Tuesday, February 1, 2011

Kerajaan tiada duit sempat itu lambat bertindak pindah rakyat dari Mesir -Ustaz Idris Ahmad

Kerajaan tidak perlu tunggu terlalu lama untuk memindah rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir.Ustaz Idris Ahmad mendakwa kerajaan telah tiada duit sebab itu lambat bertindak.

Ustaz Idris Ahmad juga meminta pimpinan negara mengambil berat rakyat Malaysia di Mesir.Ustaz Idris juga menyatakan sebagai pemimpin ,mereka tidak perlu diajar bagaimana mahu bertindak.

"Kalau kita kerajaan pun kita tahu bertindak"kata Ustaz Idris dalam satu program di Bukit Gantang sebentar tadi.

Sementara itu .keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia. Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.

Negara lain sudah bertindak ,mengapa Malaysia masih memerlukan kajian.Jadi jelas bagi rakyat kerajaan tiada duit untuk bertindak.

No comments:

Post a Comment