Wednesday, February 2, 2011

Osman Jailu bukannya lena tidur-Ustaz Idris Ahmad

Sebentar tadi kita mendengar ceramah Ketua Penerangan Pas Malaysia,Ustaz Idris Ahmad di Kampung Larut Tin.Menarik sekali kerana Ustaz Idris memberitahu Osman Jailu Adun Lompat Changkat Jering bukannya lena tidor.

Sementara itu sebelum ceramah Ustaz Idris Ahmad telah diberitahu Osman Jailu mempunyai sebuah rumah baru di Kg Larut Tin.

Walaupun kaya Osman Jailu bukannya senang hidupnya.Rakyat tetap mendoakan Osman Jailu."Kita takkan halalkan gaji dan elaun yang diterima dia dunia akhirat "dakwa Ustaz Idris Ahmad.

Jelas sekali mereka yang mendengar siri penerangan Ustaz Idris Ahmad sememangnya membenci Osman Jailu yang khianat.Kali ini mereka meminta PAS pastikan calon yang bertanding di DUN Changkat Jering tiada tanda-tanda bakal mengkhianat perjuangan rakyat dan undi rakyat.

Mereka memberi contoh, Osman Jailu dulu berdegar-degar memberitahu beliau bukan kaki betina,bukan kaki karoeke pernah membunuh komunis dan seumpamanya.Alih-alih semuanya bohong belaka.

Pas Parti Atas Tanah Bukan Bawah Tanah -Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris dalam satu ceramah di Kampung Larut Tin."Berubahlah ..nasihat Ustaz Idris Ahmad sebentar tadi (2 Februari)

Ustaz Idris menyatakan Pas parti yang berdaftar dan boleh bergerak menyampaikan dakwah atau maklumat kepada orang ramai.

Jadi Pas boleh bergerak.PAS bukan parti bawah tanah PAS parti atas tanah.Ustaz Idris meminta demokrasi berjalan dengan baik dan teratur.

"Malam ini kita buat ceramah,malam esok tuan-tuan (UMNO ) buat ceramah" kata Ustaz Idris."Itu demokrasi"ujar Ustaz Idris.

UMNO sebut parti Islam,apa hukum orang Islam perempuan bersalam dengan lelaki(bukan mahram).Kenyataan Chua Soi Lek ,menunjukkan dia anti Islam bukannya DAP"kata Ustaz Idris Ahmad .Ustaz Idris mengulas isu Chua Soi Lek yang biadap atas isu salam.

Ustaz Idris menyelar Ustaz-Ustaz UMNO yang tidak menegur Chua Soi Le yang menghina Islam terutamanya semasa PRK Tenang atas isu salam Cikgu Mala.

"Amat malang orang Agama dalam UMNO yang membisu atas isu salam yang hina agama,hina Islam" kata Ustaz Idris Ahmad lagi.

"Bagaimana orang Larut Tin boleh bersekongkol dengan orang yang hina Islam"ujar Ustaz Idris Ahmad.

BN Barang Naik Bini Najib Banyak Naik Banyak Neneng

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/rosmah_wong.jpg

Tuesday, February 1, 2011

ElBaradei sama macam Hosni Mubarak pro Amerika- Ikhwanul Muslimin perlu bijak..



Calon Pengganti Mubarak, ElBaradei, Ternyata Juga 'Dekat' dengan AS
Mohamed ElBaradei dalam satu demontrasi di Tahrir Square, Kaherah, Ahad (30/1) malam.Beliau juga pro Amerika ,ambil kesempatan. Penyokong Barack Obama nombor wahid.

Kita mengharapkan pimpinan Ikhwanul Muslimin atau pejuang keadilan di Mesir bertindak cepat .Jangan membenarkan Mohamed ElBaradei mengambil kesempatan .Dia pemimpin yang ditonjol oleh Barack Obama.

Silap langkah Mesir akan lebih teruk lagi menekan Islam dan rakyatnya.ElBaradei pemimpin tajaan Yahudi ini sudah tentu lebih teruk lagi.Lihat bagaimana dia orang yang pertama bertepuk tangan apabila Presiden USA Barack Obama menerima hadiah keamanan Nobel 2009.

Kita baca berita Republika.co .id di bawah.

REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON--Nasib pemerintahan Presiden Hosni Mubarak kini diujung tanduk. Megademo yang berhasil mengumpulkan satu juta massa tengah bergerak ke Istana Presiden, Selasa. Warga Mesir dan dunia pun kini menebak-tebak, kalau ternyata Mubarak jatuh, siapa penggantinya.


Salah satu kandidat yang banyak dibicarakan adalah tokoh oposisi Mohamed ElBaradei. Dia mantan kepala Badan Atom Internasional, dan penerima Nobel Perdamaian 2005.


Situasi politik dan figur ElBaradei ini terus menjadi pembahasan di Amerika Serikat. Gedung Putih kini sedang membahas berbagai skenario, termasuk skenario bila ElBaradei menggantikan Mubarak.


Intinya, AS cemas apakah visi ElBaradei sama dengan AS. Tanda-tandanya yang didapat sampai saat ini masih abu-abu. ElBaradei kadang bersikap 'menurut' pada AS, tapi ia juga bisa menjadi 'anak nakal'.


Ketika Presiden AS Barack Obama mendapat hadiah Novel Perdamaian 2009, ElBaradei adalah orang pertama yang bertepuk tangan saat penyerahan Nobel tersebut. "Tidak ada tokoh lain yang lebih pas menerima Nobel itu daripada Obama," kata ElBaradei.


Namun, sinyal berbeda diberikan ElBaradei saat ia turun berdemonstrasi di Kairo. "Pemerintah AS tidak bisa meminta rakyat Mesir untuk tetap mempercayai diktator yang sudah berkuasa selama 30 tahun akan menerapkan demokrasi," katanya. ElBaradei dengan tegas mengatakan sikap AS yang ragu terhadap Mubarak adalah sebuah lelucon.


Sikap tegas ElBaradei yang berseberangan dengan AS nampak tegas saat Presiden George W Bush. Ini membuat Gedung Putih sempat melobi Badan Atom Internasional untuk mendepak ElBaradei dari kursi ketuanya.


Namun, uniknya, kelompok oposisi di Mesir seperti Ikhwanul Muslimin, malah menunjuk ElBaradei sebagai pimpinan kelompok oposisi untuk berunding dengan pemerintah, termasuk AS. Ini menunjukkan kalau kelompok oposisi di Mesir pun, menilai ElBaradei sosok yang bisa diterima AS.


Dari penelusuran New York Times, sejak aksi demonstrasi di Mesir merebak, Gedung Putih mencoba menghubungi ElBaradei. Namun upaya itu selalu mentok, hingga Senin kemarin. Padahal hubungan Obama-ElBaradei diketahui cukup baik. Keduanya diketahui bercakap-cakap lewat telepon pada akhir 2009. Keduanya juga bertemu di PBB dan berdialog soal nuklir Iran.


Bocoran dari WikiLeaks mengungkapkan, kalau ElBaradei adalah 'pendukung' Obama. Di Badan Atom Internasional, ElBaradei mengatakan pada anggota dari AS kalau pihak mereka harus membantu Obama untuk sukses. ElBaradei juga memuji pidato Obama soal nuklir di Praha, Republik Ceko.


Menurut New York Times, AS sangat khawatir soal visi ElBaradei tentang Israel. PBB dan Israel selama ini mendukung Mesir yang tetap memblokade Gaza, untuk membendung kekuatan Hamas, Palestina. Nah, pada Juni lalu, saat diwawancarai ElBaradei menegaskan blokade Gaza adalah tindakan memalukan di setiap kening warga Arab. ElBaradei lantas meminta pemerintah Mesir dan Israel untuk menghentikan blokade. Hal yang sangat ditakuti oleh AS dan Israel.

Kerajaan tiada duit sempat itu lambat bertindak pindah rakyat dari Mesir -Ustaz Idris Ahmad

Kerajaan tidak perlu tunggu terlalu lama untuk memindah rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir.Ustaz Idris Ahmad mendakwa kerajaan telah tiada duit sebab itu lambat bertindak.

Ustaz Idris Ahmad juga meminta pimpinan negara mengambil berat rakyat Malaysia di Mesir.Ustaz Idris juga menyatakan sebagai pemimpin ,mereka tidak perlu diajar bagaimana mahu bertindak.

"Kalau kita kerajaan pun kita tahu bertindak"kata Ustaz Idris dalam satu program di Bukit Gantang sebentar tadi.

Sementara itu .keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia. Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.

Negara lain sudah bertindak ,mengapa Malaysia masih memerlukan kajian.Jadi jelas bagi rakyat kerajaan tiada duit untuk bertindak.

Dulu bongkak sangat-hujan dan banjir harga getah entah ke mana.

Dulu bongkak sangat kempen satu Malaysia , beritahu orang kampung harga getah naik,kerana Kerajaan BN perintah.Sekarang dikatakan seminggu tak menoreh kerana hujan.Melaka,Pahang dan Johor banjir,getah entah ke mana,bantuan kerajaan yang ditunggu.

Dulu sebelum musim hujan orang kampung mampu meraih lebih RM1,000 dalam tempoh dua minggu dengan menoreh di kebun getah seluas 0.8 hektar.

Justeru itu kita patut bersyukur dengan rezki dan nikmat Allah s.w.t ,tak payahlah bongkak bagitahu dekat orang kampung dalam Parlimen Bukit Gantang atau tempat lain kerana BN perintahlah harga getah naik.

Tau-tau hujan dan banjir.Pokok getah entah ke mana,kena pula ganti perabot ,baiki rumah dan macam-macam lagi.

Sepatutnya kita bagitahu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah menolong rakyat dan menjaga kebajikan.

Kita teringat semasa belajar dulu, cikgu kuat UMNO bagitahu dekat kami sekelas."UMNO perintah semua dapat kerja" kata cikgu kita zaman sekolah.

La ,ini bersepah graduan tak kerja.Pengangguran masih tinggi.Semuanya zaman UMNO jadi kerajaan.


Alam Siber , Facebook dan Twitter dekat kampung zero.

Kita pun hairan kenapa wayar telefon dekat kawasan Dun Trong Parlimen Bukit Gantang selalu hilang. Semuanya menyebabkan penduduk kampung dekat DUN Trong dapat maklumat terkini melalui TV dan Radio Kerajaan .Broadband pun susah.Sumber maklumat zero jika melalui facebook dan intertnet.

Pihak berkuasa pula tidak mahu tanam kabel melalui bawah tanah atau berkongsi dengan TNB.Jika tidak masalah kabel telefon hilang tidak berbangkit.Mungkinkah pihak berkenaan mahu rakyat kawasan kampung terus "tidur". Mungkin juga pihak berkuasa tidak mahu DUN Trong mempunyai penduduk celik IT.Dun lain seperti Kuala Sapetang dan Changkat Jering akses internet amat baik.Sokongan masyarakat kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah.

9.9 juta pengguna Facebook di Malaysia dan 16.9 pengguna internet. 8 juta pengguna Facebook anak muda berumur bawah 35 tahun. Sayang mungkin penduduk DUN Trong dan kawasan pedalaman lain tidak termasuk dalam pengguna facebook.Semuanya gara-gara kesukaran mendapat langganan pengunaan telefon dan "streamex" .

Bertambah sekarang pengaruh Faecebook dan Twitter boleh menggoncang sesebuah negara seperti Tunisia dan Mesir.Kini KDN pula sudah memikir buat satu akta menyekat pengaruh internet!