Sunday, August 1, 2010

Beri Jaminan Tidak Ada ISA untuk Raja Petra.

Malam kelmarin kita mendengar ceramah Dato' Zaid Ibrahim Ahli Majlis Tertinggi PKR di perkarangan Pejabat PKR.Banyak isu yang dikupas oleh beliau.

Apa yang menarik bagi kita, beliau mencabar Hishamuddin Husein untuk mengumumkan tiada tangkapan atau tindakan I.S.A ke atas Raja Petra.

Bagi Zaid Ibrahim Kerajaan Malaysia tidak memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat.

Dengan memberi contoh Balasubramaniam dalam Kes Altantuya,Bala terpaksa melarikan diri kerana takut nyawanya terancam.Beliau juga membidas SPRM yang tidak mahu menyoalsiasat Balasubramaniam atas alasan merugikan wang rakyat.

Hisyamuddin Husein diminta untuk memberi jaminan keselamatan dan tiada tindakan akta I.S.A ke atas mereka berdua,barulah mereka samaada Raja Petra atau Bala boleh memberi kerjasama.

No comments:

Post a Comment