-bapa di Sekolah Toh Johan ,Trong jikalau DS Nizar menang kes 9 Februari ini ,Nizar membeli para hakim.

Berapa juta DS Nizar membeli para hakim empat atau tiga orang hakim penceramah UMNO ini tidak menjelaskan.

Kita yang sering mengikuti DS Nizar pun mengetahui DS Nizar terpaksa menjaga 4 Dun dengan jumlah pengundi lebih 70 ribu orang.Mana mungkin DS Nizar mempunyai duit sekupang dua mampu membeli hakim.

Kita berharap jika betul bagai didakwa,kita mengharap tukang kempen UMNO melaporkan kepada SPRM.SPRM cepat bertindak jika pimpinan pembangkang yang terlibat.Sepertimana kes rasuah dan sadekah seks dua ADUN katak!Kini apabila mereka menjadi penyokong tegar BN kes mereka pun senyap sunyi.

Kita juga difahamkan oleh orang sekeliling Osman Jailu ,teloq Zamry kena jentik selalu."Justeru itu poket kami penuh dan melimpah" dakwa orang kuat Man Katak!

Wednesday, February 3, 2010

Santai SEPOL-Bila kita ambil tindakan budak sekolah pun cuba elak!

Kita berpengalaman sebagai guru disipilin.Selama tiga tahun sebagai Ketua Guru Disiplin.Banyak pengalaman yang kita dapat.

Antaranya mengurus pelajar,menyiasat pelajar dan mengambil tindakan.Banyak ragam yang kita jumpa!

Sewaktu kita hendak merotan,terdapat pelajar yang lari.Terdapat pelajar yang cuba mengelak menggunakan tangan.Terdapat pelajar yang melapik buku dipunggung untuk mengelakkan kesakitan.

Walaupun kita marah,pelajar tetap mencari jalan untuk mengelak dirotan.Walaupun kita guru disiplin mempunyai pasukan,pelajar bermasalah akan lari !Mereka jauh lebih muda dan bertenaga.Jarak umur seperti Sepol dan DSAI.

Satu lagi kita mempunyai anak gadis,yang sering diganggu sewaktu balik sekolah.Anak kita berupaya menyelamatkan diri pergi ke kedai sebelum menelefon kita.Dan kita membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bukan seperti Sepol dituduh di"dubur" pada hari Khamis.Jumaat masih bersama keluarga DSWA.Sabtu mula merancang niat jijik lagi keji terhadap DSAI.

Kita juga membaca kes pencabulan maruah gadis kebanyakannya melawan dan terdapat tanda melawan pada tubuh mereka. Pada tubuh SEpol ini kita melihat tidak ada tanda melawan.!

Jikalau mengikut YB Lee Boon Chai,Naib Presiden PKR yang juga doktor Pakar DNA Anwar telah disimpan sejak kes pertama DSAI lagi.Jadi dakwa Dr Lee Boon Chai ,macam-macam boleh berlaku!

Kini kita baca skrip jawapan di bawah!Seolah-olah terdapat guru"UMno" yang mengajar pelajar supaya memburukkan imej kita di mata sekolah dan pelajar!

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Dua Tokoh-Dua Ujian- Dua Bakal PM?


Gambar ini diambil pada tahun 2009,semasa PRK Bukit Gantang.Apa yang kita dengar DS Anwar sewaktu kempen di Bukit Gantang,menyatakan DS Nizar pemimpin harapan beliau dan pemimpin pelapis.Dan jika tidak silap dengar DS Anwar menyatakan DS Nizar pengganti beliau.

Kini kedua-duanya menghadapi ujian besar.Masing-masing berjuang memohon keadilan.Masing-masing tahu sejarah sistem kehakiman Malaysia.

Namun kedua-dua mereka percaya Allah s.w.t yang maha kuasa dan maha adil.Dengan doa rakyat Malaysia, kedua-dua tokoh itu akan berjaya menghadapi ujian.Inilah ujian untuk meningkatkan iman seseorang!

Selamat berjuang rakyat Malaysia.Selamat berjuang DSAI dan DSNJ

Konspirasi 2 : Rayuan DSAI Pohon Akses Bukti Pendakwaraya Diketahui Selewatnya Jumaat Ini

YDP PAS Bukit Gantang bersama DS Anwar Ibrahim sewaktu kempen PRK Bukit Gantang 2009.PAS Kawasan Bukit Gantang mendoakan DS Anwar terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan membela keadilan,kebenaran dan menolak kebatilan.


Tindakan berterusan menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan dokumen relevan bagi menyediakan pembelaan rapi akan merencat proses keadilan.


Peguam Karpal Singh berkata amalan memberikan dokumen relevan kepada pihak tertuduh adalah proses biasa di kebanyakan negara namun Anwar nampaknya dikecualikan daripada mendapat hak itu.

Beliau berkata demikian setelah menemui Hakim kanan Mahkamah Persekutuan Tan Sri Alauddin Mohd Shariff di Putrajaya.


Tan Sri Alauddin berjanji menetapkan tarikh pada minggu ini untuk Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan mahkamah sama menafikan Anwar dari mendapatkan dokumen berkenaan.


“Selewat-lewatnya hari Jumaat untuk mendapatkan tarikh semakan semula perbicaraan. Malah saya minta untuk dipercepatkan kalau boleh esok saya mahu tahu tarikhnya” kata Karpal.


Bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar termasuk rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan oleh doctor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan .


“Kami mahu perbicaraan yang adil. Perbicaraan adil hanya boleh wujud jika pihak peguambela diberikan peluang untuk memiliki dokumen. Walaupun mendapatkannya semasa perbicaraan. Peguambela berhak mendapatkan dokumen supaya kami boleh membina strategi. Seperti negara lain. Tetapi ia tidak sepertimana yang berlaku di sini" ujarnya lagi.


Menurut Karpal, pihaknya akan turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam untuk menolak permohonan menggugurkan tuduhan berkenaan terhadap Anwar.


Perbicaraan Konspirasi dua membabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar akan bersambung di

Mahkamah Tinggi pada pukul 2.30 petang nanti.


Anwar akan memohon sepina meminta supaya Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya dipangggil sebagai saksi kerana mereka bertemu dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum Saiful membuat dakwaan itu.


Najib pada mulanya berdolak dalik mengenai pertemuan itu pada tahun lalu tetapi kemudian mengakuinya apabila berita pertemuan itu bocor dan tersebar di media alternatif.

Jika disabit kesalahan Anwar menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menghabiskan masa enam tahun dalam penjara atas tuduhan sama sebelum dibebaskan pada tahun 2004.


Tuduhan itu dianggap oleh banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan bekas hakim di dalam dan luar negara sebagai berasaskan bukti yang direkacipta untuk menjatuhkan karier politik Anwar serta mengaibkan keluarganya.