Wednesday, March 2, 2011

Apabila Utusan Malaysia gagal Umno guna Ummi Hafilda

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/umi%20hafil%20sena%20copy.jpgDia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini.

Dalam pada itu apabila berita Utusan Malaysia tidak lagi berkesan menagih simpati pengundi ,UMNO makin terdesak menggunakan Ummi Hafilda.

Ummi Hafida tugasnya hanya untuk serang DS Anwar dan YB Azmin Ali.Datuk Abd Halim menegaskan bahawa Ummi diupah dan digunakan oleh orang-orang tertentu.

Bagi Datuk Halim Pengarah Pilihanraya Pas Pusat,kita bukan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman sewaktu mengulas sikap Ummi Hafilda itu.Beliau kesal kes yang berjalan di mahkamah yang dibawa oleh Ummi askar upahan itu.

Askar upahan itu patut bawa isu integriti dan ketirisan kerajaan Melaka.Askar upahan si Ummi itu sewajarnya menerangkan apa yang sepatutnya kerajaan Pakatan Rakyat buat di negeri mereka perintah.


Mungkinkah Ummi Hafilda salah satu watak yang akan mematikan UMNO pada PRU 13.?














Tan Sri Aziz antara takut dosa dan disumpah rakyat!

Tan Sri Aziz orang kuat SPR nampak betul bodoh dan sombong.Aziz bercakap seolah negara baru merdeka.Mini mesyuarat pun pada masa itu tulis dekat kalendar kuda.Sekarang semua ada .Lawak bodoh budak sekolah rupanya masih ada pada orang kuat SPR itu.


Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.


bar council egm isa 200908 ambigaAntaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.


Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.


Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.


Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.


NONEMeskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.


"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada portal Malaysiakini, semalam.


Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan.

PAS bukan semata-mata untuk politik Islam, tetapi juga berdakwah.

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Setiap pejuang Islam termasuk para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan memainkan peranan lebih berkesan dalam dakwah kerana penubuhan PAS bukan semata-mata untuk politik Islam, tetapi juga berdakwah.


Oleh itu, setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS bukan sahaja perlu mendekati orang-orang Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam bagi mengajak mereka bersama-sama mengesakan Allah di muka bumi ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, menyedari hakikat itulah, PAS sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan mereka yang bukan Islam asalkan mereka boleh menerima perjuangan PAS.


Menurut beliau, perkara itu memang sudah amat jelas sejak sekian lama dan ia tidak sepatutnya disalah anggap oleh pihak-pihak lain, melainkan mereka yang sememangnya berniat tidak baik terhadap PAS.


"Dalam rangka kerjasama dengan mereka yang bukan Islam, kita tidak perlu takut ditipu kerana sekiranya ditipu cukuplah bagi kita Allah yang menolong kita," katanya dalam pertemuannya dengan para editor dan wartawan Harakah serta Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


Jadi kepada yang beragama Islam, menurut beliau, tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam, perlulah didekati oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menyedarkan mereka supaya kembali ke jalan Allah.


"Manakala kepada yang bukan Islam, perlulah kita dekati mereka untuk mengajak mereka bersama-sama dengan kita untuk mengesakan Allah," katanya.


Dalam pertemuan itu, beliau turut mengingatkan, dalam menyampaikan dakwah, penulisan merupakan suatu medium yang amat berkesan, lebih-lebih lagi dengan kewujudan internet kini sehingga membolehkan munculnya media online.


Sejajar dengan itu, setiap penulisan perlulah dioleh dengan baik agar mendatangkan kesan yang baik kepada mereka yang menjadi sasaran penulisan itu dan pihak lain yang turut membacanya.

Beliau turut mengingatkan agar setiap penulisan yang dihasilkan oleh para editor dan wartawan Harakah dan Harakahdaily bersih dari serangan peribadi seseorang kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik dalam kegiatan dakwah.


"Jika kita hendak membetulkan Umno BN, fokus kita adalah dengan menegur dasar-dasarnya yang tidak betul, penyelewengan yang dilakukan, salah guna kuasa yang berlaku dan sebagainya," tegasnya.

Dalam menyampaikan dakwah pula, beliau turut mengingatkan semua pihak agar berhemah dan berdakwah dengan lemah lembut seperti yang diarahkan oleh Allah kepada Nabi Musa dan Harun ketika berdakwah kepada Firaun.


"Dengan itu, barulah dakwah kita akan mendatangkan kesan yang baik, bukannya dengan cara berperang. Malah kalau berperang pun, kita tetap juga diperintahkan Allah agar menjaga syarat-syaratnya kerana dalam Islam, berperang pun adalah juga untuk berdakwah," ujar beliau

Nizar dari Merlimau ke Kerdau untuk terangkan UMNO parti rasuah!

Pakai logo BN tak mengapa,tetapi apabila mengundi ,pangkah calon PAS mungkin itu yang dibisikkan DS Nizar.
DS Nizar bertembung dengan Pengerusi Fama Datuk Paduka Badruddin Amiruldin sewaktu kempen di Pekan Merlimau.
Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin kini dalam perjalanan ke Kerdau, Pahang bagi berkempen untuk membantu jentera PRK Kerdau memenangkan calon PR dari Pas Hj Hasanuddin.

Bagi DS Nizar rakyat harus disedarkan sekurang-kurangnya lima perkara yang bernaskan Quran dan Hadis bagi menolak UMNO/ BN:


1. UMNO Rasuah 2. UMNO parti perkauman(rasis) 3. UMNO membazir 4. UMNO buat fitnah 5. UMNO perampas/perompak hak rakyat

Tuesday, March 1, 2011

Bob Lokman minta maaf dengan DS Nizar.

Bob Lokman bersalaman dengan DS Nizar .Sewaktu diberi peluang untuk berucap beliau menyatakan perasaan kesal yang amat sangat kerana sewaktu PRK Bukit Gantang 2009,beliau turut berkempen untuk BN.Pada kesempatan majlis itu Bob Lokman meminta maaf kepada DS Nizar atas sikap beliau tempoh hari.
Bob tersenyum puas kerana dapat bersama DS Nizar dalam satu majlis Hi-Tea di Merlimau baru-baru ini.

Bukit Gantang Lancar Tabung Pelajar Mesir.

Ustaz Nordin Jaafar melancar Tabung Bantuan Pelajar Mesir Parlimen Bukit Gantang.

Changkat Jering,1 Mac- YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar melancar Tabung Bantuan Pelajar Mesir malam kelmarin.Pelancaran berlangsung di Pusat Tarbiah Pas Bukit Cempedak,Changkat Jering.

Dalam ucapannya Ustaz Nordin menyatakan terdapat 40 orang pelajar Mesir yang kembali ke kampung mereka di parlimen Bukit Gantang. Justeru itu beliau meminta mereka menyumbang kepada Tabung Pelajar Mesir ini .

Sehubungan dengan itu penderma boleh terus menghubungi Ustaz Zul ,Pengarah Tabung Mesir 013-6255685.

Kerdau:Antara Muhyiddin Yassin dengan Yahya Abidin siapa yang kena main.


Apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau kelmarin,nampak benar Adun BN tak buat kerja.Kerja mereka dibuat setelah mereka meninggal dunia.

Sementara itu permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Abidin rupanya label atau minda kelas JKKK.Sepatutnya pengetua sekolahlah yang berucap. Yahya Abidin sewajarnya berucap mewakili keseluruhan negeri Pahang. Mintalah untuk semua sekolah di Pahang.


NONEDengan sekali ucapan Muhyiddin akur kepada kesemua permintaan itu, antaranya pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di sekolah berkenaan.


Bagaimanapun, untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu.

Jelas sekali Muhyiddin seperti Santa Claus.?Tolong sekolah sewaktu Prk.