Monday, August 2, 2010

Sidang DUN Perak Tanpa Alat Perakam

Sidang Dun Perak yang akan berlangsung pada bila-bila masa sekarang seolah berada di zaman belum mempunyai teknologi maklumat.

Arahan Setiausaha Kerajaan menghalang sebarang kemasukan alat perakam seperti kamera,lap top dan seumpamanya.

Jadi kita cuma mengharapkan YB Khalil Idham Lim untuk menulis dalam blog beliau.Nampaknya kerajaan BN dalam keadaan ketakutan .Takut sebarang maklumat terkeluar dan rakyat bertambah benci.

Namun begitu Selamat Bersidang kepada wakil rakyat RAKYAT!

Notis Segera: Untuk Pemegang Saman ekor



Kita siarkan satu SMS daripada teman Sdr KhalilulRahman yang meminta "pemegang saman ekor" untuk hadir ke Ipoh.

SMS itu menjelaskan terdapat satu taklimat bersama pemegang Saman Ekor Polis dan JPJ pada 3 Ogos 2010.

Pertemuan bersama Peguam yang disediakan Pakatan Rakyat Perak berlangsung pada pukul 11.00 pagi bertempat di Pejabat Pas Negeri Perak,Medan Istana,Ipoh,Perak.

Sayugia mereka yang memegang Saman Ekor boleh terus ke Pejabat Pas Perak esok 3 Ogos.Tetapi ingat esok pun polis banyak kerana Sidang DUN Perak berlangsung.

Tamsil:UMNO ibarat orang lemas.



DS Nizar memberi tamsil kepada pendengar DUN Changkat Jering malam kelmarin.Bagi DS Nizar UMNO umpama orang sedang lemas.

Umpama orang sedang lemas,mereka terkapai-terkapai untuk menyelamtkan diri.Jika silap langkah kita pun boleh lemas sama dan terancam nyawa.

Begitu juga UMNO ,mereka sedang lemas.UMNO meminta orang menyelamatkannya.Dalam masa yang sama cuba menenggelamkan mereka yang menyelamatnya.

Jadi menurut DS Nizar,kita perlu berhati-hati dan cermat untuk menyelamatkan mereka yang sedang lemas.Silap langkah kita pun lemas sama.

Menurut teman,petua menyelamatkan orang lemas ini,kita jangan bagi peluang mereka memaut kita atau memegang kita.Kita yang memegang mereka,jika perlu kita pukul mereka untuk menyelamtkan keadaan.

Justeru itu UMNO perlu kita pukul,untuk menyelamatkan rakyat.Kini rakyat sedang lemas dengan kezaliman UMNO.

Sunday, August 1, 2010

Tamsil:UMNO ibarat kereta rosak.

DS Nizar dalam ucapan dalam Program Ceramah anjuran PKR malam tadi memberi satu tamsil yang menarik.

Beliau memberi contoh yang boleh dikuti untuk kita berwaspada dan berhati-hati dalam hubungan dengan UMNO.

DS Nizar memberi perumpamaan bahawa UMNO sebuah kereta rosak.Kita merupakan penumpang.Apabila kereta rosak kita yang menjadi penumpang disuruh turun nmenolak kereta untuk menghidupkan enjin kereta.

Kereta sudah bergerak laju,kita ditinggalkan keletihan.Itulah Umno ibarat kereta rosak.Apabila sudah teruk dan tiada sambutan rakyat,mereka UMNO mula untuk mencari kawan.Tetapi apabila kuat kita yang menjadi mangsa dan musuh.

Beri Jaminan Tidak Ada ISA untuk Raja Petra.

Malam kelmarin kita mendengar ceramah Dato' Zaid Ibrahim Ahli Majlis Tertinggi PKR di perkarangan Pejabat PKR.Banyak isu yang dikupas oleh beliau.

Apa yang menarik bagi kita, beliau mencabar Hishamuddin Husein untuk mengumumkan tiada tangkapan atau tindakan I.S.A ke atas Raja Petra.

Bagi Zaid Ibrahim Kerajaan Malaysia tidak memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat.

Dengan memberi contoh Balasubramaniam dalam Kes Altantuya,Bala terpaksa melarikan diri kerana takut nyawanya terancam.Beliau juga membidas SPRM yang tidak mahu menyoalsiasat Balasubramaniam atas alasan merugikan wang rakyat.

Hisyamuddin Husein diminta untuk memberi jaminan keselamatan dan tiada tindakan akta I.S.A ke atas mereka berdua,barulah mereka samaada Raja Petra atau Bala boleh memberi kerjasama.

Kita Mendengar Melalui Mulut DS Nizar Kes 30 Orang Ditangkap.

Malam ini DS Nizar dijangka menyampaikan ceramahnya pada pukul 10.30 malam ini.Ceramah berlangsung di Pejabat PKR,Cabang Bukit Gantang.DS Nizar bersama Datuk Zaid Ibrahim akan bertemu penduduk Changkat Jering malam ini 1 Ogos.


Bagi mereka yang ingin mengetahui isu terkini siapa yang ditahan sewaktu Himpunan Warga Felda boleh datang untuk mendapat info terus dari DS Nizar.


Menurut harakahdaily.net terdapat mereka yang ditahan pihak polis.


Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.


Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program.


Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.



Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya.

Saman Ekor Pemandu Kereta Kerajaan Jadi Mangsa

Seorang teman yang bertugas sebagai Pemandu Kenderaan dengan agensi kerajaan memberitahu kita terdapat ramai rakan beliau menerima saman ekor.Bukan sedikit tetapi banyak.

Mereka yang menerima saman ekor ini terpaksa dipotong gaji untuk melunaskan denda RM300.00.

Beliau menyatakan keluhan rakan yang terpaksa memandu laju kerana arahan "Boss".Pengarah yang dibawa perlu cepat sampai ke destinasi.Apabila dapat saman ekor,pemandu yang membawa kenderaan yang menjadi mamgsa.Boss yang mengarah bawa melebihi had laju ,boleh tersenyum sehingga ke telinga.

Beliau meminta kita bersimpati dengan nasib pemandu yang berpendapatan rendah.Jika dipotong gaji berapa sangat yang tinggal?