Wednesday, February 2, 2011

Osman Jailu bukannya lena tidur-Ustaz Idris Ahmad

Sebentar tadi kita mendengar ceramah Ketua Penerangan Pas Malaysia,Ustaz Idris Ahmad di Kampung Larut Tin.Menarik sekali kerana Ustaz Idris memberitahu Osman Jailu Adun Lompat Changkat Jering bukannya lena tidor.

Sementara itu sebelum ceramah Ustaz Idris Ahmad telah diberitahu Osman Jailu mempunyai sebuah rumah baru di Kg Larut Tin.

Walaupun kaya Osman Jailu bukannya senang hidupnya.Rakyat tetap mendoakan Osman Jailu."Kita takkan halalkan gaji dan elaun yang diterima dia dunia akhirat "dakwa Ustaz Idris Ahmad.

Jelas sekali mereka yang mendengar siri penerangan Ustaz Idris Ahmad sememangnya membenci Osman Jailu yang khianat.Kali ini mereka meminta PAS pastikan calon yang bertanding di DUN Changkat Jering tiada tanda-tanda bakal mengkhianat perjuangan rakyat dan undi rakyat.

Mereka memberi contoh, Osman Jailu dulu berdegar-degar memberitahu beliau bukan kaki betina,bukan kaki karoeke pernah membunuh komunis dan seumpamanya.Alih-alih semuanya bohong belaka.

No comments:

Post a Comment