Wednesday, February 2, 2011

Pas Parti Atas Tanah Bukan Bawah Tanah -Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris dalam satu ceramah di Kampung Larut Tin."Berubahlah ..nasihat Ustaz Idris Ahmad sebentar tadi (2 Februari)

Ustaz Idris menyatakan Pas parti yang berdaftar dan boleh bergerak menyampaikan dakwah atau maklumat kepada orang ramai.

Jadi Pas boleh bergerak.PAS bukan parti bawah tanah PAS parti atas tanah.Ustaz Idris meminta demokrasi berjalan dengan baik dan teratur.

"Malam ini kita buat ceramah,malam esok tuan-tuan (UMNO ) buat ceramah" kata Ustaz Idris."Itu demokrasi"ujar Ustaz Idris.

UMNO sebut parti Islam,apa hukum orang Islam perempuan bersalam dengan lelaki(bukan mahram).Kenyataan Chua Soi Lek ,menunjukkan dia anti Islam bukannya DAP"kata Ustaz Idris Ahmad .Ustaz Idris mengulas isu Chua Soi Lek yang biadap atas isu salam.

Ustaz Idris menyelar Ustaz-Ustaz UMNO yang tidak menegur Chua Soi Le yang menghina Islam terutamanya semasa PRK Tenang atas isu salam Cikgu Mala.

"Amat malang orang Agama dalam UMNO yang membisu atas isu salam yang hina agama,hina Islam" kata Ustaz Idris Ahmad lagi.

"Bagaimana orang Larut Tin boleh bersekongkol dengan orang yang hina Islam"ujar Ustaz Idris Ahmad.

No comments:

Post a Comment